Tuesday, March 20, 2012

Nota Kawin 27 : Ipod Yang Hilang

Seremban - Sati tertinggal ipod touch milik encik syfq kat kfc carrefour rahang. masa tu lunch jumaat yang panjang. so bersapau la sati duk situ. makan tak la banyak mana. tak habis pun. tapi sebab dapat duk meja bulat berkusyen empuk tu, malas pulak nak balik even dah tak boleh nak makan. lepas dah agak2 panas kerusi empuk tu, sati pun balik office.

sampai office tu, sati menyinggah kat cubic admin. borak punya borak punya borak, sati pun g sambung kerja. tiba-tiba, sati perasan ipod dah takde. jeng jeng jeng. mana ni? selongkar beg besau gabak tu tak jumpa. kuarkan semua barang pun xde jugek. hadoi. carik2 kat cubic sati xde. cari kat admin takde. dalam kereta pun xde, mengonggeng kot nak cari dalam vitara tu. kot-kot la terjatuh kat bawah seat. confirm takde. aduiii...rasa nak nangis dah ni. habis la encik syafiq marah la ni sebab cuai (kata hati)

lepas borak dengan boss @ ayah (konon nak sejukkan hati) sati berkeputusan nak pegi balik kat kfc tu. dah pasrah sangat tak dapat balik ipod tu. tp gagahkan jugak pegi menanya. guess what?!!!

SATI DAPAT SEMULA IPOD SATI !! YEAY !!

terima kasih staff KFC carrefour rahang. alhamdulillah, masih ramai yang jujur di Bumi Allah ini. sorry sati tak bagi apa2 penghargaan kat korang. (duit tinggal 10hengget ke xsampai 10 hengget pun dalam purse lepas makan kfc tgh hari tu) Semoga Allah membalas kejujuran korang.

1 comment:

  1. kalau saya lihat sisi positif nya, jika barang yang kita punya adalah barang yang di dapat dari hasil keringat kita dan halal, jangan takut pasti ALLAH jaga...
    untuk staff KFC jempol untuk ke jujurannya.

    ReplyDelete