Thursday, June 28, 2012

Nota Kawin 51 : Hiv Test

Salam,
semestinya semua yang nak kawin n baru kawin tau
antara syarat yang mesti dipenuhi sebelum submit borang ke pejabat agama adalah 
HIV TEST !!!!
alhamdulillah, 
sati dan syfq dah selesai ujian ini. 

masa mula2 aritu sati survey-survey jugak kat blog ex-b2b
ape procedure nk buat test
salah satunya buat appointment.
since sati kat seremban,
sati tanya jugak office mate yg baru tak baru jugak la berkahwin (dah dapat anak dah pun) 

ada yang kata kena buat kat pesakit luar hospital tuanku jaafar seremban.
siap ada hari2 tertentu pulak.
sati tanya kawan sati, dia baru buat test.
dia buat kat klinik kesihatan ampangan
dia kata walk in saja.

memandangkan dia kata kat klinik kesihatan ada,
sati pegi la klinik kesihatan senawang
dekat je dengan office.
bangunan pun baru
cantik, bersih je klinik ni

masa pegi kaunter pertanyaan (dan untuk amik nombor giliran) tu,sati bagitau nak buat test HIV.
tanya jugak ape procedure klinik ni?
person in charge tu cakap 
kalau nak buat test, bawak sekali borang yang dari pejabat agama
heh? ni 1st time saya dengar kena ada borang tu baru boleh buat test.
ye la ni?
akak tu siap jawab 
ni procedure klinik ni. kena ikut la dik kalau nak kawin
ehhh,,, lain macam je nada akak ni.
nak perli pun, tak payah la gigih sangat. akak dulu kawin ade procedure pelik mcm ni ke? 
rasanya takde kan? hish.. menyampah betul
hari tersebut hangin2 jugak la sati balik dari klinik tu

bila syfq dtg seremban nak amik kad kawin yang dah siap dicetak,
kitorang pegi amik borang kat pejabat agama
pergi amik gambar yang kena submit dengan borang tu sekali nanti 
dan pegi buat HIV test bersama2.

ha betul la tu..bersama2.


kitorang pegi klinik kesihatan ampangan 
klinik yang disuggest oleh kawan sati
kakak2 kat kaunter sungguh lah peramah
ceria-ceria belaka
berjaya isi borang dan buat bayaran
lepas tu kitorang g la bilik untuk buat test hiv tu
mula-mula sati masuk
nurse tu cucuk hujung jari dan buat test tu
alahai senang je test nye pun
ade 2 line kat situ, titikkan darah tu kat hujung pastu tunggu result
nurse tu suruh sati panggil syfq masuk
bila syfq masuk, sati tanya nurse
boleh ke saya tengok dia buat test tu?
nurse senyum je kata
boleh... awak punya result pun dah nk kuar dah

bila result kuar, kitorang punya tester tu menunjukkan reaksi negatif. meaning kami bebas HIV.
alhamdulillah. 
kalau mengikut pengalaman b2b lain, diorang kena buat test
talasemia dan saringan pra-kehamilan
ada check macam2. 
tekanan darah la, amik darah kat lengan la, kencing la
tapi sati tak buat pun ujian talasemia dgn saringan pra-kehamilan tu
sebabnya kami pegi klinik tu petang,
nurse kata kalau buat pun lama. klinik dah nak tutup nanti
nurse siap cakap kalau rasa diri sehat, xpayah buat test lain2 tu. tak wajib pun
hahaha,,, gembiranya hati
selamat!!!

since sati sudah  beberapa kali derma darah, sati tak amik berat sangat pasal test2 lain. sebabnya orang hospital akan est darah yang kita derma n kalau ade ape2, dia akan call bagitau.

sekarang syfq dlm proses melengkapkan borang dia
nanti dah dapat kebenaran menikah luar kariah, sati pulak kena bergigih2 selesaikan borang2 sati 

semoga Allah permudahkan urusan kami untuk bernikah =)




4 comments:

  1. nampak mcm x leceh jer kn..

    ReplyDelete
  2. based on the current reports, about 1 in 10 malaysians are thalassemia trait individuals. we're promoting screening for this particular genetic hematological disease so that whoever turned out carrying it may have been thoroughly counseled on the risks of passing the problems to their future babies. now, it's not compulsory, but bear in mind; prevention is always better than cure. if both partners are found to have this trait, there'll be 25% chances of their kids having thalassemia major. & of course though we have a number of treatment modalities available to minimize its final outcome, the child's life will be very much affected thanks to the need for regular blood transfusions. :) *ambik la ujian kalau ada masa*

    ReplyDelete
  3. angah, tahun lepas along nak buat test thalasemia tu. AJ suh g test. pastu masa g klinik biasa tu, doc suh buat full blood test. along dah cakap nak buat thalasemia punya skali. dia kata xpayah. dia kata along ok. (takkan tgk muka pun tau org ok ke x?) but since along dah few times derma darah, hospital tak pernah pulak kata result tak ok, so along take it positively lah yg along tak ade penyakit pelik2. boleh ke cmtu?

    ReplyDelete
  4. thalassemia trait ni, kadang2 daripada test darah biasa mmg nampak normal aje. seseorang tu mungkin tak pernah langsung ade gejala kurang darah. sebab tu biasanya, first detected masa pregnancy sebab waktu pregnant la sistem peredaran darah dalam badan kita berubah untuk kebaikan bayi dalam kandungan. walau bagaimanapun, dalam keputusan ujian darah biasa ni, kita boleh syak kemungkinan trait bila bacaan hemoglobin berada di paras bawah sukatan normal. maksudnya, kalau orang biasa boleh setinggi 14-16 g/dL, trait mungkin bacaannya 11-12g/dL, yang mana juga dilihat normal. ade banyak sebab lain bacaan hemoglobin ni boleh jadi agak rendah drpd normal, so dengan confirmatory test Hb electrophoresis, kita boleh tahu status sebenar gen darah dalam badan kita. yang penting, kalau kita dah tahu status kita dan pasangan nanti, kalau dua2 pun clear, tak perlu la risau lagi, tapi kalau ade yang trait, kita boleh ajak family member yang lain untuk ambil test. kebanyakan kes baby lahir thalassemia major, parents mereka memang langsung tak syak kemungkinan mereka pembawa gen thalassemia. sebab tu bila baby umur 7 bulan, baru diorang tahu status masing2. kebanyakan yang mempunyai gejala atau bacaan darah rendah, walaupun tidak memrlukan pemindahan darah, mereka juga adalah pesakit thalassemia. cuma bukan dari jenis yang major. :)

    ReplyDelete