Thursday, June 7, 2012

Nota Kawin 48 : Instax Film

Salam, 

sedikit update berkenaan b2b yang masih mencari-cari instax film pada harga termurah di pasaran. setakat ni sati survey banyak kedai area seremban dan sg.wang plaza, bb plaza dan low yat. kebanyakkan harga range rm25 hingga rm35 untuk 10 keping film. up.. betul la tu sati tulis. SEPULUH keping sahaja. 


since beriya nak ade polaroid camera untuk guna kat guest book corner, sati pun hello-hello one of my bridesmaid. dia ade polaroid camera yang tengah in sekarang ni. cumanya sati kena beli film sendiri la. dah dia pun orang tolong belikan, sati ape tah lagi. maka lepas survey beberapa buah kedai (rasa nak tercabut rahang bertanya setiap kedai yang ade jual film ni. kebanyakannya ade jual hokay! nak pulak kat low yat)


akhirnya setelah 2 kali mengukur low yat, sg.wang dan bbplaza dan sesat dan makan famous amos triple choc soft cookie, sati berjaya la menemui dan akhirnya membeli film ni kat Level G, BB plaza. nama kedai Bintang Electronics. dia dah dekat dengan exit yang luar tu ade monorail tu kalau xsalah la. harga dia letak kat box of 20film (10 x 2boxes) ialah rm50. tapi dia juai kat sati pada harga rm46 sekotak. meaning, satu keping jadi dua hengget tiga puloh sen. paling murah sati jumpe la.



ni contoh penggunaan instant picture ni... berangan nak buat cenggini la. taruk dalam guestbook. bila guest wish, diorang buleh amik gambar n tempek dalam guestbook. 


ha nampak tak kat gambar kotak sebelah kanan, ruangan atas. ade la gambo mereka yang menyain guestbook tersebut. sekarang menunggu camera dari cik bridesmaid. dia dah pass ke pengapit pengantin lelaki. nanti si pengapit pass kat encik tunang. hihi. tak sabar nak test. korang nanti jgn lupa datang awal n amik gambar ok? 


p/s : sape ade jumpa kedai yang offer lagi murah kat malaysia ni? kasi tau supaya boleh promote kat sini disamping membantu b2b lain yang masih mencari-cari film tersebut

1 comment:

  1. Cuba cari kat Kedai Viewnet, Lowyat Plaza. Saya beli Instax Mini 25s dengan mereka minggu lepas. Sekotak(10 keping), dia kira RM20 je. Kalau yang ada corak, RM28.

    ReplyDelete