Saturday, January 19, 2013

Travel : Melbourne pt.3

Salam,


Hari last before balik tu, encik syafiq bawa sati jalan-jalan sekitar town. setelah study di bilik malam sebelumnya, kami berkeputusan untuk menaiki free ride tram 'City Circle' untuk explore Melbourne. mengikut map, tram ni memang mengelilingi town dan pada map turut ditanda place of attraction untuk dilawati. so kita boleh tahu kat mana kita nak turun nanti. oh ye, map ni kitorang dapatkan secara free dari hotel. ade kat lobby diorang letak.

dari hotel, kami berjalan ke flinder station. naik tram kat situ. tujuan pertama hari tersebut nak pegi Queen Victoria Market. Ape ade kat sini? masa tengok 'rasa halal antarabangsa' yang dihost oleh si pengacara mata bulat besar tu, adik sati dah remind, sila pegi QVM ni. 



QVM ni terbahagi kepada banyak bahagian. Ada untuk non-halal punya khas je tempat. so, sati n husband mmg tak masuk pun situ. kitorang pegi kat tempat craft, arts, bajus, accessories, bahagian buah dan sayoran, dan sati sedikit jakun tengok orang jual anak ayam anak itik tu. macam la kat malaysia orang tak jual tu. tapi sati betul-betul tak pernah tengok anak itik. besar anak itik dia. (kampung sati tak de orang bela itik. sebab tu jakun)







sati teringin sangat makan cherry. adik2 perempuan sati belajar overseas. diorang kata cherry sangat sedap. xmacam cherry atas kek yang dah diglazed tu. alaaa yang merah menyala tu. itu la glazed cherry yang rasa tak sedap langsung. ubat batuk lagi sedap kot dari cherry atas kek tu. so sati n hubby jalan la kat QVM ni. mmg niat nak beli buah tu, nak rasa-rasa je la. lagipun perut dah nyanyi-nyanyi. dalam beg hanya ada air botol minuman yang kitorang masak di hotel sajo. nak beli air lain, tak berbaloi. hahaha kedekut.




reminder : korang nak beli cherry, hanya orang kedai @ penjual je boleh amikkan cherry untuk korang. kalau tak, nanti diorang marah. lagi satu, korang jangan beli sikit, pun dia marah. hampas punya penjual tu. sati nak rasa je. sebab tu beli sikit je. huh! beli ratus gram pun dia nak tempik. bukan nya minta free. nasib baik sedap cherry ko. kalau tak, mmg aku sumpah banyak2 kali. grrrr....

lepas beli cherry, hubby belikan sati strawberry. memang la sati selalu makan stoberi cameron highland kat negara tercinta ni. tapi hubby nak tunjuk yang stoberi ostolia ni besar n manis sangat... macam orang yg belikan kat sati tu. hahaha. (b, hani puji ni) hahaha. terimakasih. memang besar stoberinyapun. kat sini orang kata stoberi turun tempat panas jadi masam. stoberi sana masa summer sedap je tak masam pun. sana lagi panas banding malaysia. ape da. teori tak boleh pakai ni.

jom layan gambar-gambar yang kitorang sempat amik kat QVM ni dan pemandangan sepanjang menaiki tram City Circle ni. next post sati update pasal makan ok? hummm makan was the best part kat Melbourne. tak caya? tunggu....
the famous UGG boots of Australia












2 comments:

  1. Kat gold coast aritu pon ada harbour town,mcm2 ada..termasuk buah2 tu..oh,n ada chuross..sedap..hehe..nak ke melbourne jugakkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nida, sati dah update last post pasal melbourne. dengar cerita company dah tukar hotel yang husband selalu stay ke apartment pula. nasib baik dah pegi awal2. hihi.

      Delete