Tuesday, February 28, 2012

Nota Kawin 24 : This is me

Tadi blogwalking ke miss Deby
terbaca post pasal 'Get to know yourself'
so tangan yang gatal ini pun gi click click click kat test tu
n here are the results.
damn, mmg sama la *muka terkejut*
this is issati

Your view on yourself:

You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Nota Kawin 23 : Bridesmaid macam mana dan siapa?


Salam,
lama tak update nota. banyak tuntutan kerja sebenarnya.
(semalam balik kerja pukul 3 pagi kau)


setelah brainstorming dengan family (yg xberapa nak storm mana pun sebenarnya), sati dah berkeputusan nak memakai niqab masa nikah sambil ditemani 12 org dayang-dayang (1 pengapit, 11 gadis dulang) yg berjubah dan berniqab jugak. rough idea is to ask them girls untuk pakai jubah hitam since sati akan pakai jubah putih (sponsored by darling sister) n sati akan provide diorang dengan purdah@niqab yang ala2 gini. korang rasa ok x? (ok kan aje laaa)


picture credit to : http://dressesandclothes.com
korang mesti teruja tgk gambar kat atas ni kan?
(cakap je la teruja nak amik hati sati ni ha)
cantiknye la perempuan...

mereka2 yang menemani sati ni adelah terdiri daripada mereka-mereka yang tersebut. tak ada petik nama ok! tunggu sampai dapat confirmation daripada diorang. cukup je 1+11 ni, sati reveal nama2 diorang kat nota yang lain.

generally they are :

2 of my darling sisters
2 of my cute cousins
2 high school hearts
2 usm angels
2 ncolians
2 awesome best friend of mine

tunggu next next next note (entah bila) on bridesmaid n maid of honour.
baru sati kasi tau nama diorang.

p/s : cik kezen dah volunteer nak makeupkan sesiapa yang perlukan pertolongan x? please say yes. oh please please please. tapi sati rasa semua yang sati pilih ni boleh buat smokey eyes. my numero uno criteria untuk my 1+11 sweethearts. sila bawa eyelash curler masing2 n mascara lentik panjang tak hengat. kalau takde, pakai la ape yang ade. sharing is caring kan?

Saturday, February 25, 2012

Nota Kawin 22 : Buku panduan

salam, ini lah kenyataan.
atas meja sati bersepah. tp nak tunjukkan kat korang semua
sati ade few buku2 ringan yang nak diberi kepada b2b yg dan nak menikah.
hueh hueh hueh. yg dah kawin pun boleh.

setelah sati fikir2 balik, sati dah ade 2 org b2b yg nak menikah bulan 3 ni yg sati nak bagi salahsatu dari buku2 kecik ni.
mereka adelah liza (nur haliza mohd ali, ampang)
dan nurul aimi yusoff (honey sakura). saja x letak link diorang kat sini.
xpe. kepada kalian ber2 insyaallah buku ni sampai kat tangan korang.
baca jgn x baca!

1 buku nak kasi kat encik S.
harapnya S baca la buku tu. rasa2 tau x buku yang mana?
hihihi... Suami idaman yang menyejukkan hati isteri laaaaaaa

Monday, February 20, 2012

Nota Kawin 21 : Carrot cake

kita mulakan kelas meng-copy-paste resepi pada hari ini dengan lafaz Bismillah.
resepi pilihan adelah carrot cake yg sehat lagi mudah disediakan.
instant mode ON !

bahan2nye adelah seperti berikut :
carrot 2 batang (pilih yg besau tau) di blend
tepung kek naik sendiri 2 1/2 cup
minyak sayuran 1 1/4 cup
gula 2 cup (sati guna 1 1/2 sbb xmau manis)
telur 3 bijiks
1 1/2 cup walnut atau sebarang kekacang yg dicincang dan dipanggang
esen vanila 2 sudu teh
cuka epal 2 sudu teh (boleh tukar dengan perahan lemon 2 sudu besar)

nota : kalau nak rasa lebih carrot, cincang carrot tu.. kalau blend dinasihatkan perah keluar air yg berlebih2 tu. kalau tak, nti korang kena guna banyak tepung. if x, kek korang lembab sangat.

cara2 membuatnye :
--pre heat oven pada suhu 180darjah celcius--

a) campur semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
guna sudu je pun buleh. xpayah pukul pun bahan2 tu.
b) rasa bancuhan korang sehingga la mencapai taste yg korang mau.
i.e. lebih kacang or lebih manis
c) sapu kan minyak atau butter pada loyang (sati guna loyang agar2 yg tinggi 1 inci tu)
d) bakar pada suhu 180darjah celcius selama 40 minit.
e) SIAP !!! jom makan

Sunday, February 19, 2012

Nota Kawin 20 : Design baju-baju kawin diubah

Salam
sati tak update nota ni?
hummm memang. sebabnya baju kawin sati telah dibincang semula sepanjang weekend ni.
haritu beriya sati update pasal design baju kawin yg sati konon2nya dah confirm kat sini.
tup tup, harini sati dengan hati yang pasrah, sati nk update nota sati, sati hanya ade baju nikah n baju tandang. sati dah cancelkan baju songket tu. mak tak mau sati pakai baju yg 'over' semasa majlis. mak kata nak buat majlis yg islamic. xboleh pakai ketat (xhingin pun pakai ketat) n singkat (tak terfikirpun nak pakai yg menunjukkan punggung sati). mak kata pakai la baju lain (selain baju yg sati nak. baju ni designer kata akan buat longgar n tudung sati tutup dada *mana2 baju sati semua nak tudung tutup dada) mak kata pakai baju takde cutting. which is (ape korang agak?) baju kurung moden. lace tak mau. sati tak suka lace. kalau chiffon, baek buat dress. tp mak kata itu ade cutting. so buat baju kurung. humm. sati ade bnyk baju kurung moden chiffon. nak kaler ape? mustard yellow? putih? hitam? merah? hijau? grey? sati xnak baju kurung moden as baju kawin sati. seriously nti sama macam baju pengapit. humm... ikut hati nak nangis je mak tiba2 tak approve baju yg sati nak tu. tapi buat ape susah2kan diri yg dah cukup sedih ni? so LANGSUNG TAK PAYAH BAJU BARU. PAKAI JE BAJU NIKAH TU. walaupun mak kata baju tu xrupa baju kawin. ade sati kesah? org mmg tau sati kawin hari tu. so pakai ape pun xkesah la kan? betul x? hence perjalanan majlis pun sati nak ubah.

upacara majlis yg bermain di minda

10.00 pagi : nikah dan sesi bergambar keluarga
11.00 pagi : qasidah
12.00 tengah hari : pengantin makan bersama ahli keluarga
1.00 tengah hari : pengantin masuk ke rumah untuk solat zohor
2.00 petang : pengantin menyertai ahli keluarga untuk menyambut tetamu
(ahli keluarga bergilir2 untuk solat zohor seawal yang boleh bagi memudahkan perjalanan majlis)
4.30 petang : majlis tamat.

please note,
tiada bersanding serta acara merenjis diadakan.
sati tak mau! saya bukan bahan pameran. okbye.

Thursday, February 16, 2012

Nota Kawin 19 : Pop cake

selamat menggemukkan diri kepada yg membaca belog sati
this time sati nak menunjuki (ala johan-acai)
cara-cara membuat itu POP cake haddui sedap sangat ni punnn.
hehe (tepuk mulut sendiri) perasan sati ni kan?

kalau kita ada terbuat (atau beli) cake
tp tak habiskannye, apa yg harusnya pun kita semua muslimin membuat pun adelah tidak membazirinye errr... bedosa tau ni bazir-bazir ni kawan syaitonirojim
so ape kita perlu buat (haddui ini pun taktau ke?)
kita buat ni POP cake la.
kalau tak, buat ape sati buat post ni hadduuuiii....

bahan-bahan yang diperlukan adelah seperti berikut-rikut :

saki baki red velvet cake semalam


1) saki baki kek yg tak habis (seperti gambar atas)
2) butter secukup rasa (lembutkan suhu bilik)
3) perasa kegemaran secukup rasa jugak
(sati buh cream cheese n perahan lemon sesedap mulut sati)
4) batang lolipop (baru la nama nye POP cake faham?)

cara-cara buat POP cake sangat senang

a) hancurkan kek yg ada.
sati guna pisau kasi dia potong dadu.
pastu dia otomatik jadi hancur.

b) masukkan butter dan perasa sesedap rasa kita
nak masam buh lemon, nak manis buh gula (seeloknya brown sugar)
butter tu nak kasi lekat sesama hancuran kek tadi.

c) gaul dan uli sehingga kek tu
rupa macam yg kat bawah ni haaaa...

::reminder::
korang kena la adun GUNA TANGAN
n adjust mixture korang
smpai jadi doh cenggini



d) korang bulat-bulatkan comel-comel

e) kemudian cucuk dengan batang lolipop
sampai jadi cam gambar-gambar bawah ni


f) masukkan dalam peti selama 2jam

g) then boleh keluarkan untuk salutkan dengan chocolate or cream ke ape2 ke.
sati malas nk tambah coklat sbb lagi suka cake warna merah.
bagi yang rajin (xmalas mcm sati) sila decorate POP cake anda.
colourful chocolate available kat kedai.
atau korang nak buat dip untuk pop cake pun boleh guna melted choc
sape yg air liur meleleh membayangkan popcake masing2,
sila lap cepat. karang org nampak.
hehe. selamat mencuba dan menggemuk

salam (V_V) <-- sati gemuk

Tuesday, February 14, 2012

Nota Kawin 18 : Red velvet cake

selamat sejahtera !!!

malam tadi sati mencuba resipi 'red velvet cake'
so nak share resipi yg amik dari on9 forum kat sini.
sape dah buat, sila bagi sati boleh?

bahan2 kek (ikut urutan penampilan):
1/2 cup butter (xikut pun. sati buh lebih skit)
1 1/2cup gula (kalau xnak manis, kurangkan le)
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko vanhouten (suke hati nak brand ape)
pewarna merah secukup rasa
2 1/2 cup tepung naik sendiri
3/4 cup yogurt
1/4 cup susu segar
1 sudu teh cuka (sati pakai cuka epal)
1 sudu teh soda bikarbonat

bahan2 cream cheese frosting (pun ikut urutan penampilan):
cream cheese (2 bungkus yg 250gram tu) pada suhu bilik
1/2 cup butter (suhu bilik)
esen vanilla sesedap rasa
2 cup icing sugar (adjust kemanisan anda. eh silap. kemanisan frosting anda)


cara-cara membuat kek : (pastikan oven dipanaskan pada suhu 170darjah celcius
a) pukul butter dan gula hingga kembang
b) masukkan telur sebiji demi sebiji
c) masukkan vanilla

d) bancuh (dalam bekas berasingan) serbuk koko dan pewarna merah
sehingga menjadi pes (paste)
e)bahagikan tepung kepada 3 bahagian
f)bancuh yogurt dan susu (dalam bekas lain) dan bahagi kepada 2 bahagian

setelah (c) perlahankan kelajuan mixer
masukkan (d) kemudian (e)diselang seli dengan (f)
(boleh faham ke? hehe)
setelah semua sebati dan merah (kalau korang pakai pewarna hijau, jangan harap nama kek korang red velvet tau. kek korang jadi green velvet. itu pun aku nak ngarut kat sini)
bancuh cuka dan soda bikarbonat (jaga2. berbuih ni)
n cepat2 masukkan dalam bancuhan tadi
dan adun sehingga yakin sedap
(feeling kena kuat ni. PERASAN CHEF WAN KAU ni issati)

bahagikan mix tadi kepada 2 bahagian (loyang bulat size 9inch)
atau 3bahagian (loyang bulat size 8 inch)
dan bakar selama 25-30 minit
(cucuk dengan lidi nak tau dah masak ke tak - kalau licin tu dah masak la kek nye)
setelah masak, keluarkan untuk dianginkan
sati guna perkataan angin sebab kalau sati kata sejukkan, korang g masukkan kek dlm peti pulak, belum boleh masuk peti lagi ok!!! biarkan cool dulu. sambil tu buat cream cheese frosting

cara-cara buat cream cheese frosting :
pukul cheese + butter hingga kembang
masukkan vanilla dan gula icing

bila kek dah sejuk, korang terbalikkan kek pertama
(so that bahagian atas dia rata)
sapu cream cheese frosting tu bagi tebal skit baru sedap
selang seli dengan lapisan kek yg lain
dan akhiri dengan mengcover semua cake
simpan dalam peti sejuk then boleh makan

-siap-

sape dah buat, sila share gambar cake anda.
sati xshare gambar sebab xsempat amik gambar, kek dah kena bedal.

nota : sati malas nak cari loyang bulat dalam stor. so sati guna loyang 4 segi. sebab sati ade 1 je loyang 4 segi, sati bakar je semua bancuhan sekali gus masa 50minit (sila adjust sendiri sampai dia masak) bila dah masak mcam ni, dah sejuk tu sati potong jadi 2 lapis. lepastu buh cream cheese frosting. now dah boleh makan.


Monday, February 13, 2012

Nota Kawin 17 : Settle design baju-baju kawin

Salam, pagi yang damai
td terbangun lambat (astghfirullah ank dara ape ni?)
encik tunang call kejut sati bangun
dia ckp dia hantar kawan dia g KLIA.
kawan dia nak g hanimun.
n encik tunang nak beli tiket untuk balik kedah
dah lama dia xbalik kedah
maklumlah sibuk training

sebenarnya nak buat post malam tadi
tp sebab internet yg ngeng, terpaksa sabar n tunggu ke pagi ni

xde ape pun nak update
just nak note ke diri sendiri (ni nota kawin saya)
yg perihal design baju dah settle
nanti kalau sati ade kelapangan, akan berFB dengan uncle WP sati
pemalas punya issati!!!! ko pegi butik lah kalau nak bincang
ape punya ank buah manje la ko ni?
ko ingat uncle nak manjekan ko ke?
dapat pelempang baru nak sedar ni issati!!!

ok this is final. semoga encik Uncle Zam boleh menjadikan angan2 sati menjadi nyata!

jubah nikah sponsored by Ilyana Sanusi
nota : Nana kata jubah ni freesize, sati pakai mcm saiz XXL.
sangat berat jubah ni ok!


dari majalah inspirasi perkahwinan bulan mac (1st keluaran)
cover depan YUNA !!


ni untuk baju sambut menantu
warna baju mesti peach sbb bakal ayah mertua nak warna peach.

hehe. so uncle Zam tersayang (ni nak jack ni) yg baik lagi kacak (hahaha... uncle jgn lempang saya!) ini untuk uncle tengok dan plan ape yg patut. saya serba tak tahu ni.


Saturday, February 11, 2012

Nota Kawin 16 : Kami di Separuh Cantum

salam,
ni nak mengorek keluar semula gambar2 *Kami di Separuh Cantum*
tak ade faedah je rasa.
but still nak buat post supaya menjadi contoh kepada yg lain2.

sati nak pesan kepada kawan2 yg nak bertunang.
buat la sesimple yg boleh.
xpayah bersanding n sampai nak sarung cincin dgn encik tunang.
xpayah nak bergambar smpai peluk2 tu semua.
belum halal kan? tau kan? (peringatan kat diri sendiri juga)

so this is my simple ceremony. old skool gitu.


banyak ni je ke yg hadir? haha. noooooo banyak ni je yg duk kat ruang tamu untuk berbincang dan mendengar perbincangan. yang lain2 lepak kat dapur. bersusun duk kat dapur n ruang santai tepi rumah. *tiada khemah disediakn . JIMAT betul*



dari kiri : bakal ayah mertua, ayah tersayang n ustaz surul (dipanggil orang alim untuk menjadi pengantara. ade ilmu berbincang ni ustaz2 ni. pandai melembut hati jugak)


suasana makan tengah hari yg sempoi habis. kata old skool. dulang dibawa dari kampung wan (dari pahang datang dulang. ko ade?)



me n ayyash (anak sepupu) *belum pakai cincin pun*



xkira! nak tayang cincin jugak! cincin yang encik S kalah kat pohkong sebab dia nak white gold.
sati ugut kata wan nak emas kuning. sambil guna taktik pujukkan malu2 untuk mendapatkan cincin tersebut.

nota : sekarang ade habib buat sale solitare (cm ni ke eja?) tp sati still nak tunggu bulan habib april ni. mana tau ade yang lagi mmurahhhhhhhhh. *amin*


Nota Kawin 15 : Tema Kedah

Salam sejahtera ladies!
Petang ni nak kongsi skit pasal tema untuk bertandang
setelah berbincang2 dengan bakal adik ipar (kalau adik baca ni, xpyh megah sangat ok?)
*berikut adelah quote chatting sati n adik*
sati : adik
adik : ho??
sati : korang dah ade warna tema ke?
adik : hijau
sati : hijau biasa tu ke? or hijau terang? pucuk pisang? hijau pas? hijau rumput? ape da merepek
adik : sat adik tunjuk gambar hijau tu
sati : ok
adik: adik bagitau mak. mak kata ikut la kat kakti. pastu adik kata 'kakti suruh mak pilih, mak suruh kakti pilih. last2 xpkai baju' haahaa. ayah kata, warna pic elok x?
sati : elok. semua elok (suka peach sbb tgh IN)
adik : ayah kata ' ha elok.. jgn bangkang ckp pak mertua' hahaha
sati : haa dah kata peach, jgn nti bulan 7 minta tukaq hijau haaa.. xdan nak buat baju lain nti =p
adik : konfirm peach.. ayah bknan warna tu sbb senang dia na buat baju.. dia mmg suka kaler2 camtu

*ok bertuah dapat bakal mertua yg thumbs up*

baju verangan ku sudah approved tp harga belum tau.
agak2 harga dia approved tak?
hehe. doakan saja approved. *doa doa doa...aminnn*
warna tema? mesti la peach!

ok bayangkan ni in peach. agak2 lawa x?

Nota Kawin 14 : Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum uolls
(sambil membetulkan kelepet tudung)

sati baru balik dari kursus pra perkahwinan hari pertama
seperti khabar yg pernah sampai kat telinga sati yg tak berapa nak besar ni,
kursus pra perkahwinan kat taman tasik jaya, seremban, negeri sembilan ini
sungguh tidak mengecewakan. ok tipu. ade part kecewa sikit.

penceramah dia mmg best.
sakit perut gelak (semoga ilmu xkeluar)
penyampaian yg santai dan mudah difahami
isi yg padat dan ringkas.
masuk telinga kanan, terus lekat kat otak
*dah rasa gatal nak kawin?? oh belum lagi**

tp makan dia kurang sedap. tp bersyukur dia bagi makan.
yuran kursus sebanyak RM80 sahaja.
sekian untuk hari pertama.

Saturday, February 4, 2012

Nota Kawin 13 : Baju berangan pt 2

verangan lagi malam ni. haish.
sabar je lah. semoga dari list2 verangan sati ni,
salah satu atau dua jadi kenyataan.
i dont care if org kata ni trend ketinggalan zaman.
ada aku kesah? lol. kesah la.
mesti nak yg sendiri suka.
hihi. apa kata WP nanti agak2?

Thursday, February 2, 2012

Nota Kawin 12 : eDast Giveaway

this is edast giveaway.
segala yang indah ada di sini

tadi came across this contest by eDast masa blogwalking
rajin kan petang2 ni mengGoogle segala blog untuk dapatkan idea kawin
so this is my first contest entry ever (dah 3 blog ade, ni baru 1st time nak ikut contest)
im no chicken yo! just xkreatif je.

bila tengok rakan2 blogger lain duk join,
terlintas di hati dan otak (tu menunjukkan mmg nak sangat)
untuk turut serta. mana tau bila join ade rejeki untuk menang.
belum try belum tahu ye x?
kalau menang any hadiah from eDast,
sati mmg nak guna untuk majlis kawin nanti

ni hadiah2 yg eDast umpan kat bloggers sekalian

2 HELAI SELENDANG
2 HELAI ANAK TUDUNG
1 HEADBAND
SEPASANG PIN TUDUNG RANTAI

gelap mata sekejap tengok list hadiah
berangannya kalau dapat shawl, boleh la suruh pengapit pakai kan?
kat entry review majlis kemudian hari *mode verangan lagi* boleh la tulis
shawl pengapit *sponsored by eDast*
aiceh.. mana nak dapat barang sponser ni kalau bukan retis hokay
sati sebagai org biasa2 ni verangan je la buleh.
*oi kalau S baca entry ni mesti dia kata sati gila*

haha. ckp sensorang rupanya tunang dia ni.
kot la team eDast nak bace.

so guise n laydeh out there, jom ikut serta.
klik sini untuk ke blog contest eDast


Nota Kawin 11 : Card counting survey & Card counter

harini sati dah start buat event kat FB.
CARD COUNTING SURVEY
tujuannya nak buat survey berapa orang yg nak card.
nak tau berapa nak card seremban
berapa nak card kedah.
event ni juga bertindak sebagai Save The Date a.k.a reminder
aware sikit nanti raya ada open house besar-besaran
kat rumah sati@kenduri kawin
hi hi hi

seperti yg korang semua nampak kat atas ni
CARD COUNTER
ada 1 form untuk isi details berkenaan diri korang
supaya sati dapat track nama, alamat n nombor telefon korang
just in case ade last minute reminder yg nak kna shoot off before the wedding
n tak sempat nak pos kad.
no telefon tu sati nak guna untuk last confirmation
sama ada by sms or by call
final calculation ni gunanya untuk tempah makanan
sebab ade kawan2 yg nak card walaupun xdatang.
nak amik feel n berkongsi kegembiraan kawan2
sati faham. ingatan tu penting
selain doa yg korang titipkan buat pasangan yg berkahwin.
ok la. cukup kot update pasal card.
kepada yg sudi hadir dan perlukan card,
sila isi borang di atas.

Nota Kawin 10 : Kad kena reject

hohoho.
kad yg sample 4 jenis tu dah kena reject.
mak cakap mak nak kad besar sikit.
cantik lagi (org nak comel la mak)
mak kata bagi senang baca
orang2 macam mak tak boleh nak baca kad tulis kecik2 ni.
oooohhh... lupa pulak kad kena mesra pengguna.

ayah pulak suggest minta quotation dari office punya printing people
kita ada 2 eh salah, ada 3 printing company yg regular
maka akan minta quotation daripada mereka

alhamdulilah. ayah nak sponsor kad. hihihi.
suke la tu issati!!! harus la.

so akan tunggu sample and quotation daripada vendor lain
bila dah ada nanti akan update kat sini lah
selamat mencari kepada diri sendiri.