Thursday, January 31, 2013

Travel : Melbourne pt.4

Salam
Masa untuk bercerita pasal makan. Halal food sudah semestinya. sati stay di Novotel, Collins street. kat area sini dekat dengan 3 kedai makan. 1 kedai jual kebab. 2 kedai makan indonesia. Untuk full list kedai makan & butcher shop yang halal di Melbourne, boleh klik sini

1st kedai yang sati singgah ialah Melbourne Halal Kebab. Sedap wooo.... Basically, mana-mana negara bukan islam kita pergi pun paling senang nak jumpa ialah kebab la. tapi kebab ni memang sedap. semoga hubby boleh tapau bawa balik malaysia lain kali. hahaha. 


maaf map adelah kechil. haha.sati stay kat tempat bertanda biru tu. Novotel on Collins Street.
Kedai kebab ni kat tempat bertanda merah tu. kat Flinders Lane. 
Kedai dia berhampiran dengan police. Jalan kaki je dah sampai.
Flinders lane ni antara Collins Street dengan Flinders Street. 



ni nak tunjuk, dekat dengan simpang. senang nak carinya





ini rupa kebab kegemaran sati sekarang. harapan la nak makan setahun sekali pun belum mampu ok.


2nd kedai yang hubby bawa sati makan ialah Nelayan. sati tak amik gambar kat sini sebab masa makan tu terlalu lapar barangkali. sampai lupa. kat Nelayan ni sati makan nasi campur. Nelayan ni kedai makan indonesia. terletak di Swanston Street. 


3rd kedai yang kitorang singgah ialah Es Teler 77 Juara Indonesia.
Masa makan kat sini, kami memilih untuk makan Nasi Goreng Kambing.
Dah nama pegi negara banyak lembu dan kambing, ape lagi.
Segala makanan yang kambing-kambing ni kami order.
kalau korang perasan, hanya 1 hidangan je yang sati snap. 
ini kerana memang kami order 1 je. 
serving portion dia adelah banyak. 1 pinggan kongsi 2 orang pun dah senak.
hubby kata kalau dia makan sorang mmg tak habis, so kitorang share.
sharing is loving and saving kan?

kalau nak ikutkan, banyak lagi kedai makan kat melbourne yang halal. korang boleh refer kat link yang sati dah bagi kat atas. kalau malas nak scroll ke atas, klik saja sini. haha.
sati pegi melbourne sekejap sangat. tak sempat nak berpesta makanan 
(sebenarnya mahal hahaha) kat sana.
al maklumlah, 1 hidangan 9dollar. cuba darab 3.20... tak ke rm28.80  1 pinggan?
saya budget traveller. makan murah-murah. air minum air kosong masak di hotel sajo. 

tapi bersyukur juga dapat makan sedap2 (selain buah2an awesome) kat sini.
lepas ni nak update pasal ape pulak? insyaallah sati update trip Universal Studio Singapore.
till next post. salam.

No comments:

Post a Comment