Monday, September 10, 2012

Review Kawin 1 : Penunjuk Arah

Salam,

bismillah.. dengan nama Allah, sati mulakan review berkenaan kerja kahwin sati.
sati nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini walaupun pada hakikatnya banyak cacat cela, sati masih bersyukur dan gembira dengan pernikahan ini.

kepada nama-nama yang terlibat yang menjayakan majlis, this is credit to you on your excellent job but to those yang merosakkan majlis sati, ini adelah medan untuk sati berkongsi pada pembaca, supaya diorang ingat dan aware dengan servis korang.

for the time being sati tak ade gambar dari photog rasmi.
so ape yang ade je lah. 

kali ni nak mulakan dengan penunjuk arah.
pada sati, penunjuk arah ni sangat penting. 
 tak semua jemputan kita aware kedudukan majlis 
(samada di rumah mahupun dewan)
dengan adanya penunjuk arah ni, tetamu tak lah tercari-cari
tapi sati pernah je pegi kenduri yang tak ade tanda arah.
kena google maps u'olls. 
nasib baik la hubby ade ipad boleh cari.
kalau tak, tak sampai !

jom layan gambar dari henfon sati. tak ade sape nak g amik penunjuk arah ni masa mereka terpacak cantik kat tepi jalan. sati snap bila dah cabut je. cabut tu sebab nak balik kayu2 dia. kenduri orang lain nanti boleh pinjam. 





trivia berkenaan penunjuk arah

a) saiz kertas yang digunapakai ialah A3 dengan saiz tulisan yang boleh tahan besar. bagi senang dilihat. selalunya tengok orang buat saiz A4. sati sendiri kalau cari penunjuk arah yang kecil ni agak sukar nak pulak semasa memandu. kalau jemputan yang ade masalah penglihatan mcm mana?

b) saiz anak panah sengaja dibuat besar dan berwarna merah. biar senang orang nak tengok.

c) wording pada penunjuk arah termasuk nama PENGANTIN dan nama PARENTS sati sebab tak ramai family n kawan2 mak ayah yang kenal sati. so bila diorang tengok nama mak ayah, diorang senang cari kenduri yang mahu dituju. lately banyak jugak terjumpa signage kenduri dengan nama 'izzati' ni. tapi nama pasangan tu dah lain la. agaknya tahun sati lahir dulu mmg nama izzati tu tengah in. tengok je kat sekolah. setiap batch ade nama izzati. haha.

d) terdapat 'km-to-go' bagi menunjukkan jarak perjalanan untuk tiba ke lokasi majlis. untuk dapatkan jarak perjalanan ni, sati naik je kereta vios tu, set dari starting point nak pacak signage, sampai la ke rumah. rekodkan bacaan 'km-to-go' bagi setiap simpang yang perlu diletak penunjuk arah ni. sati buat ni sendirian berhad. tapi sebenarnya lagi bagus kalau bawak co-pilot untuk jadi tukang catat.

f) terdapat juga sign 'kawasan menurunkan  penumpang' kerana mengambil kira faktor kedudukan rumah yang terletak di kawasan jalan mati. so kalau banyak2 kereta masuk ke kawasan taman, nanti susah nak control traffic.

g) kertas A3 tersebut sati laminate bagi mengelakkan basah terkena air hujan. kebetulan pagi tu hujan. maka selamat lah penanda arah tersebut. selalu jugak sati tengok orang balut dengan plastik secara manual. balut pun boleh tapi dengan syarat, kena betul2 lekat kat kertas. kalau dia menggelembung sebab ade udara, takut tak nampak tulisan.paling mudah, kita salotape guna salotape besar gajah tu. haha. leceh skit la nak buat. ape yang penting, kalau hujan, warna tulisan dan anak panah tak turun sebab kita print guna bubble jet printer. kalau laser jet boleh tahan lagi.

h) waktu terbaik untuk pasang penanda arah adelah selewat mungkin sebelum majlis. ini bagi mengelakkan penanda arah korang kena cabut atau ditindih dengan penanda kenduri orang lain. tapi kadang-kadang bila dah terlalu banyak penunjuk arah yang dah di pasang, kita boleh jadi blurr pulak nak letak kita punya lat mana. dah pasang, jangan lupa cabut semula. selalu orang tinggalkan penunjuk arah ni. kalau ada pihak berkuasa tempatan nak cabutkan tak ape jugak. kalau tak ada, sampai anak 3 orang la benda tu duk bertapa kat tepi jalan. hoho. exaggerate sungguh.

dikesempatan ini, sati nak ucapkan terima kasih kepada pemasang penunjuk arah ini. you know who you are. dan kepada ayah dan haziq yang tolong cabut semula keesokan harinya.

ok? cukup takat ni lah.

till next review. semoga rajin even hubby ade kat rumah. haha.


4 comments:

  1. waaaah kreatippp.. tak terpk pun b4 ni nk buat km-to-go.

    ReplyDelete
  2. salam mne nk dapatkan kayu utk penunjuk arah tu???

    ReplyDelete
  3. salam awak..sy shafika nak kahwin ahad ni.kalau nak pinjam kayu tu leh?ke kena sewa??sy duk bangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papan n kayu ni beli kat kedai hardware. Saya punya dh bagi kezen

      Delete