Saturday, March 16, 2013

Pengalaman tayar pacit

Salam,
Sati masih di midveli. Tadi keluar dari mall pkul 9lebih lepas makan bersama suami dan adik. sampai je kat kereta, adik tegur tayar depan kurang angin. Ok, jap lagi singgah stesen minyak tambah angin.

Adik yg duk blakang tengok pula tayar side dia duduk tu sebelum masuk kereta .....eh, sini punya pancit lah. Habis semua angin. Oh noooooo. Encik suami check tayar spare masih berkeadaan baik. Tapi peralatan menukar tayar tak ade.

Lagi masalah.

Kami pegi kat security desk minta tolong. Abang tu cakap tak boleh tolong. Hummm... Terima kasih. Tapi dia suggest tanya kat bahagian traffic. Pegi kat abang2 traffic, diorg kata lain section so kitorg kena minta tolong kat section parking kitorg. 'awak g kat tiang ade HELP tu and tekan interkom. Nanti diorg tolong'

Terkedek2 pegi kat tiang and tekan. Amik kau bunyi macam siren. Tekejut betul. Interkom bebunyi 'ye cik kenapa?' Tanya org Help tu. 'kereta pancittttt' jawab sati. 'tunggu sana nanti bantuan datang' beritahu org Help tu lagi.

Kitorg pun duk la situ. Datang pakcik security bermotor tanya mana kereta. Lepas tahu yang tayar spare ok tapi peralatan menukar tayar tak ada, pakcik tu pegi amik peralatan yang diperlukan.

Sambil tukar tayar tu sati dimaklumkan sebelum kitorang, pakcik tu tolong jump kereta. Banyak betul jasa pakcik tu. Kedua pakcik dan suami sati dah berpeluh-peluh bak hujan mencurah. Parking lot kan panas tak ada aircond. Suami buka pintu kereta dan halakan aircond kat diorg. Bijak betul tindakan encik suami.

Masa tukar tayar tu kawan suami dtg. Tp dah nak siap tukar dah.

Pakcik security tu bagitau yang kitorang kena pegi kaunter bayaran parking untuk scan ticket tu sbb dh lebih 15minit. Bila naik, kakak kat kaunter tu suh bayar 3inggit pulak. Eh! Selama berjam kitorang kat midveli tadi kena 4 inggitbje, ni lambt keluar sbb pancit kena tmbh 3inggit. Sungguh tak adil. Nak pulak pakcik tu kata free. Lntak lah. Yang penting dah selamat tukar tayar.

Terima kasih semua yang membantu!

No comments:

Post a Comment