Thursday, December 20, 2012

Resepi : Tunayaki

Salam, 

sati minta maaf sebab tak rajin update blog. ye sati dah janji nak update pasal my down under n singapore short trip tapi gambar still ada pada husband. sorry on that. sati try dapatkan those piccas ok?

but today sati nak share on my new addiction ... tunayaki. actually nak buat takoyaki but i couldn't find the tako (octupus) nak bubuh dalam yaki tu. so sati guna tuna instead. 

Resepi ni sati ambil dari blog ilhamusafir dan adjust ikut deria rasa sati. tekak melayu la katakan. 

Sos

1 botol kecil sos tomato
1 botol kecil sos worcestershire yang susah nak sebut tu.
1/4 cawan gula 
1 ulas bawang putih di titik (smash guna pisau or lesung barang sekali dua saja)
halia sesedap rasa. (sati tak suka rasa halia so buh sikit je buat syarat)
black pepper sesedap rasa (yang ni sati tambah sebab kalau ikut resepi asal, manis gila)

Cara membuat sos

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali black pepper ke dalam periuk dan masak hingga pekat.
2. Perasakan sos anda dengan black pepper sesedap rasa.
3. Siap!

nota : mengikut ilhamusafir, sos ni boleh bertahan selama 1 bulan

Batter mix

1 cawan tepung gandum
100 ml air panas
200 ml air biasa suhu bilik (gedik tak?)
1 kiub pati daging lembu knorr (yang ni sati tambah untuk bagi rasa pada batter)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus
1 biji telur ayam

Cara membuat batter

1. Tepung dan baking powder diayak untuk mendapatkan bancuhan yang cantik.
2. Kiub pati daging di hiris halus (nak kasi dia jadi powdery) dan larutkan dalam air panas.
3. Pecahkan dan pukul telur bagi nampak mcm telur dadar.
4. Mix tepung dan semua 300ml air tadi, tambah garam dan bancuhan telur.

nota : cara penyediaan tak perlu guna mesin. cuma bancuh dalam jug plastik yang bermoncong dan ringan supaya mudah nak guna terus masa nak tuang dalam acuan yaki nanti.

Bahan-bahan lain

1. Filling (tako atau in my case, sati guna chunk tuna in sunflower oil)
2. Kobis yang dicincang halus. (sati parut je. cepat siap n size kobis mmg confirm kecil)
3. Daun bawang dicincang halus
4. Fish flake (boleh beli di Jusco)
5. Mayonis

Alatan memasak

1. Acuan yaki atau acuan kuih cara
2. 2 batang lidi sate

Cara memasak

1. Panaskan acuan
2. Tuang batter 3/4 penuh acuan
3. Masukkan filling
4. Masukkan daun bawang di setiap lubang acuan
5. Penuhkan permukaan acuan dengan kobis yang dicincang
6. Tuang batter sehingga penuh di atas kobis 

7. Pusingkan bebola (menggunakan lidi sate) pada keadaan half moon dan masukkan batter dan kobis yang disekeliling ke dalam bebola
8. Pusingkan sehingga bebola pada keadaan 3/4 bulat dan terus masukkan baki batter dan kobis 
9. Pusingkan sehingaa menjadi bulat.
 10. Masak sehingga menjadi perang dengan membalik-balikkan bebola tersebut

11. Angkat dan letakkan dalam piring.
12. Sapukan sos yang kita dah masak tadi.
 13. Taburkan fish flake
14. Hias dan perasakan dengan mayonis
15. SIAP !

nota : untuk lebih sedap, boleh buh serbuk nori (seaweed) dan chili flake on top of the mayonis tapi sati takde benda-benda tu. 

CAUTION : walaupun tako/tunayaki anda rasa seperti sejuk diluar, adalah dinasihatkan supaya potong 1st ball dan check samada isi dalam tu dah sejuk atau belum. in my case, sati yang tak penyabar dah makan tako yang luar suam-suam kuku, tapi isi dalam dia panassssss... oh kesian lidah sati. hu hu hu hu.

selamat mencuba dan jangan mudah putus asa. hehehe.

siapa yang dah mencuba boleh buat testimoni masing2. boleh juga sati tahu menjadi or tak resepi sati ni. 


1 comment: