Wednesday, March 5, 2014

Sameer : 4 months and counting

6 November 2013.
Allah menganugerahkan kepada kami seorang bayi lelaki yang diberi nama Sameer.

16 November 2013.
Hari ke-10 awak dah ditahnikkan dan dicukur rambut. Walaupun sampai hari ni, rambut awak tak banyak mana, awak tetap handsome di mata mummy.

26 Disember 2013.
Hari ke-51 mummy & abi bawa awak balik kedah untuk majlis aqiqah. Settle 2 ekor kambing. Cantik kambing yg abi pilih utk awak. Sekampung dapat makan. Alhamdulillah.

7 Januari 2014.
Usia awak 2 bulan  abi & mummy teman awak berkhatan. Masa tu awak nangis bersungguh-sungguh. Mummy & abi rasa menyesal sunatkan awak. Tapi rasa menyesal tu sekejap aje bila malam tengok awak dah ok. Good job sayang.

26 Februari 2014.
Last week, pertama kali awak demam. Mungkin nak meringan. Yang bagusnya, dalam pada awak demam, awak tak meragam pun. Siap mulut tak diam menceceh itu ini. Ceria je.

6 Mac 2014. 
Genap 4 bulan usia awak. Mummy & Abi bersyukur sepanjang 4 bulan pertama awak bersama kami, awak tak banyak meragam.

Wahai Sameer permata hati mummy & abi, mummy doakan awak membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh.

Mummy & Abi love you so much Champion.



ni gaya tidur abi. sebijik awak copy paste.

ni masa awak demam. gigih awak nak pegang botol sendiri.

nak pegi kenduri kahwin, mummy dah gatal tangan pakaikan awak baju ni. 

2 comments:

  1. Bestnyaaa,,ade baby..xsabar nk ade baby! Follow ur blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best bila balik kerja, ade budak wangi tunggu kita balik. Pastu malam boleh buli buli. Hihi. Borak subuh hari uh ah uh ah uh ah... heaven sgt

      Delete