Sunday, June 3, 2012

Nota Kawin 46 : Baju nikah lelaki

*peringatan, post ini sedikit panjang berjela*

salam, hari khamis yang lepas (31 mei 12) sati & syfq sekali berusaha pergi menempah baju melayu untuk nikah. kali ni kitorang pegi, WP tak dapat ikut serta sebab dia sangat la banyak job minggu ni. kawan2 kat group b2b2012 pun ramai yang upgrade status kepada isteri minggu ni. Barakallah.
musim nasi minyak cuti sekolah ni. meriah u'olls. tapi sati tak attend mana2 kenduri pun. sebab balik kampung ade kenduri arwah. 

kepada budin, aku minta maaf lah tak sampai rumah ko. walaupun kad kawin ko telah ku terima dan ku letak di atas meja solek tanda peringatan ade kenduri nak kena attend, aku tetap gagal dan rasa bersalah. (macam la budin baca blog aku ni heyh).

so, berbalik pada cerita pegi tempah baju nikah. mengikut survey2 yang ku lakukan, berikut adelah cadangan dari kawan2 dan wp sati

Hilyatu Wmn recommend :
Tum Tailor (Bandar Baru Bangi)
Baju melayu modern cut RM120
(mungkin ni harga tempah)

Man Kajang RM300
(ni tak tau harga tempah or tempah+kain)

Nur Hayati Abd Ghani recommend :
Dzull Classic (Kajang)
(dan kedai sebelah Dzull Classic)

Nona Azhar recommend :

Izzati Ghafur recommend :

Dayana Rahim recommend:

Emak recommend : 

Inspirasi Cinta recommend :

ada a few yang sati senaraikan ni sati dah tau. tapi tak survey sangat harganya. sebab baju melayu rasanya tak la mahal sangat. kebiasaannya famili sati beli kat Ali Omar Yunus(AOY) kat Wisma Yakin tu. baju dah siap dia dalam RM250/sepasang. sebab regular customer dengan uncle tu, dia boleh bagi baju siap pada harga RM180.

mengikut saranan emak, sati pun ke AOY, di wisma yakin, jalan masjid india tu. kedai AOY ni letaknya kat bahagian dalam. kalau korang dari arah semua house, korang sampai je wisma yakin ni, terus naik tangga kecik kat tepi bangunan ni dah terus masuk ke belakang. 1st kedai baju melayu yg korang akan jumpa ialah AOY ni la. kat sini banyak baju melayu dah siap. 

bila masuk AOY, sati cari uncle yang selalu entertain ayah tu. tak ade la pulak. sati tanya akak yang jaga kedai tu. uncle tu mana? akak tu kata uncle tu dah duk office. dia dah tak jaga kedai. bila sati bagitau nak tempah baju nikah untuk syfq, akak tu kata, jom pegi Maroz. 

eh?? kenapa pegi Maroz pulak ni??
rupanya AOY dan Maroz adelah di bawah syarikat yang sama. kalau nak tempah baju lelaki, pegi kat Maroz, kalau nak tempah baju perempuan pegi kat AOY. kalau ikut kedudukan kedai, kalau kita menghadap bangunan Wisma Yakin ni, AOY duk hujung sebelah kiri. Maroz pulak duk sebelah   kanan. kedua-duanya kat bahagian dalam.

bila sampai kat maroz, akak tu pass kitorang (mcm bola pulak rasanya) kat encik yang ade kat situ. encik tu nama ape eh? tajudin ke? emm.. seriously tak ingat. (mungkin sati ade termakan rendang semut kot sebelum ni. sungguh la pelupa) sati bagitau la kat encik tu, yang nak tempah baju nikah untuk tunang sati. 

sati dengan gigihnya mengangkut jubah nikah yang adik sati belikan tu bersama-sama masa ke sini. so sati kuarkan baju tu dan minta encik tu carikan kain yang sewarna dengannya. puas jugak encik tu cari. last2 dia ke bahagian belakang kedai untuk amik kain lain yang akhirnya matching dengan baju sati. alhamdulillah. warnanya hampir sama. 

mengikut saranan encik tersebut, tunang telah menempah baju melayu cutting modern butang 5. meaning dia ada satu jahit kat bahagian tepi baju. instead of 3 line jahitan macam baju melayu biasa tu. ala..... tepi baju dia macam beza tepi baju kurung moden dengan baju kurung biasa (untuk memudahkan imaginasi anda). 

so setelah mengukur2, encik tu pun buka bill. harga asal seperti yang tertera di meja kerja encik tersebut ialah (ni ingat2 lupa) ialah RM110 untuk tempah sahaja dan RM250 untuk tempah + kain. maka sati dan tunang cepat sahaja setuju. haha. pemalas nak survey sebenarnya. padahal kedai Bak kat sebelah Maroz ni je. masa encik ni tulis2, dia pun kata : since kamu regular customer, saya bagi RM220 lah. deposit berapa2 pun kamu nak bayar. tak kesah. 

maka, syfq bayar la deposit RM100. lebih kurang tengah bulan jun dah siap. tapi majlisnya lambat lagi. so lega la kalau pihak Maroz nak terlambat siap baju (minta-minta tak lah). sati tanya la kat encik tu nak tengok sampin sekali. pastu encik tu terkejut. haha. dia tengah khusyuk menulis2, sati gi sergah tanya. tak senonoh sati ni. sergah2 orang. 

rupanya, sampin kena tengok kat AOY. 

lepas dah bayar deposit, kitorang bergerak semula ke kedai AOY (memang macam bola). range harga sampin kat AOY ni ade yang seratus lebih sampai ribu-ribu. kami pilih yang less than 1k sebab syfq jarang pakai sampin. dia raya pun selang setahun. tahun ni syfq xdapat raya rasanya. terus cuti kawin je nanti.

ni yang warna cream dalam kotak kiri & tengah (bahagian bawah) tu la warna baju nikah kami

sampin tu masih dalam paperbag. belum gulung taruh dalam almari. dua tahun lepas masa beli sampin ayah dan adik2 kat pasar payang, kuala terengganu, uncle kedai tu pesan, kalau nak simpan, terbalikkan sampin (inside out), bentang atas surat khabar dan gulung. simpan dalam almari. nanti sati buat ok? sekarang masih malas setinggi everest. haha. (update blog rajin pulak ko ni issati)

rasanya setakat ni dulu post kali ni (macam la ade yang baca blog ko ni sati). nanti sati update pasal butang baju melayu dan pin tudung untuk bridesmaid dan pengapit. ade few update lagi.. tapi tengok la tahap kerajinan. ni pun dah cukup kagum dengan usaha diri sendiri menaip karangan panjang berjela ni. 

nota : harini syfq update status bbm dia : '2months, 22days to D day :) ' 
terharu pulak sati dia pun mengira. taching la sayang ni







No comments:

Post a Comment