Wednesday, April 16, 2014

Misteri : peti sejuk pejabat

Salam,

Ini kisah sebuah peti sejuk di sebuah pejabat kecil di pinggir bandar seremban. Pada suatu hari yang panas membahang, dengan darjah ke'tan'an meningkat 2 tona, seorang wanita kelihatan membawa sebotol air manis yang dibelinya dalam perjalanan ke pejabat tersebut.

Memandangkan suhu pendingin hawa tak mampu nak maintain kesejukan air manis tersebut, wanita itu menyimpan botol air manis itu di dalam peti sejuk pejabat.

Dari masa ke masa apabila haus, wanita tersebut pergi mendapatkan air manisnya. Pada mulanya tiada sebarang keganjilan yang dirasakan wanita itu. Namun selepas menuang air cawan yang ke-3 , wanita tersebut mendapati airnya tinggal setengah botol (lebih kurang 700ml).

Ohh... ada setengah botol lagi, minggu depan boleh beli air sebotol lagi.

Apabila minggu beralih, wanita tadi berasa haus lalu berjalan dengan gembira ke peti sejuk. Sambil mengenangkan 700ml air manis yang masih tinggal.

Sejurus membuka pintu peti sejuk, alangkah terkejutnya wanita tersebut mendapati botol air manisnya sudah tidak ada lagi.

Misteri sungguh.

Siapa la tukang menghabiskan air sedap aku ni weh. Aduiyaiii.. frust betul musim panas nak air manis sejuk tapi tak ada.

Sedih. 



Wednesday, March 26, 2014

MH370 : This is not an end, this is the beginning.

Salam,
Dari malam tadi sati melihat timeline facebook dan instagram rata-rata menyuarakan ucapan takziah untuk seisi keluarga mh370. Pada waktu mendengar tiap bait press conference DS Najib, separuh hati meredhai manakala separuh lagi tak putus berharap. May there be a miracle.

Najib used the word 'ended' last night, but 1 thing for sure this is the beginning. For Him(The Almighty) to know and for us to find out what happened to our loved ones in mh370.

MHfamily is my family and I will support them in whatever condition coming our way. This is a very hard and painfull time for all of us in MAS and Malaysia. 

Sharing few IG post from celebrities and dear friends of MHfamily. 
















Dear heart, please be strong. 







Thursday, March 20, 2014

Translation : Come on Awani

Salam, berita hangat sangat sampai tak sempat nak semak terma geografi.


Friday, March 14, 2014

Isteri Seorang Juruterbang

Salam,

Pagi sabtu 8 mac 2014.
kami suami isteri dikejutkan dengan  berita yang diterima. kawan baik husband, FO Fariq ab hamid berada dalam pesawat mh370 yang dilaporkan hilang.

Tipu kalau sati katakan sati tak terkesan dengan kehilangan pesawat mh370. mana tidaknya, sati merupakan isteri seorang juruterbang. juruterbang syarikat penerbangan malaysia MAS to be exact. 



Sati mengenali husband semasa dia masih di flying school HM Aerospace, Langkawi. FO Fariq sama flying school dengan hubby. Fariq senior hubby atas 1 batch kalau tak silap. Sehinggalah kami berkahwin pada 2012, sati sudah masak dengan kerjaya yang cukup dicintai husband.

Pernah ditanya oleh beberapa orang kenalan "Tak takut ke husband you pilot?" kalau korang, ape korang nak jawab?

ini jawapan sati "insyaallah, saya percaya dengan kemampuan husband saya. lagipun, safety kan no 1''. sati pernah ikut terbang bersama husband. ke Melbourne. lebih kurang mcm hanimun tapi hanimun ikut hubby kerja. FOC company bagi kan. boleh baca post pasal melbourne kalau nak .


Masa pegi melbourne sati naik kapal yang hubby operate. kapal airbus A330. Kapten masa flight tu pun baik sangat. even anak capt yang turut ikut bertolak ansur untuk tukar tempat duduk dengan sati. merasa sati duk kelas perniagaan. lagipun mudah kalau suami nak menjenguk sati masa toilet breaks. Well, they do have toilet breaks. bukannya once pilot masuk cockpit tak boleh keluar langsung. mana nak makan lagi (dihantar oleh crew ke cockpit) nak pegi toilet lagi.

  

gambar ni kapal Boeing 777. masa ni husband dan sati sambut anniversary di bali. (sorry sati tak buat post pasal bali. draftnya dah pun siap tapi sati tak publish. hahaha. simpan untuk kenangan sendiri) sati personally requested nak naik flight pagi pegi bali sebab sati nak merasa naik 777 ni. kapal 734 dan 738 dah banyak kali merasa kalau nak balik kedah kampung hubby. so, sebab sayangkan bini, hubby belikan jugak tiket pergi balik naik 777. thanks hubby. 

masa pegi bali ni sedap je makan nasi lemak yang orang kata tak tutup aurat tu. hihi.

Bila Sameer Muhammad Syafiq dah lahir awal bulan sablas 2013 yang lalu, kehidupan kami tak la jauh beza sangat. husband masih banyak kerja malam hari. bawa flight international. syukur masa sati melahirkan, husband ada di sisi. cuak jugak kalau husband kena kerja tengah fly entah ke mana. sati faham, bila husband ada di rumah, dia la paling sibuk jaga baby. sati tak tidur malam, dia ikut sama tak tidur malam. walaupun dia penat tak cukup tidur, hubby tetap luangkan masa dengan sati dan baby. tapi sati tau, bila dia sampai tempat yang dituju, hubby akan tidur sepuasnya dan berehat sampai la nak balik. mana tidaknya, sampai rumah nak kena layan baby n sati. sama je both sati and baby attention seeker.

yang ni gambar 1st time hubby kena kerja sejak ami dilahirkan. handsome tak ami? keh keh keh. macho je even abi tak teman dia tido malam. good boy ami. 


yang ni pula 1st time ami jemput abi kat airport. 
quote dari instagram hubby 
"1st time sameer jemput abi dia balik kerja.
Honestly, hilang penat bila tengok anak sendri senyum bila nmpak abi dia.just look at his smile.
Kiss utk anak abi sorang ni"

hubby, dah jadi routine, setiap kali b pergi kerja, b akan balik. tapi bila Fariq dan MH370 hilang dan sehingga hari ini belum ditemui, hani jadi risau bila b pergi kerja. sekarang hani dah standby buka website flightradar24 setiap kali b kerja. senang nak tau b ada kat mana. dengan harapan kapal yang b bawa terus terbang lancar menuju destinasi pergi dan balik kepada kami.


kepada kapten Zaharie & Fariq, bawalah kesemua anak kapal dan penumpang MH370 pulang segera. ramai yang menanti. kami menunggu ketibaan kalian. 


Thursday, March 6, 2014

Handbag oh Handbag : D-Ella Boutique & Design

Salam,

Haritu kawan ada buat promo kat page fb dia. Sati duk tenung baik punya handbag ni. Sati pun apa lagi, mengadu la kat makngah si ami tu. Kata suka beg tu. Tapi yang bagus mengadu kat adik ni, dia rasional. Dia tau abg ipar baru hadiahkan handbag, harus la dia menegah si kakak dari membeli. Tau apa dia kata?

"Ti, harrods tu macam parkson je. Kau bayangkan pakai beg parkson. Nak beli x?"

Tak menahan betul nasihat si adik yg sorang ni. Hahahaha. Tapi kepada kawan2 yang mencari beg pegi pasar(hover sikit) jenama harrods, boleh beli dr kawan sati ni. Ni print screen page fb dia. Korang godek2 sendiri ok. Boleh percaya punye dia berniaga. Selain handbag dia ade jual shawls dan aksesori lain juga.


korang boleh click kat gambar utk ke fb page d'ella ni. or click sini pun boleh. tak pun terus pegi website dia www.d-ella.com ok kawan2?

Wednesday, March 5, 2014

Sameer : 4 months and counting

6 November 2013.
Allah menganugerahkan kepada kami seorang bayi lelaki yang diberi nama Sameer.

16 November 2013.
Hari ke-10 awak dah ditahnikkan dan dicukur rambut. Walaupun sampai hari ni, rambut awak tak banyak mana, awak tetap handsome di mata mummy.

26 Disember 2013.
Hari ke-51 mummy & abi bawa awak balik kedah untuk majlis aqiqah. Settle 2 ekor kambing. Cantik kambing yg abi pilih utk awak. Sekampung dapat makan. Alhamdulillah.

7 Januari 2014.
Usia awak 2 bulan  abi & mummy teman awak berkhatan. Masa tu awak nangis bersungguh-sungguh. Mummy & abi rasa menyesal sunatkan awak. Tapi rasa menyesal tu sekejap aje bila malam tengok awak dah ok. Good job sayang.

26 Februari 2014.
Last week, pertama kali awak demam. Mungkin nak meringan. Yang bagusnya, dalam pada awak demam, awak tak meragam pun. Siap mulut tak diam menceceh itu ini. Ceria je.

6 Mac 2014. 
Genap 4 bulan usia awak. Mummy & Abi bersyukur sepanjang 4 bulan pertama awak bersama kami, awak tak banyak meragam.

Wahai Sameer permata hati mummy & abi, mummy doakan awak membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh.

Mummy & Abi love you so much Champion.



ni gaya tidur abi. sebijik awak copy paste.

ni masa awak demam. gigih awak nak pegang botol sendiri.

nak pegi kenduri kahwin, mummy dah gatal tangan pakaikan awak baju ni. 

Tuesday, March 4, 2014

rindu taman negara

Sameer cepat besar please. Mummy nak bawa pegi taman negara !!!