Tuesday, September 18, 2012

Review Kawin 2 : Inai di jari

Salam,
kali ni nak review pasal inai
sepanjang tempoh preparation utk kawin, mcm2 jenis inai yang kawan2 dok discuss kat FB. ade yang inai tiub, inai tradisional, inai mekah, inai sticker, inai uptown, inai downtown.. macam2 jenis.
sendiri pun tak berapa arif pasal inai ni. ikut hati nak pakai kat kuku je. haha
tapi takut tak nampak macam pengantin pulak.

sati pakai inai sebagai syarat je
so pakai inai style orang dulu-dulu
tanpa sebarang ukiran
kat kaki pula hanya pakai di kuku kaki sahaja.

semasa kenduri di seremban, sati pakai malam sebelum tido.
mula-mula salotape kat ruas2 jari.
konon nk bagi lurus je inai tu bila pakai
tapi disebabkan sati tak duduk diam, salotape tu melonggar.
terbabas jugak kelurusan inai tersebut.
ade pengantin pakai semalaman,
tp sati terus tunggu inai kering (guna hair dryer !!)
bila dah kering, lalukan inai yg dh kering tu kat air 
dan terus lap inai2 tersebut
jangan basuh beriya dengan air taw
*sati ikut arahan seperti di kotak inai
lain pengeluar inai lain instruction.

jom layan gambar sikit

Atas kiri : sedang disalotapekan
Atas kanan : inai yang di-standby-kan
Bawah kiri : proses mengering
Bawah kanan : sambung menginai kuku kaki

rupa inai yang dah dilap sebelum tido

kantoi inai terbabas kerana ketidakmampuan sati untuk duduk diam  

nampak tak inai saye? hahaha

yang atas tu inai yg guna untuk majlis seremban
yang bawah tu inai yang guna untuk majlis kedah.
terpaksa topup sebab warna inai mencair dengan cepat

untuk makluman, sati guna inai Rani Kone - Henna Paste untuk majlis di kedah
sati pakai yang kotak warna merah n pink tu
pada bahagian tengah yang warna hijau tu ade tulis
DARK REDDISH
warna ni yang cantik (pada mata kepala sati lah)
pakai pun sekejap je. cepat kering. (tak perlu guna hair dryer)
lepas inai kering boleh terus basuh.
so mudah la sati nak tido

yg inai kecik tu (pakai masa kenduri seremban) sati tak ingat sangat. 
rasanya adik beradik dengan inai rani ni jugak. 
tp special untuk kuku. 

korang tahu tak yang sebenarnya kepekatan warna inai ni bergantung pada kepekatan darah kita. kenapa? tak percaya ke? ni teori sahaja. tak tau la kesahihan teori ni. tapi inai sati masa baru 2, 3 hari pakai memang merah. tapi lepas tu terus oren. sebab darah sati sangat lah cair. kalau derma darah tu, cepat je penuh. baru nak layan2 tengok tv kat hospital tu, tiba2 nurse kata dah siap proses menderma. haha. 

btw, harga sekotak henna dark reddish tu sati beli RM7 kat kedai depan office. tiub kecil yg untuk kuku punya RM4 je. so bila gatal2 gi beli both, abang kedai tu bagi diskaun singgit. dia siap bagi gerenti, kalau inai tak merah, boleh datang tukar. haha. nak tukar mcm mana kalau dah pakainya kat kedah. lagipun bukannya tiap-tiap minggu kita nak berinai kan?
sekotak inai ni (yg RM7) boleh pakai kat jari-jari tangan mcm yang sati pakai tu. dan tiub kecil untuk kuku-kuku kaki

cukup la rasanya update berkenaan inai ini.

nota: berjaya menyiapkan post sebab encik suami tidak ada di rumah. semasa beliau ada, harapan sangat nak on laptop. bercinta sungguh lah nak buat post. since ramai tanya pasal inai sati, tu yang gigihkan diri buat post. kalau tak.. bersawang la blog sati 

8 comments:

  1. hi. hee. yg rani inai tu satibeli katne ye ?

    ReplyDelete
  2. berapa tiub utk 10jari? kl skali ng kaki brapa tiub agaknya?? rani bkn sbb ikt darah mmg dia x tahan lama pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sati beli banyak masa tu. Sebab kezen pun ada yg nk pakai. Reason beli extra tu pun sbb nak mudahkan org yg tolong pakaikan inai. Sorg satu tiub so 2 org tolong pakai min dh 2 tiub. Beli extra kalau nak topup masa majlis bertandang dan berhajat nak lukis2 kat tgn. Sati xde lukis2 so pakai sikit je

      Delete
  3. hai.. awak.. boleh x tlng belikan... sy mmg suke inai ni... tp ssh nak cari...

    ReplyDelete
  4. Pakai berapa minit sis?

    ReplyDelete
  5. inai tiub ni jap je merah.. lpas 2 jap je jd oren.. 2 xsuka 2

    ReplyDelete
  6. lain org lain citarasa.. tp klu i, i suka lukis.. nmpk cantik..

    ReplyDelete