Tuesday, February 28, 2012

Nota Kawin 23 : Bridesmaid macam mana dan siapa?


Salam,
lama tak update nota. banyak tuntutan kerja sebenarnya.
(semalam balik kerja pukul 3 pagi kau)


setelah brainstorming dengan family (yg xberapa nak storm mana pun sebenarnya), sati dah berkeputusan nak memakai niqab masa nikah sambil ditemani 12 org dayang-dayang (1 pengapit, 11 gadis dulang) yg berjubah dan berniqab jugak. rough idea is to ask them girls untuk pakai jubah hitam since sati akan pakai jubah putih (sponsored by darling sister) n sati akan provide diorang dengan purdah@niqab yang ala2 gini. korang rasa ok x? (ok kan aje laaa)


picture credit to : http://dressesandclothes.com
korang mesti teruja tgk gambar kat atas ni kan?
(cakap je la teruja nak amik hati sati ni ha)
cantiknye la perempuan...

mereka2 yang menemani sati ni adelah terdiri daripada mereka-mereka yang tersebut. tak ada petik nama ok! tunggu sampai dapat confirmation daripada diorang. cukup je 1+11 ni, sati reveal nama2 diorang kat nota yang lain.

generally they are :

2 of my darling sisters
2 of my cute cousins
2 high school hearts
2 usm angels
2 ncolians
2 awesome best friend of mine

tunggu next next next note (entah bila) on bridesmaid n maid of honour.
baru sati kasi tau nama diorang.

p/s : cik kezen dah volunteer nak makeupkan sesiapa yang perlukan pertolongan x? please say yes. oh please please please. tapi sati rasa semua yang sati pilih ni boleh buat smokey eyes. my numero uno criteria untuk my 1+11 sweethearts. sila bawa eyelash curler masing2 n mascara lentik panjang tak hengat. kalau takde, pakai la ape yang ade. sharing is caring kan?

Saturday, February 25, 2012

Nota Kawin 22 : Buku panduan

salam, ini lah kenyataan.
atas meja sati bersepah. tp nak tunjukkan kat korang semua
sati ade few buku2 ringan yang nak diberi kepada b2b yg dan nak menikah.
hueh hueh hueh. yg dah kawin pun boleh.

setelah sati fikir2 balik, sati dah ade 2 org b2b yg nak menikah bulan 3 ni yg sati nak bagi salahsatu dari buku2 kecik ni.
mereka adelah liza (nur haliza mohd ali, ampang)
dan nurul aimi yusoff (honey sakura). saja x letak link diorang kat sini.
xpe. kepada kalian ber2 insyaallah buku ni sampai kat tangan korang.
baca jgn x baca!

1 buku nak kasi kat encik S.
harapnya S baca la buku tu. rasa2 tau x buku yang mana?
hihihi... Suami idaman yang menyejukkan hati isteri laaaaaaa

Monday, February 20, 2012

Nota Kawin 21 : Carrot cake

kita mulakan kelas meng-copy-paste resepi pada hari ini dengan lafaz Bismillah.
resepi pilihan adelah carrot cake yg sehat lagi mudah disediakan.
instant mode ON !

bahan2nye adelah seperti berikut :
carrot 2 batang (pilih yg besau tau) di blend
tepung kek naik sendiri 2 1/2 cup
minyak sayuran 1 1/4 cup
gula 2 cup (sati guna 1 1/2 sbb xmau manis)
telur 3 bijiks
1 1/2 cup walnut atau sebarang kekacang yg dicincang dan dipanggang
esen vanila 2 sudu teh
cuka epal 2 sudu teh (boleh tukar dengan perahan lemon 2 sudu besar)

nota : kalau nak rasa lebih carrot, cincang carrot tu.. kalau blend dinasihatkan perah keluar air yg berlebih2 tu. kalau tak, nti korang kena guna banyak tepung. if x, kek korang lembab sangat.

cara2 membuatnye :
--pre heat oven pada suhu 180darjah celcius--

a) campur semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
guna sudu je pun buleh. xpayah pukul pun bahan2 tu.
b) rasa bancuhan korang sehingga la mencapai taste yg korang mau.
i.e. lebih kacang or lebih manis
c) sapu kan minyak atau butter pada loyang (sati guna loyang agar2 yg tinggi 1 inci tu)
d) bakar pada suhu 180darjah celcius selama 40 minit.
e) SIAP !!! jom makan

Sunday, February 19, 2012

Nota Kawin 20 : Design baju-baju kawin diubah

Salam
sati tak update nota ni?
hummm memang. sebabnya baju kawin sati telah dibincang semula sepanjang weekend ni.
haritu beriya sati update pasal design baju kawin yg sati konon2nya dah confirm kat sini.
tup tup, harini sati dengan hati yang pasrah, sati nk update nota sati, sati hanya ade baju nikah n baju tandang. sati dah cancelkan baju songket tu. mak tak mau sati pakai baju yg 'over' semasa majlis. mak kata nak buat majlis yg islamic. xboleh pakai ketat (xhingin pun pakai ketat) n singkat (tak terfikirpun nak pakai yg menunjukkan punggung sati). mak kata pakai la baju lain (selain baju yg sati nak. baju ni designer kata akan buat longgar n tudung sati tutup dada *mana2 baju sati semua nak tudung tutup dada) mak kata pakai baju takde cutting. which is (ape korang agak?) baju kurung moden. lace tak mau. sati tak suka lace. kalau chiffon, baek buat dress. tp mak kata itu ade cutting. so buat baju kurung. humm. sati ade bnyk baju kurung moden chiffon. nak kaler ape? mustard yellow? putih? hitam? merah? hijau? grey? sati xnak baju kurung moden as baju kawin sati. seriously nti sama macam baju pengapit. humm... ikut hati nak nangis je mak tiba2 tak approve baju yg sati nak tu. tapi buat ape susah2kan diri yg dah cukup sedih ni? so LANGSUNG TAK PAYAH BAJU BARU. PAKAI JE BAJU NIKAH TU. walaupun mak kata baju tu xrupa baju kawin. ade sati kesah? org mmg tau sati kawin hari tu. so pakai ape pun xkesah la kan? betul x? hence perjalanan majlis pun sati nak ubah.

upacara majlis yg bermain di minda

10.00 pagi : nikah dan sesi bergambar keluarga
11.00 pagi : qasidah
12.00 tengah hari : pengantin makan bersama ahli keluarga
1.00 tengah hari : pengantin masuk ke rumah untuk solat zohor
2.00 petang : pengantin menyertai ahli keluarga untuk menyambut tetamu
(ahli keluarga bergilir2 untuk solat zohor seawal yang boleh bagi memudahkan perjalanan majlis)
4.30 petang : majlis tamat.

please note,
tiada bersanding serta acara merenjis diadakan.
sati tak mau! saya bukan bahan pameran. okbye.

Thursday, February 16, 2012

Nota Kawin 19 : Pop cake

selamat menggemukkan diri kepada yg membaca belog sati
this time sati nak menunjuki (ala johan-acai)
cara-cara membuat itu POP cake haddui sedap sangat ni punnn.
hehe (tepuk mulut sendiri) perasan sati ni kan?

kalau kita ada terbuat (atau beli) cake
tp tak habiskannye, apa yg harusnya pun kita semua muslimin membuat pun adelah tidak membazirinye errr... bedosa tau ni bazir-bazir ni kawan syaitonirojim
so ape kita perlu buat (haddui ini pun taktau ke?)
kita buat ni POP cake la.
kalau tak, buat ape sati buat post ni hadduuuiii....

bahan-bahan yang diperlukan adelah seperti berikut-rikut :

saki baki red velvet cake semalam


1) saki baki kek yg tak habis (seperti gambar atas)
2) butter secukup rasa (lembutkan suhu bilik)
3) perasa kegemaran secukup rasa jugak
(sati buh cream cheese n perahan lemon sesedap mulut sati)
4) batang lolipop (baru la nama nye POP cake faham?)

cara-cara buat POP cake sangat senang

a) hancurkan kek yg ada.
sati guna pisau kasi dia potong dadu.
pastu dia otomatik jadi hancur.

b) masukkan butter dan perasa sesedap rasa kita
nak masam buh lemon, nak manis buh gula (seeloknya brown sugar)
butter tu nak kasi lekat sesama hancuran kek tadi.

c) gaul dan uli sehingga kek tu
rupa macam yg kat bawah ni haaaa...

::reminder::
korang kena la adun GUNA TANGAN
n adjust mixture korang
smpai jadi doh cenggini



d) korang bulat-bulatkan comel-comel

e) kemudian cucuk dengan batang lolipop
sampai jadi cam gambar-gambar bawah ni


f) masukkan dalam peti selama 2jam

g) then boleh keluarkan untuk salutkan dengan chocolate or cream ke ape2 ke.
sati malas nk tambah coklat sbb lagi suka cake warna merah.
bagi yang rajin (xmalas mcm sati) sila decorate POP cake anda.
colourful chocolate available kat kedai.
atau korang nak buat dip untuk pop cake pun boleh guna melted choc
sape yg air liur meleleh membayangkan popcake masing2,
sila lap cepat. karang org nampak.
hehe. selamat mencuba dan menggemuk

salam (V_V) <-- sati gemuk

Tuesday, February 14, 2012

Nota Kawin 18 : Red velvet cake

selamat sejahtera !!!

malam tadi sati mencuba resipi 'red velvet cake'
so nak share resipi yg amik dari on9 forum kat sini.
sape dah buat, sila bagi sati boleh?

bahan2 kek (ikut urutan penampilan):
1/2 cup butter (xikut pun. sati buh lebih skit)
1 1/2cup gula (kalau xnak manis, kurangkan le)
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko vanhouten (suke hati nak brand ape)
pewarna merah secukup rasa
2 1/2 cup tepung naik sendiri
3/4 cup yogurt
1/4 cup susu segar
1 sudu teh cuka (sati pakai cuka epal)
1 sudu teh soda bikarbonat

bahan2 cream cheese frosting (pun ikut urutan penampilan):
cream cheese (2 bungkus yg 250gram tu) pada suhu bilik
1/2 cup butter (suhu bilik)
esen vanilla sesedap rasa
2 cup icing sugar (adjust kemanisan anda. eh silap. kemanisan frosting anda)


cara-cara membuat kek : (pastikan oven dipanaskan pada suhu 170darjah celcius
a) pukul butter dan gula hingga kembang
b) masukkan telur sebiji demi sebiji
c) masukkan vanilla

d) bancuh (dalam bekas berasingan) serbuk koko dan pewarna merah
sehingga menjadi pes (paste)
e)bahagikan tepung kepada 3 bahagian
f)bancuh yogurt dan susu (dalam bekas lain) dan bahagi kepada 2 bahagian

setelah (c) perlahankan kelajuan mixer
masukkan (d) kemudian (e)diselang seli dengan (f)
(boleh faham ke? hehe)
setelah semua sebati dan merah (kalau korang pakai pewarna hijau, jangan harap nama kek korang red velvet tau. kek korang jadi green velvet. itu pun aku nak ngarut kat sini)
bancuh cuka dan soda bikarbonat (jaga2. berbuih ni)
n cepat2 masukkan dalam bancuhan tadi
dan adun sehingga yakin sedap
(feeling kena kuat ni. PERASAN CHEF WAN KAU ni issati)

bahagikan mix tadi kepada 2 bahagian (loyang bulat size 9inch)
atau 3bahagian (loyang bulat size 8 inch)
dan bakar selama 25-30 minit
(cucuk dengan lidi nak tau dah masak ke tak - kalau licin tu dah masak la kek nye)
setelah masak, keluarkan untuk dianginkan
sati guna perkataan angin sebab kalau sati kata sejukkan, korang g masukkan kek dlm peti pulak, belum boleh masuk peti lagi ok!!! biarkan cool dulu. sambil tu buat cream cheese frosting

cara-cara buat cream cheese frosting :
pukul cheese + butter hingga kembang
masukkan vanilla dan gula icing

bila kek dah sejuk, korang terbalikkan kek pertama
(so that bahagian atas dia rata)
sapu cream cheese frosting tu bagi tebal skit baru sedap
selang seli dengan lapisan kek yg lain
dan akhiri dengan mengcover semua cake
simpan dalam peti sejuk then boleh makan

-siap-

sape dah buat, sila share gambar cake anda.
sati xshare gambar sebab xsempat amik gambar, kek dah kena bedal.

nota : sati malas nak cari loyang bulat dalam stor. so sati guna loyang 4 segi. sebab sati ade 1 je loyang 4 segi, sati bakar je semua bancuhan sekali gus masa 50minit (sila adjust sendiri sampai dia masak) bila dah masak mcam ni, dah sejuk tu sati potong jadi 2 lapis. lepastu buh cream cheese frosting. now dah boleh makan.


Monday, February 13, 2012

Nota Kawin 17 : Settle design baju-baju kawin

Salam, pagi yang damai
td terbangun lambat (astghfirullah ank dara ape ni?)
encik tunang call kejut sati bangun
dia ckp dia hantar kawan dia g KLIA.
kawan dia nak g hanimun.
n encik tunang nak beli tiket untuk balik kedah
dah lama dia xbalik kedah
maklumlah sibuk training

sebenarnya nak buat post malam tadi
tp sebab internet yg ngeng, terpaksa sabar n tunggu ke pagi ni

xde ape pun nak update
just nak note ke diri sendiri (ni nota kawin saya)
yg perihal design baju dah settle
nanti kalau sati ade kelapangan, akan berFB dengan uncle WP sati
pemalas punya issati!!!! ko pegi butik lah kalau nak bincang
ape punya ank buah manje la ko ni?
ko ingat uncle nak manjekan ko ke?
dapat pelempang baru nak sedar ni issati!!!

ok this is final. semoga encik Uncle Zam boleh menjadikan angan2 sati menjadi nyata!

jubah nikah sponsored by Ilyana Sanusi
nota : Nana kata jubah ni freesize, sati pakai mcm saiz XXL.
sangat berat jubah ni ok!


dari majalah inspirasi perkahwinan bulan mac (1st keluaran)
cover depan YUNA !!


ni untuk baju sambut menantu
warna baju mesti peach sbb bakal ayah mertua nak warna peach.

hehe. so uncle Zam tersayang (ni nak jack ni) yg baik lagi kacak (hahaha... uncle jgn lempang saya!) ini untuk uncle tengok dan plan ape yg patut. saya serba tak tahu ni.