Monday, May 21, 2012

Nota Kawin 41 : Button badge dah siap

Salam, hari ni mood excited lebih. selepas menghubungi cik designer kad kawin n button badge sati utk bertanyakan tempahan kad, cik designer bagitau button badge sati dah ready.  ^_^ ohoiiiii eksaited nye saye ni punnnn.. hehe. rasanya haritu baru confirm design, tiba2 dah siap? wahhh... i like u cik designer =)

so ni la hasilnya button badgenye <3 


berikut sati senaraikan nama-nama pada button badge ni. kepada sesiapa yang rasa2, ade namanya disenariakan, boleh datang collect button badge anda di hari bersejarah tersebut


sati n syfq guna design yang sama untuk both majlis di seremban dan jitra. so kuantiti badge side sati ade 150 pcs dan side syfq ade 100pcs. jumlah semua ade 250pcs.
harga yang ditawarkan syee kat kitorang RM325 utk kesemua badge tersebut.
jatuh 1 unit bersamaan RM1.30. termurah setakat yang sati survey beberapa website dan vendor.

kad kawin dah finalize design. hari rabu nak pergi tempah. kepada yang belum submit nama dan alamat, sila berbuat demikian kat link yang ada di sebelah kanan ni. senang nak track n buat head counting untuk kad dan tempahan makanan. ok?

kepada sesiapa yang memerlukan khidmat cik designer yang dah buatkan design dan tempahan badge ni, boleh email kepada beliau Nurul Syahirah @ Syee
email : sheesaysomg@yahoo.com
tq syee..me n syfq love them

nota kaki : untuk pengantin pun ade sebab nak buat kenangan =)

Saturday, May 19, 2012

Nota Kawin 40 : Percaturan hantaran

Salam,

Kalau baca status ade perkataan catur dan hantaran kan? ape yang sati cuba maksudkan pasal catur dan hantaran eh? sati nak bagi catur ke as hantaran? hahaha. mesti lah tak. walaupun itu boleh menjadi barang hantaran (kalau ade yg nak buat la) , sati tak buat la. sbb xreti main catur pun. ehe ape da merapu nih?

kali ni nak berkongsi sikit pasal hantaran. hantaran as in barangan hantaran tau. bukan duit hantaran. bila korang tengok column sebelah kanan masing2, boleh lihat senarai barangan hantaran sati kepada tunang dan barangan tunang kepada sati. kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar jumlah hantaran dalam bilangan yang ganjil, dan pihak perempuan akan membalas hantaran tersebut dalam kiraan + 2 dari jumlah yang dibawa pihak lelaki. betul kan?

soalannya di sini

1) kenapa sati dan tunang punya 7 dulang balas 9 dulang? 
jawapannya : saje je nak banyak2. (boleh?)

2) tak membebankan ke banyak2 barang nak beli n hadiahkan?
jawapannya : kalau ikhlas, xada masalah. (ikhlas ke x sebenarnya ni? haha)

3) kenapa 7dulang balas 9 dulang? kenapa tak 5dulang balas 7 dulang?
jawapannya : kalau tengok dalam senarai barangan tu, hanya 5 item dari setiap pihak sahaja milik pengantin. selebihnya untuk keluarga pengantin. xpercaya? meh go through our list.

:: Dari Syfq ke Sati ::
Syfq hanya menghadiahkan 5 barangan sahaja iaitu tafsir, telekung, jam, handbag, dan kasut

.:sebagai balasan :.

:: Dari Sati ke Syfq ::
Sati pula membalas 5 barangan juga iaitu tafsir, t-shirt, jam, casing ipad dan kasut.

haaa kan dah cakap, sama banyak. yang lain-lain tu semua makanan dan sirih junjung.

Friday, May 18, 2012

Nota Kawin 39 : Panduan berjimat

Salam, tengok tajuk kemain hebat. BERJIMAT katanya. huhu. since dah tak lama nak kawin ni... sati kena la start berjimat. sebab ape? sebab dah tau nanti last minit nak pakai banyak duit. aduiii. ape salah satu langkah penjimatan yang sati lakukan? ini dia... 

ini bekal sati bawa untuk makan tengah hari ke pejabat
yup... ni sandwich je. makan ni untuk lunch boleh membuatkan sati berjimat sebab

1) bahan2 semua amik dari dapur mak. hehehe. terima kasih mak.
2) hal ini boleh mengelakkan sati daripada makan kat kedai
3) elak makan kat kedai bermakna elak mata melilau tengok kedai2 berhampiran. (selalu je ade daya penarik kedai2 ni. xkedai alat tulis kedai tudung. xpun kedai 2 ringgit tu... ya Allah, besarnya godaan)

selain itu, makan sandwich boleh melatih perut sati untuk lebih obedient bila menghadap makanan di masa lain. kalau tak...semua sati nak makan. beringat sebelum kena. penyakit orang kaya-kaya sekarang ni dah ramai orang kena. darah tinggi, kencing manis, sakit jantung tu semua. jum jaga makan. (sebenarnya xde masa eksesais. so jaga makan n banyakkan minum air kosong dan berjalan. berjalan dengan berjalan-jalan lain maknanya ok? hahahaha

oh setakat ni je lah post. tulis pepanjang karang , sati sendiri yang mengantuk nak baca. 

Thursday, May 17, 2012

Nota Kawin 38 : Bekas hantaran

salam kekasih2 hati, gula2ku sekalian (perasan diva ape kau ni sati?), 

hari ahad (13 mei 12) sati, ikut mak & ayah pegi nilai. pusing-pusing kitorang berjaya la beli alas hantaran ni. RM 29.90..buy 1 free 1 (ok, ni english yg salah...it should be 'Buy 1, get 1 Free' Oh My English ala-ala Harun Salim Bachik (HSB)  kat tv tu. maka, jatuh 1 dulang bersamaan RM15 setelah digenapkan. since encik menghantar 9 dulang, sati balas 11 dulang, maka beli la 11 dulang putih ni. sati beli ni kat kedai Wismart. kalau nak cari Wismart , kedai ni menghadap foodcourt yg sesak gila tu. tau ke? alaaa... food court yang ade surau tu... Wismart kat situ la. 
ni alas barang hantaran. nanti dulang ni duk atas dulang tembaga berkaki tu. tapi nak bagi mudah pihak lelaki nak bawak balik. kami sediakan alas ni. so angkut saja la dulang ni bawa balik.. gigih sangat la pulak nak angkut dulang tembaga tu.

over x pegi tempek gambar alas hantaran sati besar gajah cenggini? kitorang beli 3jenis door gift kat wismart ni. selain daripada dulang ni. nanti bila dah start buat door gift, sati buat entry pasal door gift je. sekarang malas sebab semua masih tersusun dengan baik dan manja (manja???) dalam kotak masing2. even ade 1 door gift yang belum amik pun dari kedai tu, nanti sati g amik, sati amik gambar kedai ok? itupun kalau xlupa.

door gift yang masih dalam kotak besau. hihihi. nampak tak tu ade sticker merah? barangan  kaca katanya. sesiapa  yang terserempak dengan kotak ni, jgn g duduk2 atas kotak ni, main panjat2 (bagi kanak2) atau sengaja sepak. haru jadinya nanti.

sebelum pegi wismart ni, sati n mak ayah masuk la 2 kedai lain. 1st kedai perkahwinan Lia. kat sini sati jumpa jar yg bulat n ade few flat face yg sekarang ni feymes org guna untuk doorgift tu. kat kedai Lia ni, harga dia ade 2 je. kurang 500pcs, harga dia 90sen/pc. kalau lebih dari 500pcs, harga dia 79sen/pcs. xkesah la nak beli 3000pcs pun, harga dia still 79sen/pc. apekah? mcm ni pun ade? tapi ni la kedai yang paling murah sati jumpe (tapi tak beli pun jar ni. haha)

ade kedai lain letak harga RM 1.00/pc tapi kalau beli banyak dia kasi 90sen. ade yang boleh bagi harga 80sen kalau beli barang lain berjumlah lebih daripada RM800...apekah??? (sekali lagi) ... xpayah duk apekah apekah aih... survey ja pun. bukan beli jar ni untuk door gift. hahaha. saja nak bagitau. kalau korang nak beli jar tu, pegi cari harga lagi murah. mesti ade punya. tp jar ni kat ikea mahai

ni hah jar yang sati pernah dapat. ok tipu, mak dapat, haha. ayah kata xmuat buh telur ayam dalam ni. telur puyuh boleh la. hahaha. gigih la pulak nak kasi telur puyuh.

nota kaki : door gift sati ade kaler merah, ade biru, ade purple, ade putih, ade gold, ade polkadot, ade hitam...campur2 semua. since xde warna tema, semua pun bolehhh... sapa mai nti dapat la. ikut rezeki masing2 ok?

Monday, May 7, 2012

Nota Kawin 37 : Cincin untuk encik tunang dah beli

Yeay.. cincin untuk yang tersayang dah beli.
itu pun beli secara tak dirancang. mulanya nak beli KFC kat carrefour.
pastu sementara tunggu order siap, kitorang menyinggah kat poh kong.
pilih pilih (xbanyak pun choices) akhirnya dapat cincin untuk si dia.
cincin silver yang simple. alhamdulillah encik tunang tak memilih or demand. 

smug ^_______________________^ i love u

Nota Kawin 36 : Aino & Hisham

Salam, sati lately busy (my life is based on a true 'busy' story) . dalam sehari rasanya ade lebih 100 kali sati kata sati busy. sambil mengenang nasib yang busy (again?!!) ini haha. tapi update blog. kata busy sangat. ni nak release tension sket lah. nak release penat selepas berhempas(lah sangat) untuk kenduri kahwin kezen yang cantik ini. tahniah kezen ku. i adore u dengan kegigihan u menjadikan impian perkahwinan sekali seumur hidup menjadi kenyataan.
ni sedikit gambar dari henfon sati n aunty mastura. terpaksa cedok cedok. nasib la. nak gambar cantik... tunggu la kuar official video n photonye...

short brief berkenaan wedding cousin sati

:: Nama pasangan ::
Ainoor & Hisham

:: Tarikh :: 
Nikah 4 Mei 2012
Resepsi 5 Mei 2012
Bertandang 12 Mei 2012 (tiada gambar)

:: Attire & Make up ::

:: Pelamin & Pelamin mini ::

:: Hantaran :: 
Inspirasi Cinta

:: Meja Makan Beradab ::
Inspirasi Cinta

:: Cinematography & Photography ::


Pelamin dan pelamin mini by Inspirasi Cinta
Jubah nikah dan make up by Sheila Mohamad
baju resepsi & make up by sheila mohamad (love the dress and the hand bouquet)
baju resepsi & make up by sheila mohamad
(yg baju belang tu makngah
yang sati kidnap gambar2 resepsi ni.
sebab masa resepsi, sati bertugas so kena harapkan gambar dari orang lain)

photobooth and guest book

Hantaran by Inspirasi Cinta
Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja
Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja

Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja

Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja

Yes, sati tolong buat dessert buffet tu. xlawa... memang diakui. tapi sedap dimakan. budak2 berkerumun kat situ. bapak budak pun sama. huhu. tapi sayang, sati dapat makan m&m's je.lain tu tinggal habuk. love letters dapat jugak, tapi dari dalam tin nye lah. setelah berjaya dibawa lari tin tersebut. It was fun preparing the feast. nak buat untuk wedding sendiri la nanti =))

fakta :: Lepas majlis akad nikah Aino n Hisham, Sati n Ina (my sis) pun buat video wish utk pasangan bahagia tersebut. boleh abg pixelworks tu kata suara sati macam doremon =_=' kelakar sangat ke suara aku neh?? adoiyaii... nasib baik encik tunang kata comel. nak ambik hati lettew ! hahaha.

Sunday, April 29, 2012

Nota Kawin 35 : Mohor Besar Raja Sehari

Raja adelah sinonim dengan COP MOHOR. kan? so sempena nak jadi raja 2 hari ni, sati dah beli cop mohor versi kitorang punya. haha. sebenarnya terjumpa ni kat Groupon. maka beli la. so sesapa mendapat anything yang ade cop ni, tahniah la. anda la penerima bertuah pingat merah (selalunya guna lilin merah utk lakri tu) daripada kami berdua

gambar atas :: ni la rupa cop tersebut kecik je.


gambar atas :: ni merupakan testing 1,2,3 yang mengguna lilin blackout biasa yang terdapat kat rumah tu. sati belum beli bendealah lakri warna merah tu. nanti la sati g beli bila nak guna. hehe (malas nak kuar g kedai. nanti takut ter-over spend)

seperti yang korang nampak (walaupun xberapa nak jelas sangat) Cop ni hanya terdiri daripada 1 huruf iaitu 'S' san corak2 sikit. kenapa sati pilih S? sebab S tu untuk nama tunang soon-to-be my husband. S juga nama panggilan sati lately.... SSSSSSati... get it? hihi.. S jugak huruf pangkal nama ayah. so buleh la tu. Alasan universal yang terlintas dikepala sati sewaktu membeli cop ini


nota kaki :: pada sesiapa yang nak pinjam cop huruf S (sahaja yg ade) selepas majlis kitorang September nanti, boleh bagi tau ok? =)