Saturday, July 21, 2012

Nota Kawin 60 : Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan pemilik semesta alam. Dengan Rahmat dan kasih sayangNya, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.

Tahun ni merupakan tahun terakhir sati berpuasa bersama keluarga. insyaallah, tahun depan berpuasa dengan syfq juga. 5 minggu sahaja lagi sebelum majlis. sati harap dengan bertandangnya ramadhan tahun ini dapat melatih sati menjadi insan yang lebih beriman, kiranya antara persediaan terakhir sebelum menjadi isteri. 

Sati berharap tahun ni kita semua diberi kemudahan untuk menjalankan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain. banyakkan bersedekah. cubalah khatam al-quran mengikut petua berikut 

600muka / 30 hari = 20 muka/hari
20 muka / 5 waktu solat = 4 muka/waktu solat
4 muka / sebelum dan selepas solat.. bunyinya agak ringan kan?

bagi yang perempuan 

600muka / 24 hari (6 hari cuti) = 25 muka/hari
 25 muka / 5 waktu solat = 5 muka/waktu solat
4 muka / sebelum dan selepas solat.. bunyinya agak ringan kan?


bagi yang ingin khatam 2kali dalam bulan ramadhan
boleh la baca 10 muka atau lebih dalam setiap waktu solat tu.
kalau sibuk masa bekerja di pejabat, gunakan waktu rehat tengah hari
yang lain-lain tu ganti malam nanti
ingat, buat ni kena istiqomah... jangan culas ok?

Selamat berpuasa dan juga solat terawih bagi yang berkelapangan. kalau tak dapat ke masjid atau surau, dirikan lah solat sunat tersebut di rumah. pun boleh.... =) 



No comments:

Post a Comment