Sunday, June 3, 2012

Nota Kawin 47 : Mas Kahwin

Salam, sati petik satu post dari teman kesayangan sati 



ape pendapat korang?

ini pendapat sati. (ditulis dengan niat untuk difikir2kan baik dari pihak lelaki mahupun perempuan)


info yang korang baca tu hasil survey ke atas orang ramai. yes it is true. sekarang inilah trend hantaran yang dikenakan ke atas pihak lelaki dalam usaha untuk membuktikan betapa dia ingin mengahwini puteri idaman hati. 

yang perempuan 
mesti bersorak gembira kan? kelulusan aku sekian sekian, jadi boleh demand sekian-sekian

yang lelaki
mesti gatal kepala. alamak, kekasih hati berkelulusan sekian sekian, jadi kena la cari sekian-sekian duit untuk wang hantaran. 


persoalannya : 
adakah bila perkara ini menjadi trend, semua orang kena ikut?

pada pendapat sati, ini bukanlah satu trend yang bagus. bilamana seorang perempuan itu dinilai berdasarkan pendidikannya. kalau kita ikut fakta dari universiti, majoriti pelajar sekarang adalah perempuan. so sekarang ni trend duit hantaran mesti nak minimum 10k. kalau kakak yang sulung 10k, adik2 yang bawah mesti la tak boleh nak kurang dari 10k tu. untung la kakak kawin dengan lelaki yang mampu sediakan 10k. tapi kalau adik nk kawin dengan lelaki yang hanya mampu sediakan 5k sebagai wang hantaran, mcm mana? kena la adik postponed kawin tu. nak bagi cukup 10k minimum requirement mak ayah. macam tu?

banyak cantik !!!! kesian la adik kena kawin lambat. cis!
maka adik tak payah la ikut trend ni ok? hehe

berbalik pada post kawan sati kat atas. betul cakap dia... 
bila mana seorang lelaki ingin mengahwini seorang wanita, hanya 4 yang mesti diselidiki terlebih dahulu. AGAMAnya, KETURUNANnya, HARTAnya dan RUPAnya.
tak de pun sebut tinggi pelajarannya. haaaa...

kalau kita semak semula bajet perkahwinan.. secara kasarnya

kawin kat rumah habis dalam rm15k
kahwin kat dewan habis dalam 25k
kawin kat hotel habis dalam 40k ke atas.

ni kenduri di 1 pihak. kalau lelaki tu paling cikai nak kena ada 15k, tambah pulak dengan duit hantaran 10k, tambah 5k untuk belanja barang hantaran, cincin, baju, jurugambar, juruvideo bagai... tak ke nak 35k-40k? kalau gaji laki tu (fresh grad) 2k, busuk2 pun dia simpan 500 sebulan untuk kawin.. berapa tahun dia nak simpan? nak ambik loan? berapa lama loan dia nak settle? sampai anak dah 4 orang? 

sati mahu mengajak wanita diluar sana agar timbang balik kemampuan bakal pasangan kita. berpada-pada la nak minta duit hantaran. bincang elok2 dengan keluarga. kita nak mudahkan urusan membina masjid. bukan nak bermegah2 dengan majlis yang kita rancang. cukuplah wang hantaran itu sekadar mahu meringankan beban. 

nota: sati xada wang hantaran. hanya ada mas kahwin 200ringgit sahaja. bakal suami nak tanggung segala nafkah dan tanggungjawab untuk didik sati n anak2, segala dosa yang kami buat dia turut tanggung jugak. terasa malu nak meminta2. ape yang ada, terima sahaja dengan hati yang terbuka. yang penting positif dan ketepikan kata-kata kurang manis orang lain.

No comments:

Post a Comment