Friday, March 14, 2014

Isteri Seorang Juruterbang

Salam,

Pagi sabtu 8 mac 2014.
kami suami isteri dikejutkan dengan  berita yang diterima. kawan baik husband, FO Fariq ab hamid berada dalam pesawat mh370 yang dilaporkan hilang.

Tipu kalau sati katakan sati tak terkesan dengan kehilangan pesawat mh370. mana tidaknya, sati merupakan isteri seorang juruterbang. juruterbang syarikat penerbangan malaysia MAS to be exact. 



Sati mengenali husband semasa dia masih di flying school HM Aerospace, Langkawi. FO Fariq sama flying school dengan hubby. Fariq senior hubby atas 1 batch kalau tak silap. Sehinggalah kami berkahwin pada 2012, sati sudah masak dengan kerjaya yang cukup dicintai husband.

Pernah ditanya oleh beberapa orang kenalan "Tak takut ke husband you pilot?" kalau korang, ape korang nak jawab?

ini jawapan sati "insyaallah, saya percaya dengan kemampuan husband saya. lagipun, safety kan no 1''. sati pernah ikut terbang bersama husband. ke Melbourne. lebih kurang mcm hanimun tapi hanimun ikut hubby kerja. FOC company bagi kan. boleh baca post pasal melbourne kalau nak .


Masa pegi melbourne sati naik kapal yang hubby operate. kapal airbus A330. Kapten masa flight tu pun baik sangat. even anak capt yang turut ikut bertolak ansur untuk tukar tempat duduk dengan sati. merasa sati duk kelas perniagaan. lagipun mudah kalau suami nak menjenguk sati masa toilet breaks. Well, they do have toilet breaks. bukannya once pilot masuk cockpit tak boleh keluar langsung. mana nak makan lagi (dihantar oleh crew ke cockpit) nak pegi toilet lagi.

  

gambar ni kapal Boeing 777. masa ni husband dan sati sambut anniversary di bali. (sorry sati tak buat post pasal bali. draftnya dah pun siap tapi sati tak publish. hahaha. simpan untuk kenangan sendiri) sati personally requested nak naik flight pagi pegi bali sebab sati nak merasa naik 777 ni. kapal 734 dan 738 dah banyak kali merasa kalau nak balik kedah kampung hubby. so, sebab sayangkan bini, hubby belikan jugak tiket pergi balik naik 777. thanks hubby. 

masa pegi bali ni sedap je makan nasi lemak yang orang kata tak tutup aurat tu. hihi.

Bila Sameer Muhammad Syafiq dah lahir awal bulan sablas 2013 yang lalu, kehidupan kami tak la jauh beza sangat. husband masih banyak kerja malam hari. bawa flight international. syukur masa sati melahirkan, husband ada di sisi. cuak jugak kalau husband kena kerja tengah fly entah ke mana. sati faham, bila husband ada di rumah, dia la paling sibuk jaga baby. sati tak tidur malam, dia ikut sama tak tidur malam. walaupun dia penat tak cukup tidur, hubby tetap luangkan masa dengan sati dan baby. tapi sati tau, bila dia sampai tempat yang dituju, hubby akan tidur sepuasnya dan berehat sampai la nak balik. mana tidaknya, sampai rumah nak kena layan baby n sati. sama je both sati and baby attention seeker.

yang ni gambar 1st time hubby kena kerja sejak ami dilahirkan. handsome tak ami? keh keh keh. macho je even abi tak teman dia tido malam. good boy ami. 


yang ni pula 1st time ami jemput abi kat airport. 
quote dari instagram hubby 
"1st time sameer jemput abi dia balik kerja.
Honestly, hilang penat bila tengok anak sendri senyum bila nmpak abi dia.just look at his smile.
Kiss utk anak abi sorang ni"

hubby, dah jadi routine, setiap kali b pergi kerja, b akan balik. tapi bila Fariq dan MH370 hilang dan sehingga hari ini belum ditemui, hani jadi risau bila b pergi kerja. sekarang hani dah standby buka website flightradar24 setiap kali b kerja. senang nak tau b ada kat mana. dengan harapan kapal yang b bawa terus terbang lancar menuju destinasi pergi dan balik kepada kami.


kepada kapten Zaharie & Fariq, bawalah kesemua anak kapal dan penumpang MH370 pulang segera. ramai yang menanti. kami menunggu ketibaan kalian. 


3 comments:

  1. Aku paham perasaan ko tu sebab laki aku walaupun x bawak kapal terbang..dier selalu jadi penumpang...
    what we learn from this incident..jangan take things for granted esp ur love one..
    Dan mungkin kite dah terlalu selesa, buat kite lupa pada Pencipta kite..kembali pada fitrah, berdoa semoga apa yg dikerjakan dipermudahkan oleh-Nya..inshaAllah Dia akan sentiasa lindungi kita...

    ps: ikutkan airplane lah transportation paling selamat..compare dgn bawak kereta, motor atas jalan tu...kite berhati2 tapi belum tentu orang lain jugak berhati-hati kan...

    ReplyDelete
  2. walaupun xde kaitan tapi faham perasaan awak...insyaallah semua selamat..

    ReplyDelete
  3. waaa...best nye kahwin ngan pilot...sy sejak kecil lagi teringin nak kahwin ngan pilot...best kan kerja diorang...bertuah betul kak hani....btw, kiut nye Sameer..hehe..:)

    ReplyDelete