Sunday, July 8, 2012

Nota Kawin 55 : Nota Travel : Taman Negara Johor (bhg. 1)

4 julai 2012 : Boss (ayah) mendapat panggilan telefon dari lead consultant ajak masuk taman negara bawak client. Ape lagi, sati n mak pun nak tag along.

6 julai 2012 : kami bertolak dari seremban menuju selatan sekitar jam 8.40 pagi. singgah di Melaka untuk ambil barang yang dipesan pejabat. kemudian kami teruskan perjalanan ke Kahang. 


Kahang ni stesen pertama sebelum sesiapa nak masuk taman negara. kat sini la ade Pejabat Taman Negara Johor (kg.Peta). Taman negara johor ni ade lagi 1 pintu masuk iaitu di Selai. Peta ni main attraction untuk taman negara ni. Peta sebenarnya sebuah perkampungan orang asli yang terletak bersempadan dengan taman negara johor ni.

kami tiba di Kahang sekitar pukul 12 tengah hari. setelah melakukan pendaftaran dan membuat pembayaran, kami bersiap sedia untuk memulakan perjalanan masuk ke kg.peta ini. kumpulan yang masuk ini terdiri saripada 8 orang peserta. 4 lelaki, 4 perempuan. untuk masuk ke kg.peta, pelawat dimestikan untuk menaiki kenderan pacuan 4 roda. sebab jalan dia agak teruk. walaubagaimanapun, sebahagian jalan masuk ke kg. peta sedang dinaiktaraf. rasanya dalam tahun depan jalan sudah betul2 cantik. but hey, i did enjoy the ride. ni kali ke-2 masuk ke kg.peta.

ni dalam 4wd yang sati naik. yang depan (kanan) tu satu lagi 4wd yang bawa masuk sebahagian lagi kumpulan kami

ni papan tanda yang diletakkan di sempadan ladang kelapa sawit dengan hutan simpan kekal.
(dah masuk hutan ni baru jumpa sempadan taman negara)
ni signboard berkenaan projek pembaikan jalan dari sungai emas ke kg.peta.

papan tanda Hutan Simpan Labis . sebarang aktiviti yang ingin dilakukan di dalam kawasan hutan ini termasuklah kawasan hutan simpan labis ini mestilah mendapat permit daripada jabatan hutan yang berkenaan. contohnya : kalau korang nak camping kat lemakoh. ada amaun tertentu dikenakan.

mak n ayah sati =)
yang pakai cap biru tu tuan punya 4wd yang kami naiki. dia la yg drive

ni lurah yang digali bagi mengelakkan gajah daripada mencerobohi kawasan ladang kelapa sawit. kalau orang jatuh dalam ni pun susah nak keluar kalau tak ade bantuan

pembinaan jambatan merentasi sg.mas. setelah banyak kali jambatan sedia ada musnah akibat banjir yag melanda johor beberapa tahun kebelakangan ini, jambatan ini harapnya dapat menyelesaikan masalah ini.

antara jambatan asal yang dibina. ni kira ok. tak tengok lagi 1 jambatan yang pernah kami lalui sebelum ni. sikit lagi nak cecah air.

kantin kawasan pembinaan jambatan sungai mas.berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan masuk ke kg.peta

gunung janing. menyambut ketibaan kami. tak jauh dah kampung peta =)

jalan yang masih belum dibaiki. nak masuk kereta biasa memang tak lepas lah. naik motor masih boleh sekiranya tayar scrambler tu korang guna. kalau setakat tayar motor biasa, sila lah berhati2

 cukup rasanya bahagian 1 untuk trip ke taman negara johor ini. untuk lebih info boleh klik di sini






No comments:

Post a Comment