Monday, March 26, 2012

Nota Kawin 31 : Layout Khemah

Seremban, 26 Mac - Assalam. korang boleh baca ke layout sati ni? ni 1st round discussion untuk layout khemah. jalan rumah sati L-Shape. Kepada sesiapa yang mata diorang macam mata helang dan boleh baca tulisan2 dalam gambar di atas, tahniah. vision anda 20/20 =)

jom kita tengok 1 demi 1 fungsi khemah. sila gambarkan dalam kepala masing2 sebab sati xboleh lukis gambar yang detail habis. wording sungguh tak muat dalam boxes itu semua.

K1 - Khemah reception

Di khemah ini ayah pengantin (Sanusi Yunus) dan emak pengantin (Robiah Abu Bakar) akan sambut tetamu bersama 4 pasangan yang lain. mereka terdiri daripada
-paklong Zainal & maklong Aida (side ayah)
-paklong Saiful & maklong Rashidah (side emak)
-paklong Kuddus dan Makngah Rozitawati (side ayah)
-pakngah Ujang dan makngah Shimah (side emak)

Di khemah ini juga akan diletakkan door gift (sila dapatkan semasa anda hendak pulang). Juga terdapat guestbook corner (please sign in)
Host untuk guestbook, door gift dan Berkat ialah Ilyana, Adila dan Izrin
Photographer bertugas ialah Baby

Selain itu, akan ditempatkan di khemah ni sekumpulan usher n usherette. mereka akan mengiringi tetamu dari reception area ke khemah yang dirasakan bersesuaian.

K2 - Khemah photo station

Khemah photostation ni ada pelamin bergambar. Selepas pengantin makan, pengantin akan tunggu di photostation untuk bermesra dengan tetamu. selain bermesra, para tetamu juga diminta mengabadikan kenangan bersama pengantin. Sati letakkan 2 orang photographer kacak untuk jaga station ini iaitu Izzarul dan Aiman

So para tetamu yang diraikan sekalian, sila menjamu selera, dapatkan dessert or tea kalian di khemah yang tersedia dan sebelum pulang, kami (pengantin) akan menunggu anda di sini. sati tau ada yang datang dari jauh untuk hadir majlis ni. rugi rasanya kalau tak jumpa pengantin & ambik gambar kan? haa... sati tunggu korang kat sini tau.

K3, K4, K5, K8, K9 & K10 - Khemah makan

Semasa makan beradab, family encik syfq akan duduk di khemah K8, K9 dan K10. setiap meja akan ada 2 orang wakil family sati untuk makan bersama. wakil family sati akan entertain family encik syfq semasa makan. meaning, untuk meja 10 orang, 8 orang dari rombongan syfq, 2 orang dari keluarga sati.

keluarga sati yang selebihnya akan makan di khemah K3, K4 dan K5. semua ahli keluarga diminta untuk makan awal, selepas majlis akad nikah berlangsung. Sebab kalau kalian tak makan masa ni, mesti lapar waktu majlis berlangsung sampai ke petang.

Setiap khemah juga telah ditetapkan 2 orang host.
K3 - Pak lang Joe & Pak lang Azmi
K4 - Pak ngah Khalid & Mak ngah Ijah
K5 - Pak tam Ahmad & Pak che Alias
K8 - Pak Uda Azizi & Mak Uda Ain
K9 - Pak Anjang Samsol & Mak Anjang Effa
K10 - Pak Cu Hairul & Mak Cu Dila

Tugas Host adalah
-menerima tetamu daripada usher dan usherette
-mempastikan semua tetamu yang dihantar ke khemah mereka mendapat tempat, makan dan minum serta layanan yang sebaik mungkin.
-Host diminta untuk bertegur sapa dengan tetamu
-meminta pekerja katering menghidangkan makanan dengan secukupnya.
-memaklumkan kepada tetamu supaya mendapatkan dessert atau tea (atau kedua-duanya) setelah makan
-memaklumkan kepada tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga bahawa waris tua berada di kawasan porch rumah sekiranya mereka ingin bertanya khabar
-mengingatkan tetamu supaya bertemu dan bergambar kenangan dengan pengantin sebelum balik.

K6 - khemah penyambung dari rumah ke kawasan makan tetamu (bagi menyediakan laluan teduh sekiranya hujan)

K7- Meja Makan Pengantin
Host - Uncle Zamri (Wedding Planner), induk Siti & Ateh Rozainor (Floor Manager)

K11 dan K12 - Khemah minum panas

Host - Pak Cik Mahudi & Mak Cik Yana
untuk tugas host sila lihat job description di atas
di khemah ini disediakan kerusi dan meja untuk ahli keluarga dan tetamu yang ingin bersantai minum teh atau kopi sambil menikmati kuih tradisional.

K13 - Khemah penyediaan minuman panas

Sekumpulan ahli keluarga pengantin akan ditempatkan di sini untuk menyediakan kuih tradisional disamping turut memeriahkan kawasan rehat.

Kotak Pink Kecil (2 nos) adalah porch rumah.

di sini ditempatkan waris tua keluarga pengantin. semua datuk dan nenek pengantin akan duduk di kawasan ini, menerima tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga. waris tua juga akan dihidang makanan dikawasan porch ini.

Host Kotak Pink Kecil ialah Mak Lang Roha & Mak Lang Mastura
Job description sama seperti host lain tetapi lebih tertumpu kepada Ahli Waris
Kotak Peach Kecil (2 nos) merupakan khemah candy corner dan khemah dessert.

Host bagi Candy Corner ialah Mona, Sakinah, Adila dan Izrin
Host bagi Dessert Corner ialah Abang Yuza dan Zharif

Senarai Usher dan Usherette adelah seperti berikut :-

-Irrina , Haziq, Hanif, Harith (adik pengantin)
-Ainoor dan suami
-Amirul Azam dan isteri
-Diha dan suami
-Najmi
-Jannah
-Mahfuzah
-Aiman dan Aizat

Akan terdapat penyenaraian nama akhir untuk kerja-kerja seperti Co-host, Usher dari reception ke kereta (sekiranya terdapat faktor cuaca hujan), Backup caterer, Runner, Babysitter dan lain-lain.

Saturday, March 24, 2012

Nota Kawin 30 : Wishlist wedding present

hello gorgeous,

selalunya sati tinggalkan note untuk diri sendiri. kali ni nak tinggalkan note untuk tatapan orang lain. hahaha. get ready untuk baca wishlist sati. sape rasa dia nak memenuhi wish list ni, bagitau sati ok? boleh sati potong dengan harapan orang lain tak bagi benda yang sama. kalau ikutkan memang muka tak malu. tapi ni cadangan hadiah yang korang boleh bagi. kalau tak nak bagi hadiah, korang doakan kebahagiaan sati pun sudah cukup =)


drum roll.... here goes my list

1. lesung batu saiz sederhana
2. dulang
3. tupperware
4. set sudu
5. toaster (yang ni paling berangan)
6. iron
7.iron board
8. hanger baju (kasi banyak lagi sati suke)
9. kole
10. electric kettle
11. alas kaki
12. slipper dalam rumah
13. gelas ikea (kalau ramai2 beli, matching la gelas i. hahaha)
14. table runner
15. set pisau
16. bolster
17. biji benih sayur
18. set cadar dan sarung bantal (super single + queen)
19. towel pelbagai saiz
20. penyepit baju
21. set pinggan mangkuk
22. lilin emergency blackout
23. bbq set
24. chopping board
25. sticky album
26. blender biasa
27. peralatan buat kek
28. sudip dan segala adik beradiknya
29. pisau besar yang gabak tu (senang siang ikan)
30. selimut menonton tv

ni je yang mampu fikir.(ni je? gila kau sati! dah berapa puluh yg ade dalam wishlist kau ni? gilo apo) sebab duduk rumah tumpangan yang fully furnish ni susah sikit nak masuk barang2 baru. so kne improvise je. kepada encik syfq, sati nak microwave + convection oven. supaya sati senang masak makanan yang sehat2 untuk encik syfq nanti. sekian dari sati.



Thursday, March 22, 2012

Nota Kawin 29 : Button badges

Seremban, 22 Mac - Hari ni nak note kat diri sendiri pasal button badges sempena majlis nanti. design sudah disediakan oleh cik Syee, a friend of mine. Syee ni seorang stewardess MAS. Shes pretty and her work pun secantik tuannya. thats the reason sati minta Syee designkan my button badge, wedding card and thank you tag.

Sati senang berurusan dengan Syee sebab dia always get back to me untuk tau pasal the design. so senang la sati nak reffer dengan family. thru bbm je. dia sangat excited buatkan design. eventho wedding nye masih jauh. 5 months to go kan? but still dia dah mula design. here are few of her artwork. sati berkenan dengan all three. tapi tak tau nak yang mana satu. shud i take all of them? nak ke button badge maker tu buatkan semua design n still give me the same price? yg itu nak kena tanya semula. (ni tamak punya pasal la ni. bajet ke mana, nafsu yang ko utamakan kan issati!!!. xsenonoh)


Design A by Syee


Design B by Syee


Design C by Syee


So what do you think? nak pilih mana ni? semua pun sati suka. oh, please ignore the wordings sebab yg tu belum finalize but yes, semua wording akan tulis dalam bahasa melayu kecuali 'OFFICIAL VIDEOGRAPHER' sebab tak tau dalam bahasa melayu ape terjemahannya. sape sini tau? boleh share skit?

Tuesday, March 20, 2012

Nota Kawin 28 : Habib Sale

16 Mac 12 - Sati terbaca kat group FB NCOL yang Habib Ampang buat sale sampai 70% dari 16 - 18 Mac. So, dengan joyahnya sati pujuk Encik Syfq untuk pegi Habib Ampang hari Ahad 18 Mac tu. since 18 Mac tu beliau berkelapangan, beliau turutkan saja kejoyahan tunang beliau yg joyah ini untuk ke Habib (berapa banyak joyah daaaa).

18 Mac 12 -Kalau dah namanya last day, korang boleh bayangkan la ape je yang tinggal. Lepas makan kat Ampang Point, kitorang menapak masuk ke dalam Habib. Dan dan tu jugak hujan turun mencurah-curah. tengok punya tengok punya tengok, ade 2 bentuk cincin je yang encik syfq n sati berkenan. Tapi both tak ade saiz sati. sati punya jari saiz 11. sedih. Elok-elok kitorang nak keluar, hujan dah berhenti. Alhamdulillah. i take it as a good sign. bukan rezeki di sini tapi ade di tempat lain.

Dari Ampang kami menapak ke Sunway pyramid. untuk makan aiskrim sambil survey barang hantaran. tunang berjaya merembat sehelai Baju untuk dijadikan barang hantaran. xplan ape pun. main beli je. kitorang tak nak la particular sangat bab barang hantaran ni. ape ade n berkenan, beli saja! tak pening. senang kerja juga.

Keluar dari Sunway pyramid, tunang tanya kat mana lagi ade Habib Jewels punya showroom? sati cakap la kat Alamanda ade sale last day. we can try our luck there. kalau ade rezeki, adelah. So dengan cekap, pantas dan lajunya encik Syfq speed up pegi Alamanda. almaklumlah ni territory dia. dia tau jalan mana tak sesak ditambah pulak dengan kelajuan kereta yang mengagumkan sati (ehehehe), kami selamat sampai ke Alamanda.

sampai je kat alamanda, kami terus terjah ke Habib dengan joyahnya .kami telah dilayan mesra oleh kak rosita, branch manager Habib Alamanda. cincin 2 bentuk yang kami berkenan kat ampang tadi pun xde kat Alamanda. sedihnya.

Nak dijadikan cerita kak rosita tunjukkan kami cincin batu yang menarik. yang sesuai dijadikan cincin kahwin. (mataku bersinar2) hehehe. setelah diberi briefing itu ini, encik syfq bersetuju nak belikan sati cincin tu. maka pilih punya pilih band, sati n encik syfq sepakat amik batu + band 3 claw. buka bill, n encik syfq pun bayar. mengikut janji kak rosita, setelah cincin tu siap diikat pada band dia, wakil dia akan call untuk remind sati untuk datang collect.

Guess what?!!! tengah hari tadi sati dah dapat call tersebut. i am going to collect our wedding band today. terujanya hati =) alhamdulillah cincin kami sudah ada. terima kasih encik syfq. sati heart you. bukan sebab encik syfq bagi sati cincin tu, sati heart encik syfq sebab bagi sati peluang untuk sayang dan disayangi encik syfq. jiwang sangat lak aihhhhh (joyah sungguh)

nota kaki : gambar cincin hanya akan dimuatnaik setelah majlis selesai. sekian! hihihi.





Nota Kawin 27 : Ipod Yang Hilang

Seremban - Sati tertinggal ipod touch milik encik syfq kat kfc carrefour rahang. masa tu lunch jumaat yang panjang. so bersapau la sati duk situ. makan tak la banyak mana. tak habis pun. tapi sebab dapat duk meja bulat berkusyen empuk tu, malas pulak nak balik even dah tak boleh nak makan. lepas dah agak2 panas kerusi empuk tu, sati pun balik office.

sampai office tu, sati menyinggah kat cubic admin. borak punya borak punya borak, sati pun g sambung kerja. tiba-tiba, sati perasan ipod dah takde. jeng jeng jeng. mana ni? selongkar beg besau gabak tu tak jumpa. kuarkan semua barang pun xde jugek. hadoi. carik2 kat cubic sati xde. cari kat admin takde. dalam kereta pun xde, mengonggeng kot nak cari dalam vitara tu. kot-kot la terjatuh kat bawah seat. confirm takde. aduiii...rasa nak nangis dah ni. habis la encik syafiq marah la ni sebab cuai (kata hati)

lepas borak dengan boss @ ayah (konon nak sejukkan hati) sati berkeputusan nak pegi balik kat kfc tu. dah pasrah sangat tak dapat balik ipod tu. tp gagahkan jugak pegi menanya. guess what?!!!

SATI DAPAT SEMULA IPOD SATI !! YEAY !!

terima kasih staff KFC carrefour rahang. alhamdulillah, masih ramai yang jujur di Bumi Allah ini. sorry sati tak bagi apa2 penghargaan kat korang. (duit tinggal 10hengget ke xsampai 10 hengget pun dalam purse lepas makan kfc tgh hari tu) Semoga Allah membalas kejujuran korang.

Thursday, March 8, 2012

Nota Kawin 26 : SALE at EZCLO




Salam,
sati just nak bagitau yang sekarang telah bermula SALE besar-besaran di EZCLO COLLECTION.
Please refer album MEGA STOCK CLEARANCE <-- klik sini.
ini merupakan Batch yang pertama masuk ke dalam album, more to come. Untuk item selain dari pada album MEGA STOCK CLEARANCE, boleh contact sati personally untuk dapatkan special price.


email : izzatisanusi@gmail.com
sms : 019-3269573
fb : www.facebook.com/izzati.san/






Monday, March 5, 2012

Nota Kawin 25 : Official Photographer Seremban

Salam, berapa lama tak update nota?
banyak hari dah sati yg pemalas cap ayam kampung ni
membiarkan blog bersarang
sarang ape? saranghae LOL. lempang diri sendiri!

sebelum ni sati tak berazam nak ade OP untuk majlis sati
sebab rata-rata harga yg ditawarkan, membuatkan poket sati sesak.
dengan entahapekebenda yang diorang offer
tapi lepas meng-google entah brapa puluh vendor,
(sebenarnya cari OP untuk kedah)
sati terjumpa Pratchaitouch Photography punya quotation
kat dalam email yang masuk (setelah berhari2)
tengok nama macam siam habis
tapi beroperasi di USJ

email...punya email... punya email...akhirnya!
sati dapat harga yang mampu bayar!
LOL...misekin betui la aku ni heyyh.
asalnya minta shoot n burn
tapi disebabkan abang Izham dan isteri rajin melayan email sati yang ade nak masuk 28email keluar masuk tu, sati jadi senang hati nak mendapatkan perkhidmatan mereka
tadi jumpe pun mereka sangat ramah
so sesapa yang masih mencari OP,
sati promote korang g kat Pratchai

service dalam promo yang sati dapat
(tak tau valid smpai bila promo ni)
sangat menyejukkan hati sati (n hopefully hati tunang jugak)
*sesiapa yang nak tengok quotation packages dari pratchai ni,
boleh email sati kat izzatisanusi@gmail.com

this is what i originally asked
SHOOT N BURN ONLY !

tp ni hasil lepas discuss petang tadi
*custom album 8x12,
*OP cover dari makeup, nikah n majlis kenduri sampai petang
*khas OP perempuan untuk makeup (tiada charge extra)
*post wedding photo shoot menggantikan outdoor photo shoot.
*hati sati berbunga-bunga (yg ni bukan dlm package, ni kesan khas hasil daripada persetujuan yang dicapai petang tadi)
sebab abang OP n wifey quote less than 1k.
less than 1k tu including mileage tau!!!
hehehehehehehe. (malam ni tido tersengih la nampaknye)

ok 1st deposit dah bayar tadi
2nd n 3rd seperti yang dijanjikan
2nd masa final draft
(hopefully sekali je draft dah boleh finalkan)
3rd masa dapat album n DVD
yeay... dengan syarat tersebut,
sati boleh la reserve duit gaji masa lepas kawin
lega. phewww!!
*sebab ade OP yang nak bayaran 70% sebelum majlis
mana nak cekau duit cepat2?
duit hujung2 lepas kawin punya reserve untuk OP dan OV lah.


ni antara gambar yg dicedok dari pratchaitouch





sati berharap gmbar cantik
(encik OP sila la buat cmne pun kasi sati cantik)
org xpernah cantik mengharap tinggi ni