Thursday, December 12, 2013

Book review : Kekasih Upahan


Salam,
Sati mulakan book review yang pertama. Buku ni baru sekejap tadi sati habiskan.

Tajuk : Kekasih Upahan
Penulis : Eyla Hime
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga : RM21 (sem) RM24 (sabah/swk)

Sinopsis : 

Kekasih Upahan mengisahkan Nazratul (Azra) berusia 32tahun yang pernah dikecewakan Afham 5 tahun yang lalu telah mengupah Zaril yang lebih muda 6tahun darinya untuk menyamar sebagai kekasihnya sewaktu mahu menghadiri majlis perkahwinan yang turut dihadiri Afham.


Bermula dengan majlis itu Azra telah mula menggunakan khidmat Zaril untuk berlakon sebagai kekasihnya sehinggalah mereka telah jatuh cinta dalam diam. Afham yang akhirnya menceritakan hal sebenar kepada Azra akan sebab mengapa dia bertekad memutuskan hubungan mereka sebelumnya membuatkan Azra kembali kepada Afham lalu mereka bertunang. Zaril kemudiannya melafazkan kata cinta kepada Azra membuatkan Azra tersepit antara 2 lelaki tersebut.

Siapakah pilihan Azra? Korang kena baca sendiri. Hehehe.

Novel setebal 525 mukasurat ni sangat ringan dari sudut penyampaian cerita. Walaupun percintaan yang melibatkan faktor usia si perempuan lebih tua berbanding lelaki sukar diterima dalam masyarakat kita, penulis berjaya menyuntik persoalan 'Kenapa tidak?' kepada pembaca berkenaan isu ini.

Walaubagaimanapun, pada pendapat Sati, ketiga-tiga keluarga dalam cerita ini sangat tipikal drama melayu.  Standard semua hero dalam novel mesti anak orang kaya, rumah besar ada kolam renang dan kereta mewah. Heroin pula anak orang biasa-biasa saja. Yang membezakan dengan drama melayu tipikal hanyalah kurangnya watak antagonis @ watak jahat dalam cerita ni. Kalau ada pun hanyalah seorang PA yg gedik cuba mengorat bos dan menyebarkan fitnah apabila bos menolak mentah-mentah godaannya. Itu je seorang orang jahat yang tak lah jahat mana pun sebenarnya.

Skala Bintang Sati : 3.5/5 bintang

Wednesday, December 4, 2013

15 buah buku untuk di review

Salam, satu lagi quick post.

Sati baru-baru ni shopping online di mph online. So 15buah buku dah sampai ke rumah. 7 buah sudah dibaca. Ada 8 lagi buku.

konon-konon nak memartabatkan buku bahasa melayu kita yg semakin dipandang sepi (korang baca buku ilmiah je eh ? : bersangka baik)

Insyaallah review2 tersebut bakal menyusul.

#projekwaktupantang

Troll : by Astro

Saja nak troll di petang yang dingin di musim hujan ini...bukan sati yang buat...ini semua kerja Astro

Thursday, November 28, 2013

Maaf

Salam,

janji sati untuk buat update pasal Bali tak dapat sati tunaikan. minta maaf sangat2. let me treasure those moments dengan husband berdua aje lah. but to those yang nak tanya pasal bali (free and easy) boleh pm sati. insyaallah sati share apa yang sati tau. 

p/s: sekarang musim orang kahwin. selain towel, ape hadiah yang sesuai kita nak bagi kat pengantin? nak pulak kalau pengantin tu tak duk rumah sendiri lepas menikah. duk rumah mertua contohnya. or long distance marriage? sape boleh share dengan sati?

Thursday, August 29, 2013

Babymoon & anniversary

Salam,

Sati n hubby baru balik dari Bali hari Isnin yg lepas. After this sati akan buat beberapa post pasal aktiviti kat sana. At last ade something to share kat blog. Selama ni asyik sibuk pasal kerja je. Sati amik kesempatan tempek gambar buat pemberi semangat nk update blog kepada diri sendiri. Semoga sati rajin

Thursday, July 11, 2013

Iftar day 1 : Crab sandwich (mini)

Salam, 
harini berbuka seorang diri. So masak yg simple sahaja. Menu berbuka harini ialah mini crab sandwich.

Crab sandwich (mini version)

Bahan-bahan roti:
5 biji Mini bun
2 sudu besar Planta
3 ulas bawang putih (dicincang halus)

Bahan-bahan filling :
7 batang crabstick (celur dalam air panas) 
3biji cili pdi
Mayonis
Daun salad green coral

Cara-cara :
1) Bawang putih dan planta digaul mesra.
2) Sapu pada mini bun yang dipotong tengah ala roti burger.
3) Masak atas flat pan pada bahagian yg disapu planta (dalam sahaja)
4) Carikkan green coral dan susun atas roti
5) Kisar cilipadi dan crabstick secara berasingan dengan menggunakan pengisar kering.
6) Gaul bersama mayonis sehingga lembut dan sebati. Boleh tambah sedikit perahan limau jika mahu.
7) Sudukan crabstick mix ke atas green coral dan tuang sedikit sos cili thai (sati guna sos cili mekdi. haha).

Siap utk dihidang. 


Wednesday, June 26, 2013

Tupperware Raya (July 2013)

Salam, tempahan dibuka sekarang. 

item tertakluk kepada stok.
pembelian produk bernilai RM50 ke atas pengeposan adalah percuma.
tarikh akhir menerima pesanan adalah pada 31 Julai 2013.

pengeposan dibuat dalam 3 peringkat

batch 1 : tempahan 26 Jun - 4 Julai : pengeposan 5 Julai
batch 2 : tempahan Julai - 18 Julai : pengeposan 19 Julai
batch 3 : tempahan 19 julai - 31 julai : pengeposan 1 Ogos

untuk pertanyaan dan pesanan sila hubungi sati di 
izzatisanusi@gmail.com
0193269573 (sms/whatsapp/viber)























Monday, June 24, 2013

Makan : menu malam ni

Salam,

Malam ni masak pasta goreng & mash potato+cauliflower.
Bekal nak bawak ke rumah kawan. Malu datang berlenggang.


Sati : Mata pedih, Tekak pilu

Salam,

Adoiyai. tajuk tak nak kalah dimusim jerebus ini. 

Sebenarnya sati merujuk kepada kisah kemalangan student kita di Jordan. 
Baca sebaris dah genang2 air mata. dada dup dap dup dap.
Mula-mula dapat tau berita Sumayyah tu meninggal dunia (al-Fatihah) 
tapi harini baca sambungan beby dlm kandungan humaira meninggal, 
terus mata pedih. nak telan liur pun xmampu. 
nangis terus.

korang baca lah sendiri. ni tak tahan nak nangis ni




al-fatihah buat awak bidadari kechil. 

Friday, April 12, 2013

Wedding : Bridesmaid review


Salam,

dah lama sati peram post ni dalam draf. lately kerja yang banyak dan ade masalah kesihatan sedikit. semoga Allah menguatkan sati dalam mengadapi dugaan yang diberikan. (amin) 

maaf kalau gambar tak berapa nak clear sangat. hehe. nanti sati tempek lagi gambar kat bawah. kalau korang kira...tak payah kira lah, sati bagitau terus, sati ade sebelas  (11) orang bridesmaid. susunan dalam gambar adelah seperti berikut

belakang dari kiri : jannah , sakinah , sakinah , izzati @ tatie , erika
depan dari kiri : irrina , musfirah , atika, aqilah, ilyana, ainoor

dalam sebelas orang ni, 5 orang single, 4 orang dah kawin, 2 orang masih bawah umor sebab masih belajar. haha. siapa kata bridesmaid kena yang bujang-bujang sahaja? yang menantu orang pun boleh jadi bridesmaid okay ! i love each and every one of them. 



hohoho... my 2 darling sisters. 
IRRINA & ILYANA. 
IRRINA yang kiri tu. beliau merupakan teacher english yang disayangi dan digeruni.
sape menjawab... siap la. masih lagi bujang. meh kita doakan jodoh beliau cepat sampai.
ILYANA dan sakinah masing2 pelajar perubatan di JUST. 
kakti doakan nana jadi doc muslimah yang berjaya suatu masa nanti.
even beliau jauh, setiap hari pun nak whatsapp ngan kitorang The Sans. 
Nana, balik la weh bila2 cuti. tak rindu kat kitorang ke? hahaha



JANNAH yang kiri sekali. dia kezen sati. waiting in line to take turn. 
yang kanan tu adik dia muna. hot stuff kat kuala terengganu ni.


kiri ni SAKINAH. dia sekarang belajar medic di JUST, Jordan. 
InsyaAllah bakal doktor muslimah yang disegani suatu hari nanti.
yang kanan tu Mahfuzah . dia adik beradik dengan Jannah dan Muna.


my Awesome Maid Of Honour MUSFIRAH. kawan baik since sekolah menengah.
pengapit di majlis Seremban dan Jitra. Gigih kan kesayangan seorang ni. 
dia jugaklah yang bersengkang mata tolong pakaikan inai kat sati. 
mana nak cari kawan suwit mcm ni.


SAKINAH MK IBRAHIM. bff merangkap jiran sekarang. 
sati kawin awal dari dia. tapi dia sekarang dah naik status M2B dah.
sati doakan kina and huzai dikurniakan anak yang baik insyaAllah


IZZATI GHAFUR. dia merupakan wife kepada kawan husband. 
kami kenal masa sati buat wedding prep. 
banyak refer kat blog tatie ni. cepat tatie... cepat upgrade status jadi m2b 


yang baju biru bertudung putih tu EREKA yang dah bertukar uniform.
jauh ereka datang. Ereka ni pemilik CCB
tempat shopping online kegemaran masakini.
kami belajar di USM. dan dia pun dah upgrade status kepada m2b sekarang ni.


bersama Musfirah ni, lagi dua orang favorite girls sati. 
Kiri sekali ialah AQILAH. kami kenal di USM. 
dia ni le orangnya yang setia teman sati makan sushi.
yang tengah tu ATTIKA. my bff juga. so sweet dia bertudung. 
Tika & Musfirah sama sama teman sati malam sebelum nikah.
diorang yang berusaha pakaikan inai.  thanks kesayangan


last sekali, kezen ku AINOOR. ni gambar kami ber4.
Aino kawin awal sikit dari kitorang.
walaupun aino ni kurus, dia seorang pemakan yang tegar.
kalau tengok instagram dia, penuh makanan.
dear Aino, cepat2 upgrade status kepada m2b pulak ok.

_________________________________________________________________

Bridesmaid sati reramai ni ada dua tugas utama semasa majlis. 
1st sebagai penyambut hantaran pihak lelaki,
2nd sebagai pembawa dulang pihak perempuan

lepas majlis, mereka bertebaran dalam majlis.
ada yang tolong jaga guestbook, ade yang jaga candy buffet, 
ada yang melayan kawan2 yang baru sampai 
seronok tengok diorang berjubah dan berniqab.
jubah tu sendirian berhad. kena bawa sendiri. 
tapi shawl dan niqab tu dibuat oleh wedding planner
cara pemakaian shawl berdasarkan cara sati pakai.
sedikit rumit tapi insyaallah syariah compliance.
cuma diorang kena adjust ikut keselesaan masing2.

nanti sati tunjuk cara buat shawl n pakai shawl tu. senang sajo
(kalau rajin ok)

sati nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada bridesmaid yang banyak membantu sati sepanjang majlis. yang memujuk sati supaya jangan nervous (gila apa tak nervous, ade kejadian tak diingini berlaku kan) dan yang menceriakan majlis. terima kasih sangat-sangat. 








Tuesday, April 9, 2013

Tips : Window Shopping

Salam,

Perlukan soul treatment? harini sati nak share importante window shopping tips. They are :-


  1. make sure, you don't bring your credit or debit card
  2. only bring little mount of cash for dining purposes ONLY
  3. other than that, tag me along. memang harapan korang dapat beli ape2. aku sound direct sampai ko rasa nak jawab "aku pegang ambik feel je. nanti kalau termimpi2 sampai 3 malam, baru la aku datang beli"

yuk window shopping kawan2 walaupunbaru gajhi hahaha - sati

by the way nak promote sale by my awesome friend . boleh whatsapp dia untuk order. limited time only. 






notahani : sedang menguji diri sendiri nak tengok berapa lama bertahan tengok kek yang faiz buat. 

Monday, April 1, 2013

Baby : Akyra of Athirah and saif

Salam,

Last weekend sati hantar adik ke klia. Dia nak ke terengganu. Kawan kawen dan bercuti. Seronok betul dia bercuti2 malaysia seminggu. Untung jadi cekgu. Menikmati cuti sepuas hati. Jeles aku.

Ok, back to the topic. Lepas hantar adik, husband bawa sati melawat tita n saif . Wahhhh bakal ahli pibg !!! Haha. 1st time tengok baby akyra.... Comelnya ciptaan Allah. She is perfect. Sempat tengok akyra ditahnikkan. Satu pengalaman baru.

Korang tau tahnik tu ape? Tahnik ataupun belah mulut ni amalan sunnah yang dilakukan kepada bayi baru lahir. Ada sesetengah pusat perubatan islam terus tahnikkan baby. Terbaik tahnik dilakukan oleh orang yang soleh contohnya orang alim, ustaz dan sebagainya sebab semasa tahnik akan dibacakan doa untuk baby. Untuk maklumat lanjut, sila google blog drzubaidi.com

Monday, March 18, 2013

Eat out : March 2013 (and counting)

Salam, sempena bulan besday sati, sati telah meng-award-kan diri dengan makanan sedap2. Mula dengan sikret resepi, diikuti delisyes, pastu sushiking dan hari ni latest makan cendul. Mana tak gemok makan mcm ni. Huhu

Lepas ni nak makan ape pulak?