Monday, October 1, 2012

Wakaf : Kampuchea (Kemboja)

Salam, 
Hari ni nak mengajak rakan-rakan pembaca blog untuk GRAB peluang melakukan ibadah wakaf. Menjelang hari raya aidiladha yang kurang sebulan dari sekarang, sati nak curi masa sebentar untuk menawarkan peluang melakukan ibadah wakaf ni.


PROGRAM WAQAF TELEKUNG UNTUK WANITA KEBANYAKAN DAN ANAK-ANAK DI CHNANG, KAMPUCHEA
from : Sanusi Md Yunus (ayah Sati)

Setelah menyertai program qurban dan waqaf bersama Institut Tahfiz Quran Gemencheh, Negeri Sembilan (ITQAN) pada tahun 2010 dan 2011, saya dan sebahagian keluarga saya telah menyertai Ustaz Wan Roslan pada November 2011 ke Kampuchea dalam program kembara Aqiqah.

Semasa program tersebut, isteri saya mendapati kebanyakan wanita di sana memakai telekung yang lusuh malah ramai anak-anak tidak mempunyai telekung sendiri dan terpaksa bergilir-gilir dengan ibu mereka. Kami juga difahamkan bahawa memang ada rombongan Malaysia yang membawa telekung waqaf, tetapi bilangannya tidak banyak dan kerana ianya cantik, maka telekung tersebut akan diberikan kepada mereka yang berkepentingan sahaja.

Kami juga mengusahakan untuk membeli telekung siap di sana. Telekung siap dijual dalam lingkungan USD16 hingga USD20 bergantung kepada kualiti dan cantik sulamannya. Tiada telekung buatan Kampuchea (Kampuchea hanya ada 4% penduduk Islam) dan ianya mahal kerana perlu dibawa dari Vietnam. Kebanyakan wanita di sini membantu suami mereka bertanam padi dan tiada sumber ekonomi. Terdapat juga anak-anak gadis yang bekerja di kilang kasut berdekatan yang mendapat gaji bulanan USD80. Dengan kekangan kewangan, membeli telekung bukanlah perkara yang boleh diutamakan.

Jadi kami telah memulakan projek telekung waqaf buatan Kampuchea dengan bantuan seorang pelajar ITQAN dari Kampuchea iaitu Mohammed Zain, anak kepada Ketua Kampung di situ. Memandangkan masa tidak mengizinkan, kami memberikan USD220 kepada beliau dan memberikan penerangan bagaimana melaksanakan projek tersebut.

Setelah semuanya dilaksanakan, USD220 tersebut telah menghasilkan 30 pasang telekung biasa tanpa sulaman. Jahitan dibuat oleh 2 orang tukang jahit di kampong tersebut dengan upah USD1 sepasang. Pengagihan dibuat melalui Imam memandangkan bilangan yang disediakan tidak mencukupi manakala keperluan adalah sangat besar.

Sasaran utama program ini adalah kanak-kanak perempuan. Tahap iman warga Islam Kampuchea bergantung banyak kepada sembahyangnya warga wanita mereka. Anak-anak perlu dipastikan sembahyangnya dan kalaupun diajar dan dipesan supaya istiqamah bersolat, adalah sukar sekiranya tidak mempunyai telekung sendiri. Untuk melaksanakan program ini, kita juga akan memberikan telekung kepada semua kaum wanita mereka.

Untuk program telekung waqaf 2012, kami mensasarkan 500 pasang dan kami yakin dengan hanya RM25.00 sepasang, tuan-tuan dan puan-puan akan dengan redha hati mengumpul harta akhirat melalui program ini.

Ustaz Wan Roslan akan berlepas ke Kampuchea sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Hubungi saya, Sanusi Md Yunus 019-6201870 atau email saya di qsnsboss@gmail.com atau
Izzati binti Sanusi 0193269573 atau email izzatisanusi@gmail.com untuk keterangan lanjutnya.


tarikh akhir untuk menyumbang adalah 1 minggu sebelum raya haji

No comments:

Post a Comment