Wednesday, April 16, 2014

Misteri : peti sejuk pejabat

Salam,

Ini kisah sebuah peti sejuk di sebuah pejabat kecil di pinggir bandar seremban. Pada suatu hari yang panas membahang, dengan darjah ke'tan'an meningkat 2 tona, seorang wanita kelihatan membawa sebotol air manis yang dibelinya dalam perjalanan ke pejabat tersebut.

Memandangkan suhu pendingin hawa tak mampu nak maintain kesejukan air manis tersebut, wanita itu menyimpan botol air manis itu di dalam peti sejuk pejabat.

Dari masa ke masa apabila haus, wanita tersebut pergi mendapatkan air manisnya. Pada mulanya tiada sebarang keganjilan yang dirasakan wanita itu. Namun selepas menuang air cawan yang ke-3 , wanita tersebut mendapati airnya tinggal setengah botol (lebih kurang 700ml).

Ohh... ada setengah botol lagi, minggu depan boleh beli air sebotol lagi.

Apabila minggu beralih, wanita tadi berasa haus lalu berjalan dengan gembira ke peti sejuk. Sambil mengenangkan 700ml air manis yang masih tinggal.

Sejurus membuka pintu peti sejuk, alangkah terkejutnya wanita tersebut mendapati botol air manisnya sudah tidak ada lagi.

Misteri sungguh.

Siapa la tukang menghabiskan air sedap aku ni weh. Aduiyaiii.. frust betul musim panas nak air manis sejuk tapi tak ada.

Sedih. 



1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete