Monday, May 28, 2012

Nota Kawin 44 : Falsies

Jumaat, 24 Mei 2012 - Sati kebetulan ke Putrajaya atas urusan kerja. Lebih seronok bila kementerian yang sati pegi tu mmg terletak berhampiran Alamanda. apa lagi... sati terjah la Alamanda sekejap. rezeki hari gaji, sati berjaya beli fake eyelashes untuk bridesmaid + maid of honour sati yang seramai 12 orang itu. sati beli kat SASA. masa ni ade sale. tak tau hari ni ade lagi or tak. boleh pegi check la kawan2 ok? 

so belek punya belek (niat asal xnak beli, nk suh bridesmaid buat smokey eyes dengan bantuan maskara sahaja) semua pun harga sepasang nak 10 hengget. oh no no no.. xmampu la. itu je dah 120 hengget kan? mula2 macam patah hati nak beli, pastu cik promoter SASA Alamanda ni dtg kat sati. dia tanya range harga yang sati nak beli. sati pun cakap la kat dia, sati nak beli skali banyak untuk bridesmaid sati. dia pun excited (aku bukannya beli utk ko, jgn la eksaited sangat. poket aku tak berapa eksaited ni) dia pun sibuk la cari falsies yang cantik2. jujur sati akui, sati xboleh  beza pun falsies ni semua shape ke harga ke kualiti ke. sebab sati tak pernah pakai, so sati x aware dengan hal ini. 

bila promoter ni sibuk recommend brand itu ini, sati dah mula pening tengok harga. sati cakap kat dia, "mahal nyaaaaa.... saya nak beli utk 12 orang ni!". pastu dia senyum2. "tak ape kak, saya carikan yang mana ada less ok? saya check kan sekejap (sambil dia bawak beberapa kotak falsies ke kaunter cashier tu dan check kot ade discount untuk barang2 yang dia dah pilih tu. "yang ni ada kak tapi still mahal, yang ni xada discount kak, yang ni discount harga jadi bla bla bla" pastu dia g amik satu kotak falsies yang ade 10 pairs kat dalam tu. sati dah pegang kotak tersebut pada awalnya, gulp... sekotak rm 89.90. kenapa yg itu ko amik hah promoter. mahai tuuuu oiiiiiiii...

tahniah kepada sati sebab dah berjaya beli. tapi bila balik rumah, sangat la konfius mcm mana nak pakai benda alah ni. hadoi . kena cari orang2 berpengalaman untuk ajar pakai. sungguh jakun sekali saya ini. rasanya jakun pun reti pakai falsies. hahaha

(sambung balik) .... tiba-tiba promoter yang eksaited tadi terjerit "ha kak......! yang ni murah. harga asal rm 89.90 lepas less 30 hengget. yang ni ok ni kak" O_OMG ... kena beli ni, haha. maka sati pun beli la falsies tersebut. nanti cik-cik dan puan bridesmaid sekalian, sila pakai falsies ni ok? kalau xbeli sendiri, boleh amik dari sati pada hari kejadian. tapi kalau dah pakai dari rumah, pun bagusss...

fakta : syee @ designer kad & button badge sati kata kalau beli kat taipei, murah. box of 10 boleh harga dalam 25 inggit. tapi xleh nak g beli la, jauh kot taipei tu, bukannya tampin hokay... lagipun syee buat masa ni xfly pulak ke sana (syee seorang stewardess) 

No comments:

Post a Comment