Wednesday, January 16, 2013

Travel : Melbourne pt.2

Salam,

sambung post pasal melbourne(Mel). Post pt.1 boleh baca di sini. Haritu sati tempek-tempek gambar. tapi tak cerita banyak. this time sati try explain skit about the piccas. ingatan saya, sila berkelakuan baik. haha. dah banyak sangat makan rendang semut. semakin pelupa pula. ni belum beranak pinak lagi. ish ish ..


sebelum ape-ape, jom sati perkenalkan rupa duit australia ni. jenis kertas dia macam kertas duit 5 hengget kita tu. duit syiling pun macam duit lama kita tapi saiz dan nilai dia tak sama la. sini duit kertas paling kecil 5 dollar. duit syilling dia ada $2, $1, 50sen, 20sen & 10sen. 5 sen tak sure ade ke tak. korang g la tanya encik gugel atau makcik waikikipedia. 

masa sati datang sini, exchange rate 1AUD dalam RM 3.38. so tukar duit kita banyak, dapat duit dia sikit je. haih... nasib baik la encik suami berjaya mohonkan FOC kat company utk bawak sati pegi sekali. jimat sikit belanja. huhu. tapi baru2 ni sati pegi tukar duit USD, sati tengok AUD dah turun. 1 AUD bersamaan RM3.20. jadi kawan-kawan, sila pergi Aussie sekarang. hahaha. ape la gila punya saranan.


dalam post yang sebelum ni, sati ade share gambar Flinders Street Station ni. Station ni boleh kata macam main station kat town ni la. since it is the biggest station yang sati jumpa dan paling meriah jugak. Flinder station ni terletak kat tepi sungai. kalau korang dari town dan nak menuju ke sebelah sana Yarra River, korang kena melalui bawah Flinder St. Station ni.


ni la laluan pejalan kaki nak ke Southbank of Yarra River.


see the guy on the left.. encik somi yang baik hati mengangkut sati ke mel.
encik somi kata Melbourne ni kampung dia. huhu. awak tu orang Jitra, 
celah mana Jitra, Melbourne, Australia agaknya?


ni pemandangan dari sebelah Flinder Street Station yang sati cerita tu. Hello Yarra River. 



sati suka tengok group of people main tricycle ni. tak tau la apa nama dia. tapi nampak coolies. nampak mcm extreme pun ade jugak sebab diorang main beskal ni secara berjemaah. nyaris2 nak belanggar pun ade. yang willie pun ade, yang drift pun ade. berpusing2, macam2 gaya. rasanya masa kitorang tengok ni diorang tgh buat recording. maybe nak buh kat youtube. sebab encik suami ade jumpa video budak2 main beskal ni kat youtube. semart gila hokey.





ni adalah sebahagian arca yang ada kat park disebelah Yarra River ni. waktu ni dah senja. bangunan belakang arca ni kalau tak salah casino. rasanyalah.



waktu petang yang dihabiskan untuk melepak dan memerhati kerenah orang lalu lalang. tak tau la apa nama seating merah ni. sepanjang berjalan area sini, mmg sentiasa ade orang duduk-duduk sini. berehat kot. tak pun stalking. eeeee tak de kerja.


petang yang dihabiskan untuk berjalan-jalan pegang tangan dan bercinta. masa sebelum kawin tak dapat nak buat cenggini. dah kawin la masanya. ok, sila muntah. hahaha. jumpa di lain post. salam.


No comments:

Post a Comment