Monday, September 10, 2012

Series of Unfortunate Events (pt.1)

Salam,

dah lama sati tak update blog. 
mood untuk update new post sangatlah tak ade since terjadinya beberapa series of unfortunate events. tak ada rezeki. apa yang sati boleh buat hanyalah ceritakan disini sambil memujuk hati supaya redha dengan apa yang berlaku. setiap daripada apa yang sati update, yang mana memburukkan mana2 pihak, sati tak ingin minta maaf. sebab sati yang terkena. sati yang merasa. (kejam x?)

Unfortunate Event 1

Macam biasa, raya pada tahun ini sati sambut dikampung emak.
kebiasaannya kami sekeluarga balik dengan 1 kereta. kereta 8 tempat duduk, cukup untuk menampung kami sekeluarga. tapi pada raya kali ini, adik sati minta untuk drive kereta asing untuk balik kampung. memandangkan barang pun banyak nak kena bawak balik, dan adik pun terpaksa pulang awal sebab kawan-kawan dia nak berkumpul di seremban n tumpang tido kat rumah yang di Paroi tu, ayah bagi la green light kat adik. 

So, hari raya pertama kami ada kenduri tahlil arwah untuk ahli keluarga yang terlebih dahulu meninggalkan kami semua. lebih-lebih lagi untuk nyang yang baru sahaja meninggal pada bulan Mei yang lepas. selepas kenduri dan tahlil, sati dan keluarga berangkat pulang ke kampung ayah.

Hari raya Kedua, kami sekeluarga pergi ke Felda Sebertak. sepupu mak bertunang. masa ni sati asyik kena usik sebab tak berapa hari lagi nak nikah. so tumpang glamour mak teh sati masa tu.

Hari raya ketiga merupakan hari dimana keluarga sati diuji.
pagi tu ayah dan emak berangkat ke Chini untuk merisik bagi pihak sepupu sati. adik lelaki sati yang  drive kereta asing pun bersiap untuk pulang ke Seremban. lebih kurang jam 12.30 tengah hari, sati terima panggilan telefon daripada ayah. ayah bagitahu rumah kami dimasuki pencuri.

sati jadi kelu sekejap. RUMAH DIMASUKI PENCURI? 

lepas tu baru lah sati dapat digest ape yang ayah bagitahu. cepat-cepat sati call adik yang dah balik. 

adik : kakti, rumah kita kena masuk pencuri. habis barang-barang dalam bilik (pencuri tak usik bahagian common area) semua dah sepah-sepah. ape barang berharga kakti yang ada dalam bilik?

*masa ni baru teringat segala barang hantaran dan barang kemas untuk majlis perkahwinan sati*
sati senaraikan satu persatu barang sati. sambil menangis sati tanyakan barang2 hantaran dan cincin sati. adik kata tak jumpa barang yang sati sebut. 

2 buah jam yang dalam kotak tu terselamat
sebab pencuri tak terfikir nak usik paperbag yang sati letak kan jam tu.
paperbag asal yang pencuri tu dapat n taburkan isi-isi beg kat atas katil.

rupa kunci bawah yang kena kopak

rupa kunci tengah yang kena kopak

rupa frame pintu tersebut


tak perlu cerita banyak kot. rupa pintu yang kena kopak tempoh hari.

secara keseluruhan, 2 buah laptop kepunyaan adik2 sati kena curi, duit pelbagai jenis matawang pun turut lesap, set perfume dan beg untuk hantaran turut berjaya dikebas. barang kemas selamat dijumpai sebab kebetulan sorok kat somewhere yang sebenarnya tak berapa nak safe sangat, tapi sebab tawakal, n itu rezeki sati kot. mak kata duit2 yang mak sorok kat few tempat tak kena ambik. maybe sebab berkat duit tu anak bagi. rezeki kami takat tu je la nampaknya. 

laporan polis dah pun dibuat, kesan cap jari turut didapati di bilik salah seorang adik sati. semoga pencuri dapat pembalasan yang setimpal disamping mendapat hidayah Allah sekiranya dia umat nabi Muhammad saw.

rumah kami kena masuk sebelum kenduri. semalam jiran pulak berkenduri, sati dapat tahu ade perempuan 2 orang yang tidak dikenali hadir pada majlis tersebut dan dapat bawak lari beberapa ratus wang tunai yang mereka dapati dalam 3 buah beg tangan kepunyaan ahli keluarga jiran sati. zalim nya kau perempuan ! haram apa yang kalian makan dan beli hasil kerja jahat korang. 

kepada yang bakal mengadakan majlis, sila berhati-hati.
barang2 hantaran masa majlis sila letakkan seorang atau lebih baik 2 orang untuk jaga. kawasan dalam dan luar rumah minta sediakan seorang dua pemerhati. tengok2 kalau ade 'tetamu' yang berperangai mencurigakan. 

lagi satu pesan sati, sila bawa barang2 berharga korang bersama-sama kalau balik ke kampung. barang kemas terutamanya. malang tidak berbau. 

1 comment:

  1. semoga pencuri2 itu sempat bertaubat b4 malaikat maut menjemput..

    ReplyDelete