Tuesday, January 31, 2012

Nota Kawin 9 : Sample kad kawin


ni sample kad kawin yang sati terima harini daripada Cik Aizati.
ni email cik zati pascakesumba@gmail.com

sati suka card yg kanan-bawah
simple je. harga kad pun murah. tp xtau la mak ayah approve or x
nak kena tanya tp xtau bila nak tanya
td masa kat office tunjuk kad yg sati suka tu kat ayah tp dari jauh la
ayah gelak2 je. eishh.. kalau gelak ni tak faham la ayah.
aduiii.
ni pulak harga kad

so? terusakan menyervey (me-survey) kad2 lain
tadi petang balik rumah sudah terima kad kawin dari kawan sekolah
dia kawin minggu depan. minggu yg sati xde kat sini
ade trip office pegi pangkor.
aduiii .. kalau tri pangkor ni xbest, mesti sati nyesal xattend wedding fida.
ape2 pun fida, congratulations in advance.
kalau dapat datang, akan terpacul la muka ala2 hamster ni kat rumah fida.
i wish u n zauj -Barakallah

Monday, January 30, 2012

Nota Kawin 8 : Briefing by Ayah pt.2

dah malam. esok nak kna bagi lecture.
tp nak update jugak

sati dah pegi jmpe WP.
dah tunjuk kaftan nikah. homaigucci!!! besar tak hengat kaftan tu!
kalau sati pakai size L, kaftan tu XXL
oh mann... alter gegiler la kaftan tu nanti sbb kaftan sponsored by my sis
(terus menerus bersyukur)
WP ckp nanti bulan puasa kita buat fitting untuk alter kaftan tu
sbb bulan puasa la dengan harapan sati mengurus. hik hik hik
HARAPAN untuk kurus.

masa kat butik WP ni, ayah call
ayah cakap mak suruh buat baju baru untuk bertandang
n ayah bayar saja (YEAYYYY!!!) kat situ jugak sati jerit happy
tq mak ayah. hihihi.
baju majlis side sati still songket tp nak go for very modern design

ayah juga telah approve pelamin nikah n pelamin bergambar kat khemah luar.
so WP cakap, g cari design. nanti kita diskas2 lagi.
tp masa kat situ run thru jugak la mana2 pelamin ex-b2b
so dapat la gambaran sesikit
will go with pastel colours, simple but sweet design

nanti nak brainstorm dengan mak ayah
kena tanya ape diorang punye taste. sbb kenduri ni kenduri diorang.
oh kena remind encik tunang supaya confirmkan dgn his family
any request utk side diorang since baju buat kat KL
mana tau diorang ada tema tertentu
warna n etc. kita kena amik tau ni semua
nak buat benda baik (berkahwin) ni libatkan smua orang
jangan la nak ikut kepala pengantin sahaja
mmg la mjlis ni untuk kita
tpi kita kena ingat balik, kalau xde keluarga, kita tak leh nak kawin.
especially ayah mak (both sides)
kalau xsependapat, kita berunding.
ni peringatan kat diri sendiri.
ok dah boleh tido.

Nota Kawin 7 : Baju berangan

nk mcm ni boleh?
samada baju or kain (salah satu) adalah songket bunga tabur.
kalau selendang je songket pun bagus jugak. ahaha

masalah : saya ni pear shape. voley ke pakai baju gini? burok rasanya

Nota Kawin 6 : Hati Berbunga-bunga

It's weird yet amazing how the person you're gonna marry
is walking the earth right now:) izzati sanusi

from encik tunang

Saturday, January 28, 2012

Nota Kawin 5 : Briefing by Ayah

Tadi balik kerja dengan ayah
so sambil drive tu nyambil la tanya ape ayah punya syarat2 majlis
sebab esok nak pegi jumpa wedding planner

so this is a list of notes yg berjaya masuk dlm kepala
kalau ade tertinggal, nasib la :-

(a) jubah nikah akan dihantar terus kepada uncle
untuk di upgrade jadi jubah nikah+baju resepsi untuk sambut menantu.
meaning 1 baju untuk 2 event

(b) baju untuk resepsi side sati mesti songket
(saye xmau songket =_=' tp kena mengalah ngan mak ayah)

(c) haritu ayah just nak photostation kat area entrance,
sekarang dia dah approve pelamin nikah kat dalam
& pelamin lebar xlebih 12' kat entrance tu
untuk bergambar dengan saudara mara n tetamu

(d) orang2 tua (neneks, atuks) akan duduk dalam rumah.
kat area living room untuk memudahkan saudara mara datang
dan berjumpa mereka ini. mereka (atuks, neneks) makan di porch

(e) tempat solat lelaki adalah diruang tamu,
tempat solat wanita samada di bilik haziq atau bilik nana.
(these are the only area yg public boleh access semasa majlis berlangsung)

yang lain dah tak ingat

Friday, January 27, 2012

Nota Kawin 4 : Official Videographer

Sikit pasal OV,
haritu dapat OV yg baru berjinak2 dengan kerjaya tersebut
since majlisnya lambat lagi, sati xbayar deposit (ok my bad)
n tetiba ada lagi sorang b2b dah tanya OV tu untuk tarikh yg sama
since sati lambat bayar, sati xdapt hire him.

mula2 nak give up.

tapi bila kawan2 kat NCOL bg semangat utk cari OV lain,
sati try one last time.
kalau ada, ade. kalau xde, xpe.
n atas saranan Syima, sati tanya her BIL
n guess what, sati dpt her BIL utk akad nanti
senyum sensorang. tq syima.

so sati dah bayar deposit kat LaTelevisio (Mr Adib)
and dah berjaya lock my date in his diary.
tq LaTelevisio kerana memberi harapan baru kat sati.
sati dapat promo tahun baru so harga yg laTelevisio bagi adelah
RM499/majlis +rm100 utk transportation.
so dlm wedding excel sheet sati dah ada column untuk nota kumpul duit OV
haaa... tiap2 bulan simpan rm100. so menjelang bulan 9,
sati dah ada duit yg cukup untuk bayar OV
tp ni kumpul lmbat sikit sbb OV bayar selepas majlis
so awal2 ni kumpul duit untuk benda2 lain dulu

masa majlis resepsi sati xada OV sbb majlis sati majlis santai
tak ada bersanding. so OV xperlu la rasanya.
lagipun akad tu yg nk sati simpan n tengok banyak kali dikemudian hari
i want to see his vow, yg akan remind sati
bahawa S menerima tanggungjawab ke atas diri sati
so that i will always cherish S in my life
so S, just be yourself n xperlu nervous sekarang ok?
nti i bagi semangat masa nak nikah k? hi hi hi

Nota Kawin 3 : Jubah Nikah

Malam ni nak story sikit je pasal attire untuk nikah.
Adik dengan murah hatinya (terima kasih bayak2) telah menaja
JUBAH NIKAH saya!!! hoyeh hoyeh
jubah nikah ialah kaftan sebenarnya hik hik hik.
tadi petang call kawan adik
sebab kawan adik yg bawak balik jubah tu dari Jordan
kwn adik tu cakap, hari ahad boleh datang amik jubah itu

ok smuggggggggg...
tak sabar nak tengok n pegang n feeling2 (nak try boleh x?)
dari rumah kwn adik tu, akan trus ke butik Inspirasi Cinta
nak bagi jubah tu kat uncle
nak minta uncle tengok n fikir2kan ape gaya yg sesuai
uncle jugak kena carikan kain untuk baju melayu S

and for the first time nak bawak S jumpe uncle untuk bincang pasal majlis
S, i tau u x baca ni tapi i harap u bersedia untuk dikejutkan
bnyk benda nk kena settle baru boleh kawin
tp u jgn risau, im here to help you
i faham u kena study
do your best n nanti dah selesai, u tolong i ok?

bai! hihi

nota kawin : semoga sati ingat nak snap baju nikah tu untuk post kat sini as teaser. n semoga sati rajin amik few pictures kat butik nanti untuk sesapa tengok baju2 yg ada untuk disewa. or few props jugak maybe?

Wednesday, January 25, 2012

Nota Kawin 2 : Wedding planner


semua orang tau wedding planner tu penting
x kesah la wp tu diri anda sendiri atau wp upahan.
ada orang serah semua kat wp.
ada orang bahagi separuh2.
ade orang amik dengan 1 wp complete semua.
ade orang amik lain-lain vendor.
bergantung kepada kemampuan masa dan kewangan masing2.
tp kat sini sati nak cerita my wedding prep.
so diminta anda semua kosongkan minda dan sila tidak bersikap prejudis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1.... 2.... 3.... ok go!

sati gunakan khidmat Inspirasi Cinta sebagai wedding planner sati.
IC ni butiknya terletak di Alam Damai, Cheras. mak aih jauhnya.
memang la jauh sikit dr sati yg stay kat seremban ni.
IC ni milik pakcik sati. hik hik hik.
korang boleh tgk fb IC kat sini

reason sati amik IC ni sbb
sati percaya uncle sati akan all out untuk semua customer dia.
x kira family or not.
n sati suka bekerja dengan mereka2 yang baru nak naik dlm bidang diorang.
kalau xpercaya, tunggu review kad kawin. nanti korang akan faham.

ni contoh2 kerja tangan uncle sati.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan yg ni


yg last ni baju yg uncle sati buat. i just love the colour. love the 3D flowers kat baju tu jugak.
n paling jatuh cinta kat kasut nye. aduiiiiiiii..... nak nangis tgk kasutnya. custom made for the bride hokay!


bila sati tgk kasut ni kat butik uncle haritu, terus fall in love
(semoga S nak belikan kasut mcm ni utk wedding kitorang. aminnnn)

masa try kasut ni haritu, rasa nak kidnap bawak balik je.
fyi, kasut sangat sedap dipakai. nasib baik bukan size sati,
kalau x, dah merengek kat situ agaknya.

Nota Kawin 1 : Tarikh nikah kawin

salam, this blog very 1st entry is about my wedding date.
should i start my countdown now?
maybe i'll get those timeline thingy n put them up later
(kecoh betul aku nk speaking omputih. yuksss muntah kat diri sendiri lah!)


(sekarang mau cakap melayu)
tarikh yg telah sepakat kami pilih adelah 25ogos12 untuk nikah
n majlis kenduri. dan 1sept12 untuk sambut menantu.
masih ada tujuh(7)bulan untuk prepare
so mari bersenang-senang untuk merancang majlis
dan kehidupan selepas majlis tersebut.

sepanjang perjalanan 7 bulan dari hari ini,
blog ini akan jadi my buku nota kawin.
i'll share my wedding plans
(dengan harapan setinggi gunung fuji agar jd kenyataan)
few calculations, and vendor reviews and stuff.
sape bosan baca boleh pegi blog org lain yang lagi super duper cool.
sebab blog ni bukan untuk memenuhkan nafsu orang lain,
blog ni nak mengajak rakan2 lain sama-sama semak balik perjalanan
terakhir sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
berkahwin itu indah dalam agama,
harapnya persiapan kita pun begitu juga.

nota kawin : ni cincin sempoi kitorang. nanti akan review pasal cincin ni kalau rajin