Tuesday, February 5, 2013

Travel : Universal Studio Singapore (USS) Pt.1

Salam, seperti yang dijanjikan harini update pasal USS. Mabuk ape hari-hari update blog? seperti tiada kerja yang perlu disiapkan.. lately mood blogging sangat lah mencanak naik. korang tau ke mencanak tu apa? haha. mencanak tu naik dengan lajunya. 
(kalau tak silap la) 

Sebelum ni sati update pasal pegi melbourne, Autralia. 
Ada empat post sati pasal trip ke sana.
boleh baca post pasal melbourne trip tu di sini.


Kemarin sati pegi majlis walimatulurus kawan baik sati masa sekolah menengah dulu.
sekolah apa tak perlu la sati mention kat sini. sati sekolah biasa-biasa jer. sati tak sekolah glama-glama (read:glamour) macam sekolah kak Mah. huhu. entah-entah kak mah yang mana pun korang tak tau. alah, kak mah isteri abang ajib tu.. pegi gugel la.
ape sati nak cerita sebenarnya ni? oh ye. 
masa kat kenduri tu, ada ex-klasmate cakap kat sati... 

kawan : eh, ko datang? aku ingat ko kat obersi
sati : huh??? (O_O) obersi?
kawan : haritu aku tengok ko pegi ostolia, pastu mana lagi ko pegi. ingatkan ko takde kat malaysia.

hahaha. untuk makluman, sati memang bulan 12 dan bulan 1 ade travel sana sini sikit. ikut husband, melayan adik2, melayan kezen, dan melayan kakak angkat dan anak dia.

sebab tu mcm banyak je benda nak post kat blog.

WEH SATI, KO BILA NAK START CERITA PASAL UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE NI HAAAAAAAA???!!!! LEMPANG KARANG. MELALUT JE LEBIH.

hehe. ampun kawan-kawan... saya syiok merapu.

Macam biasa, bila travel, sati banyak nak share gambar. so ini adelah part 1. sila bersabar. untuk sampai ke part yang  berikutnya, mungkin memakan masa.

kami ke singapura dilanda todak ni naik kereta ayah. kereta ayah dah register untuk masuk. dia kan ade satu card yang mcm touch and go tu. haa.. since dah register 1 kereta, tak perlu la register kereta yang lain.
kami bergerak isnin malam selasa ke johor bharu. niat di hati nak masuk singapore dan tidur di sana.

 tetapi disebabkan adik sati punya passport dah tamat tempoh penggunaan (kurang daripada 6 bulan), hari selasa tu sati berkeliaran mencari tempat untuk renew passport tersebut. nak renew passport tak la lama TAPI mykad adik sati dah rosak. bila rosak, jabatan imigresen suruh buat mykad dulu then baru boleh buat passport. nak buat mykad tu yang lama. sementara tunggu turn mykad (beza nombor dari yg sedang diproses dengan giliran adik ade 300lebih nombor) kitorang pegi merayau dan terjumpa orang jual durian. makan durian dulu. lepas dah buat mykad, adik buat passport. sementara nak tunggu passport siap, kitorang pegi JPO. 

maaf, tak ada gambar untuk aktiviti membuat passport dan ke JPO. 

ni pemandangan waktu pagi rabu. yang depan tu checkpoint woodlands.

pandangan luar USS. yang mcm istana tu far-far away kingdom.


setelah meredah jalan dengan berpandukan peta (sati tak pakai gps hokay),
kami tiba di Resort World Sentosa. kami park kat ruang letak kereta yang disediakan. rasanya tak sampai 15 sing.dollar pun charge parking kat situ. tapi bergantung pada tempoh kita stay kat sana la. sati difahamkan ada maximum charge per day. tapi kami pegi siang aje. tak la sampai maksimum kot. disebabkan kami pergi berjemaah, adalah sukar untuk naik public transport. nak naik teksi 4 orang penumpang maksimum. kami ade 5 orang.


ini entrance USS. sati faham, korang mesti tanya, mana globe UNIVERSAL yang selalunya orang akan amik gambar berdiri depan dia tu kan? haa.. sati tak amik pun. sebab sebelum ni dah pernah sampai luar USS. so tak eksaited nak ambil gambar globe tu. maafkan saya ok? huhu



 pemandangan dalam  USS. kami sampai pagi tu panas terik. habis semua permainan kitorang cuba, hujan pun turun. alhamdulillah. basah la jugak tapi bila dah selesai semua, tak rasa rugi langsung (tapi tak sempat la nak main berkali2 satu game tu)


yang Sesame Street ni masa kitorang pegi belum buka. maka kena datang lagi lain kali la nampaknya. 


TRANSFORMERS RIDE !!!! Awesome !!!!
tapi kalau korang tengok gambar bawah ni, waiting time dia 40mins. memang 40 mins la tunggu. dalam tu dia punya rantai beratur panjang gila berpusing2. kami datang hari rabu pagi. maka ta la ramai sangat orang. tapi masih rasa beratur sangat panjang. kalau korang pergi masa peek season, stand by la duit extra beli Express pass tu. Lupa nak bagi tahu, sati beli ticket online sajo. sebab risau kena beratur panjang seperti yang digembar-gemburkan orang ramai yang telah ke USS ni. Untuk membeli tiket, boleh visit rwsentosa web page.
Turut dinyatakan syarat-syarat kalau nak naik transformers ride ni. so kepada yang termasuk dalam kategori yang berkenaan, sila insafi diri dan jangan cuba nak naik ride ni. kalau tak, buat sakit badan saja. 

 


ni la bumblebee dalam keadaan biasa... confirm kereta ni tak boleh bertukar jadi transformers. sati berani kerat kuku la. haha. btw, sungguh cantik warna kereta ni tapi tak sesuai kat viosku itu.
mengikut ketinggian : Syafiq , Hanif, Sati dan Harith. 
(kepada harith, bagi can. sebelum kamu lebih tinggi, bagi kakti rasa tinggi sedikit daripada kamu. terima kasih)


THE ULTIMATE RIDE
BATTLESTAR GALACTICA



YEAY... SAYA SURVIVED INI =)

kalau nak ikutkan, rasa kagum dengan diri sendiri. macam takpercaya dah naik roller coaster gila ni.
boleh muntah uolls.. yang merah ok lagi, yang biru tu...sumpah nak keluar isi perut. tapi kutahan jua.
adik lelaki sati 2 orang naik lagi sekali before balik. masa tu dah hujan renyai-renyai. trail yang merah tu tak boleh naik masa hujan. tapi yang biru (keadaan bergantung) boleh main masa hujan. adik-adik sati kata lagi syiok main time hujan. gila kau. basah kotttt. mana boleh pakai poncho masa naik benda alah ni.


Pintu masuk Ride Biru. THE CYLON

Pintu masuk Ride Merah. Galactica PX
adalah disarankan naik yang merah terlebih dahulu, then naik yang biru.
barangan satu haram ape pun tak boleh bawa masa naik rollercoaster ni.
locker ada disediakan tapi untuk tempoh masa tertentu. sila bawa duit sedikit (duit kertas) dan selit dalam poket yang confirm takkan duit tu terkeluar. kalau tak, tak boleh nak amik barang dalam locker tu.
ini disarankan bagi mereka yang datang masa peak season. masa kitorang pegi, tak ramai orang. so locker semua sekejap n free (tak payah tambah apa2)




bersambung di lain post. huhu.
saya sudah, anda bila lagi?


2 comments:

  1. wah..berapa semua kos ke sana?

    ReplyDelete
  2. Pakej Tempat-tempat Menarik di Singapura
    - Universal Studios Singapura
    - Singapura Marine Life Park
    - Singapura Flyer
    - Day + Night Safari di Singapura
    - Tempahan Singapura Marina Bay Sands Hotel
    - Tempahan Hotel Masa Perayaan Sentosa Singapura
    dan lain-lain

    Travel Delight
    http://traveldelight.biz
    QQ: 841-888-666
    ask@traveldelight.biz
    +65 6292-2221

    Hai, kami adalah agensi pelancongan di Singapura. Blog yang anda tulis sangat sempurna, gambar-gambar anda juga menarik dan cantik. Ia sangat berguna untuk tetamu kami. Bolehkah kami bekerjasama dengan anda?

    Kami mengharapkan balasan anda.

    ReplyDelete