Tuesday, May 22, 2012

Nota Kawin 43 : Perginya waris tua kami

Al-Fatihah,
sati mohon kepada sesiapa yang membaca post ini untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat moyang Sati yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Mei 2012 jam 12 tengah hari yang lalu. Pemergian beliau pada usia 87 tahun mengikut ic (22 Oktober 1924) tetapi dipercayai umur moyang sati lebih daripada itu memandangkan umur arwah wan long sekiranya masih hidup pada tahun ini adelah 78 tahun...takkan umur 9 tahun dah ade anak kan? itu pun ada possibility arwah wan long terlambat daftar. entah berapa umur nyang yang sebenar, tidak dapat dikenal pasti.

gambar terakhir arwah yang berada dalam simpanan sati telah diambil pada 4 Mei 2012 di Seremban bersempena pernikahan sepupu sati . 

you will be missed, Hjh Fatimah Hj Ali.


nota kaki : teringat bila setiap kali hantar lauk ke rumah arwah dulu-dulu. wan bekalkan lauk, sati kayuh basikal ke rumah nyang yang xjauh dari rumah wan. ade la 600meter jaraknya. arwah tak habis2 suruh sati makan segala apa yang ade. sati akan masak air dan buatkan air teh o untuk minum sambil cicah biskut 4 segi cap ping pong tu. teringat jugak ikut nyang petik pucuk ubi keriting. nyang bagi untuk sati bawak balik rumah wan, minta celurkan dan makan dengan kicap pedas. sayang nyang kat cicit dia ni =')

1 comment:

  1. nk let go brape ek?? emel dy_leeya@yahoo.com

    ReplyDelete