Monday, May 21, 2012

Nota Kawin 41 : Button badge dah siap

Salam, hari ni mood excited lebih. selepas menghubungi cik designer kad kawin n button badge sati utk bertanyakan tempahan kad, cik designer bagitau button badge sati dah ready.  ^_^ ohoiiiii eksaited nye saye ni punnnn.. hehe. rasanya haritu baru confirm design, tiba2 dah siap? wahhh... i like u cik designer =)

so ni la hasilnya button badgenye <3 


berikut sati senaraikan nama-nama pada button badge ni. kepada sesiapa yang rasa2, ade namanya disenariakan, boleh datang collect button badge anda di hari bersejarah tersebut


sati n syfq guna design yang sama untuk both majlis di seremban dan jitra. so kuantiti badge side sati ade 150 pcs dan side syfq ade 100pcs. jumlah semua ade 250pcs.
harga yang ditawarkan syee kat kitorang RM325 utk kesemua badge tersebut.
jatuh 1 unit bersamaan RM1.30. termurah setakat yang sati survey beberapa website dan vendor.

kad kawin dah finalize design. hari rabu nak pergi tempah. kepada yang belum submit nama dan alamat, sila berbuat demikian kat link yang ada di sebelah kanan ni. senang nak track n buat head counting untuk kad dan tempahan makanan. ok?

kepada sesiapa yang memerlukan khidmat cik designer yang dah buatkan design dan tempahan badge ni, boleh email kepada beliau Nurul Syahirah @ Syee
email : sheesaysomg@yahoo.com
tq syee..me n syfq love them

nota kaki : untuk pengantin pun ade sebab nak buat kenangan =)

Saturday, May 19, 2012

Nota Kawin 40 : Percaturan hantaran

Salam,

Kalau baca status ade perkataan catur dan hantaran kan? ape yang sati cuba maksudkan pasal catur dan hantaran eh? sati nak bagi catur ke as hantaran? hahaha. mesti lah tak. walaupun itu boleh menjadi barang hantaran (kalau ade yg nak buat la) , sati tak buat la. sbb xreti main catur pun. ehe ape da merapu nih?

kali ni nak berkongsi sikit pasal hantaran. hantaran as in barangan hantaran tau. bukan duit hantaran. bila korang tengok column sebelah kanan masing2, boleh lihat senarai barangan hantaran sati kepada tunang dan barangan tunang kepada sati. kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar jumlah hantaran dalam bilangan yang ganjil, dan pihak perempuan akan membalas hantaran tersebut dalam kiraan + 2 dari jumlah yang dibawa pihak lelaki. betul kan?

soalannya di sini

1) kenapa sati dan tunang punya 7 dulang balas 9 dulang? 
jawapannya : saje je nak banyak2. (boleh?)

2) tak membebankan ke banyak2 barang nak beli n hadiahkan?
jawapannya : kalau ikhlas, xada masalah. (ikhlas ke x sebenarnya ni? haha)

3) kenapa 7dulang balas 9 dulang? kenapa tak 5dulang balas 7 dulang?
jawapannya : kalau tengok dalam senarai barangan tu, hanya 5 item dari setiap pihak sahaja milik pengantin. selebihnya untuk keluarga pengantin. xpercaya? meh go through our list.

:: Dari Syfq ke Sati ::
Syfq hanya menghadiahkan 5 barangan sahaja iaitu tafsir, telekung, jam, handbag, dan kasut

.:sebagai balasan :.

:: Dari Sati ke Syfq ::
Sati pula membalas 5 barangan juga iaitu tafsir, t-shirt, jam, casing ipad dan kasut.

haaa kan dah cakap, sama banyak. yang lain-lain tu semua makanan dan sirih junjung.

Friday, May 18, 2012

Nota Kawin 39 : Panduan berjimat

Salam, tengok tajuk kemain hebat. BERJIMAT katanya. huhu. since dah tak lama nak kawin ni... sati kena la start berjimat. sebab ape? sebab dah tau nanti last minit nak pakai banyak duit. aduiii. ape salah satu langkah penjimatan yang sati lakukan? ini dia... 

ini bekal sati bawa untuk makan tengah hari ke pejabat
yup... ni sandwich je. makan ni untuk lunch boleh membuatkan sati berjimat sebab

1) bahan2 semua amik dari dapur mak. hehehe. terima kasih mak.
2) hal ini boleh mengelakkan sati daripada makan kat kedai
3) elak makan kat kedai bermakna elak mata melilau tengok kedai2 berhampiran. (selalu je ade daya penarik kedai2 ni. xkedai alat tulis kedai tudung. xpun kedai 2 ringgit tu... ya Allah, besarnya godaan)

selain itu, makan sandwich boleh melatih perut sati untuk lebih obedient bila menghadap makanan di masa lain. kalau tak...semua sati nak makan. beringat sebelum kena. penyakit orang kaya-kaya sekarang ni dah ramai orang kena. darah tinggi, kencing manis, sakit jantung tu semua. jum jaga makan. (sebenarnya xde masa eksesais. so jaga makan n banyakkan minum air kosong dan berjalan. berjalan dengan berjalan-jalan lain maknanya ok? hahahaha

oh setakat ni je lah post. tulis pepanjang karang , sati sendiri yang mengantuk nak baca. 

Thursday, May 17, 2012

Nota Kawin 38 : Bekas hantaran

salam kekasih2 hati, gula2ku sekalian (perasan diva ape kau ni sati?), 

hari ahad (13 mei 12) sati, ikut mak & ayah pegi nilai. pusing-pusing kitorang berjaya la beli alas hantaran ni. RM 29.90..buy 1 free 1 (ok, ni english yg salah...it should be 'Buy 1, get 1 Free' Oh My English ala-ala Harun Salim Bachik (HSB)  kat tv tu. maka, jatuh 1 dulang bersamaan RM15 setelah digenapkan. since encik menghantar 9 dulang, sati balas 11 dulang, maka beli la 11 dulang putih ni. sati beli ni kat kedai Wismart. kalau nak cari Wismart , kedai ni menghadap foodcourt yg sesak gila tu. tau ke? alaaa... food court yang ade surau tu... Wismart kat situ la. 
ni alas barang hantaran. nanti dulang ni duk atas dulang tembaga berkaki tu. tapi nak bagi mudah pihak lelaki nak bawak balik. kami sediakan alas ni. so angkut saja la dulang ni bawa balik.. gigih sangat la pulak nak angkut dulang tembaga tu.

over x pegi tempek gambar alas hantaran sati besar gajah cenggini? kitorang beli 3jenis door gift kat wismart ni. selain daripada dulang ni. nanti bila dah start buat door gift, sati buat entry pasal door gift je. sekarang malas sebab semua masih tersusun dengan baik dan manja (manja???) dalam kotak masing2. even ade 1 door gift yang belum amik pun dari kedai tu, nanti sati g amik, sati amik gambar kedai ok? itupun kalau xlupa.

door gift yang masih dalam kotak besau. hihihi. nampak tak tu ade sticker merah? barangan  kaca katanya. sesiapa  yang terserempak dengan kotak ni, jgn g duduk2 atas kotak ni, main panjat2 (bagi kanak2) atau sengaja sepak. haru jadinya nanti.

sebelum pegi wismart ni, sati n mak ayah masuk la 2 kedai lain. 1st kedai perkahwinan Lia. kat sini sati jumpa jar yg bulat n ade few flat face yg sekarang ni feymes org guna untuk doorgift tu. kat kedai Lia ni, harga dia ade 2 je. kurang 500pcs, harga dia 90sen/pc. kalau lebih dari 500pcs, harga dia 79sen/pcs. xkesah la nak beli 3000pcs pun, harga dia still 79sen/pc. apekah? mcm ni pun ade? tapi ni la kedai yang paling murah sati jumpe (tapi tak beli pun jar ni. haha)

ade kedai lain letak harga RM 1.00/pc tapi kalau beli banyak dia kasi 90sen. ade yang boleh bagi harga 80sen kalau beli barang lain berjumlah lebih daripada RM800...apekah??? (sekali lagi) ... xpayah duk apekah apekah aih... survey ja pun. bukan beli jar ni untuk door gift. hahaha. saja nak bagitau. kalau korang nak beli jar tu, pegi cari harga lagi murah. mesti ade punya. tp jar ni kat ikea mahai

ni hah jar yang sati pernah dapat. ok tipu, mak dapat, haha. ayah kata xmuat buh telur ayam dalam ni. telur puyuh boleh la. hahaha. gigih la pulak nak kasi telur puyuh.

nota kaki : door gift sati ade kaler merah, ade biru, ade purple, ade putih, ade gold, ade polkadot, ade hitam...campur2 semua. since xde warna tema, semua pun bolehhh... sapa mai nti dapat la. ikut rezeki masing2 ok?

Monday, May 7, 2012

Nota Kawin 37 : Cincin untuk encik tunang dah beli

Yeay.. cincin untuk yang tersayang dah beli.
itu pun beli secara tak dirancang. mulanya nak beli KFC kat carrefour.
pastu sementara tunggu order siap, kitorang menyinggah kat poh kong.
pilih pilih (xbanyak pun choices) akhirnya dapat cincin untuk si dia.
cincin silver yang simple. alhamdulillah encik tunang tak memilih or demand. 

smug ^_______________________^ i love u

Nota Kawin 36 : Aino & Hisham

Salam, sati lately busy (my life is based on a true 'busy' story) . dalam sehari rasanya ade lebih 100 kali sati kata sati busy. sambil mengenang nasib yang busy (again?!!) ini haha. tapi update blog. kata busy sangat. ni nak release tension sket lah. nak release penat selepas berhempas(lah sangat) untuk kenduri kahwin kezen yang cantik ini. tahniah kezen ku. i adore u dengan kegigihan u menjadikan impian perkahwinan sekali seumur hidup menjadi kenyataan.
ni sedikit gambar dari henfon sati n aunty mastura. terpaksa cedok cedok. nasib la. nak gambar cantik... tunggu la kuar official video n photonye...

short brief berkenaan wedding cousin sati

:: Nama pasangan ::
Ainoor & Hisham

:: Tarikh :: 
Nikah 4 Mei 2012
Resepsi 5 Mei 2012
Bertandang 12 Mei 2012 (tiada gambar)

:: Attire & Make up ::

:: Pelamin & Pelamin mini ::

:: Hantaran :: 
Inspirasi Cinta

:: Meja Makan Beradab ::
Inspirasi Cinta

:: Cinematography & Photography ::


Pelamin dan pelamin mini by Inspirasi Cinta
Jubah nikah dan make up by Sheila Mohamad
baju resepsi & make up by sheila mohamad (love the dress and the hand bouquet)
baju resepsi & make up by sheila mohamad
(yg baju belang tu makngah
yang sati kidnap gambar2 resepsi ni.
sebab masa resepsi, sati bertugas so kena harapkan gambar dari orang lain)

photobooth and guest book

Hantaran by Inspirasi Cinta
Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja
Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja

Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja

Dessert buffet by Sati, Jannah & Pooja

Yes, sati tolong buat dessert buffet tu. xlawa... memang diakui. tapi sedap dimakan. budak2 berkerumun kat situ. bapak budak pun sama. huhu. tapi sayang, sati dapat makan m&m's je.lain tu tinggal habuk. love letters dapat jugak, tapi dari dalam tin nye lah. setelah berjaya dibawa lari tin tersebut. It was fun preparing the feast. nak buat untuk wedding sendiri la nanti =))

fakta :: Lepas majlis akad nikah Aino n Hisham, Sati n Ina (my sis) pun buat video wish utk pasangan bahagia tersebut. boleh abg pixelworks tu kata suara sati macam doremon =_=' kelakar sangat ke suara aku neh?? adoiyaii... nasib baik encik tunang kata comel. nak ambik hati lettew ! hahaha.

Sunday, April 29, 2012

Nota Kawin 35 : Mohor Besar Raja Sehari

Raja adelah sinonim dengan COP MOHOR. kan? so sempena nak jadi raja 2 hari ni, sati dah beli cop mohor versi kitorang punya. haha. sebenarnya terjumpa ni kat Groupon. maka beli la. so sesapa mendapat anything yang ade cop ni, tahniah la. anda la penerima bertuah pingat merah (selalunya guna lilin merah utk lakri tu) daripada kami berdua

gambar atas :: ni la rupa cop tersebut kecik je.


gambar atas :: ni merupakan testing 1,2,3 yang mengguna lilin blackout biasa yang terdapat kat rumah tu. sati belum beli bendealah lakri warna merah tu. nanti la sati g beli bila nak guna. hehe (malas nak kuar g kedai. nanti takut ter-over spend)

seperti yang korang nampak (walaupun xberapa nak jelas sangat) Cop ni hanya terdiri daripada 1 huruf iaitu 'S' san corak2 sikit. kenapa sati pilih S? sebab S tu untuk nama tunang soon-to-be my husband. S juga nama panggilan sati lately.... SSSSSSati... get it? hihi.. S jugak huruf pangkal nama ayah. so buleh la tu. Alasan universal yang terlintas dikepala sati sewaktu membeli cop ini


nota kaki :: pada sesiapa yang nak pinjam cop huruf S (sahaja yg ade) selepas majlis kitorang September nanti, boleh bagi tau ok? =)

Nota Kawin 34 : From Stick Figure to Cartoon

salam, harini rajin sikit nak update nota. 
sebab ape? sebab semalam dah dapat my cartoon character for my wedding. 
sebenarnya minta kawan buatkan stick figure untuk letak dalam guestbook. 
tapi last2 jadi lain. dia lukis cartoon yg comel teramat. 
so sedang menimbang-nimbang untuk guna kat TQ tag jugak. 
tgk macam mana. hihi. ni la design yg dapat semalam.





gambar atas :: ni gambar asal dari cik Hanis 'Shawn' Diyana

gambar atas :: ni gambar yang telah ditrace semula. sebab nak dptkan 3 stripes kat bahu tu.
gambar atas :: gabar asal dari cik Hanis 'Shawn' Diyana


gamabr atas :: ni lepas resize n print dan tampal atas art card.
nk buat TQ tag. comel ke eh?

akan improvise lagi kegunaan cartoon character ini. tunggu la end productnye nti

Monday, April 23, 2012

Nota Kawin 33 : Vendor Kad Kahwin

Salam,

Agak lama tak update blog. sebabnya, xde persiapan sangat. haritu menunggu design kad kawin n stick figure untuk guestbook. last thursday dah dapat design card from my friend. dia yang bertanggungjawab utk design my wedding card, tq tag n button badge.

bila kawan dah bagi design (belum final editing) untuk i bawak jumpa printer, i pun dengan joyahnye pegi jumpa 2 printer@tukang print yang pernah berurusan dengan office i. mereka adelah Vendor 1 dan Vendor 2. Both vendors adelah melayu. dengan harapan nak tolong bangsa sendiri.

Mula-mula i g jumpa vendor 1. kebetulan i lalu depan kedai dia lepas balik dari buat valuation kat site yang i jaga. kitorang duk borak2. dia kata dia akan minta quotation daripada her printer. sbb dia pun buat design je. ok xpe lah. since my dad dah kenal dia lama, i said ok, i tunggu her quotation. tp yang kelakarnye, boleh Vendor 1 ni panggil i 'NURUL'. dia duk nurul nurul nurul sepanjang discuss tu. i xnak la bagitau nama i sebenarnya bukan nurul. takut dia malu. =p kalau ade rezeki, nti dia tgk kad, xde nurul, dia tau lah. hehe.

So friday pulak i call Vendor 2. Vendor dua ni mmg printer yang ade machine semua. quite big la dia punya production house. dia punya staff yang entertain customer pun ade 3 orang. nampak macam sibuk. Vendor 2 ni buatkan office punya letterhead. i tau service diaorang mcm lambat skit dengan alasan ikut queue customer. ok fine lah. i tanya awal2. (sebenrnya pernah bertekak sebab letterhead diorang buat smpai lambat gila. kitorang terpaksa photostat letterhead lama untuk guna) tapi duk fikir nak tolong bangsa sendiri, i tanya jugak.

i tunjuk la design yang kawan dah buat tu. simple design. embossed card with no inlay. cream or pearl colour. black letterings. simple je description yang diberi. tau staff yang entertain i jawab ape?

1) design ni xboleh buat sbb kalau diorang embos, nti takleh print yang dalam tu kasi cantik.
(wei hello, ko print dlu, pastu emboss la. bukan the other way around. ni Vendor 1 bagitau caranya)

2) i terangkan method print-then-emboss tu kat PIC tu. lepas tu dia cakap, sini xbuat method tu. kalau nak jugak, pegi la cari kat KL!. (wehhh... ko ni nak bisnes ke x? suh customer gi cari tempat lain pulak. dah la cara cakap mcm kurang ajar. panas je hati)

3) i dengan lembut hati nya tanya, kalau card emboss dalam letak inlay tu, boleh ke? nak mudah kerja. she said boleh! haa.. belasah je lah. dia pulak dk suggest suh tukar2 design card. heyh.. mcm2 hal.

4)since dah lembut hati, i tanya la price dia mcm mana? nak quote untuk 700pcs untuk jemputam side perempuan, 500pcs untuk jemputan side lelaki atau 1200pcs untuk combined card (dengan harapan 1200 cards lebih murah) tau dia jawab ape?

i-500pcs card : RM2.80/pc
ii-700pcs card : RM2.80/pc
ii-1200pcs card : RM2.80/pc

hahaha...i x copy paste harga di atas. memang itu la harga yang dia quote. xkesar berapa keping card pun, harganya fixed. ape ke bongoknya i rasa time tu. mcm ni ke buat bisnes? oh ye, lupa nak bagitau, hrga yang dia quote tu tak masuk sampul card. kalau nak sampul card, dia charge 1 box (isi 500pcs sampul kosong) harga RM 70. so kalau card 1200, i kena beli 2box at least. weihhh.. come on la. sampul slalu org dah include in harga card. tu siap printed punya sampul. sakit jiwa sakit jiwa sakit jiwa. mcm ni ke nak bisnes? mmg susah la.

5) PIC terebut offer 1pc bunting kawin for free kalau i tempah dengan company diorang. oh no thank you! xteringin bunting tu. buat ape bunting free kalau harga yang korang quote dah mahal mcm haram. benci betul dengan dia offer free bunting tu. kalau bagi 7, boleh jugak consider sebab harga ko mahal gila ok!

oleh kerana tak puaas hati tu, i senyum xikhlas n minta diri untuk balik. mcm sampah je printer yang satu ni.

p/s: sape nak cari kad kawin kat seremban, sila berhati2 dengan vendor yang no 2 ni. production house dia kat senawang.

misi mencari printer kad kawin masih diteruskan !

Thursday, April 5, 2012

Nota Kawin 32 : Rambang mata

Salam, korang, jum tolong sati pilih. yang mana cantik untuk jubah nikah?





A



B



C


D


E



F



Monday, March 26, 2012

Nota Kawin 31 : Layout Khemah

Seremban, 26 Mac - Assalam. korang boleh baca ke layout sati ni? ni 1st round discussion untuk layout khemah. jalan rumah sati L-Shape. Kepada sesiapa yang mata diorang macam mata helang dan boleh baca tulisan2 dalam gambar di atas, tahniah. vision anda 20/20 =)

jom kita tengok 1 demi 1 fungsi khemah. sila gambarkan dalam kepala masing2 sebab sati xboleh lukis gambar yang detail habis. wording sungguh tak muat dalam boxes itu semua.

K1 - Khemah reception

Di khemah ini ayah pengantin (Sanusi Yunus) dan emak pengantin (Robiah Abu Bakar) akan sambut tetamu bersama 4 pasangan yang lain. mereka terdiri daripada
-paklong Zainal & maklong Aida (side ayah)
-paklong Saiful & maklong Rashidah (side emak)
-paklong Kuddus dan Makngah Rozitawati (side ayah)
-pakngah Ujang dan makngah Shimah (side emak)

Di khemah ini juga akan diletakkan door gift (sila dapatkan semasa anda hendak pulang). Juga terdapat guestbook corner (please sign in)
Host untuk guestbook, door gift dan Berkat ialah Ilyana, Adila dan Izrin
Photographer bertugas ialah Baby

Selain itu, akan ditempatkan di khemah ni sekumpulan usher n usherette. mereka akan mengiringi tetamu dari reception area ke khemah yang dirasakan bersesuaian.

K2 - Khemah photo station

Khemah photostation ni ada pelamin bergambar. Selepas pengantin makan, pengantin akan tunggu di photostation untuk bermesra dengan tetamu. selain bermesra, para tetamu juga diminta mengabadikan kenangan bersama pengantin. Sati letakkan 2 orang photographer kacak untuk jaga station ini iaitu Izzarul dan Aiman

So para tetamu yang diraikan sekalian, sila menjamu selera, dapatkan dessert or tea kalian di khemah yang tersedia dan sebelum pulang, kami (pengantin) akan menunggu anda di sini. sati tau ada yang datang dari jauh untuk hadir majlis ni. rugi rasanya kalau tak jumpa pengantin & ambik gambar kan? haa... sati tunggu korang kat sini tau.

K3, K4, K5, K8, K9 & K10 - Khemah makan

Semasa makan beradab, family encik syfq akan duduk di khemah K8, K9 dan K10. setiap meja akan ada 2 orang wakil family sati untuk makan bersama. wakil family sati akan entertain family encik syfq semasa makan. meaning, untuk meja 10 orang, 8 orang dari rombongan syfq, 2 orang dari keluarga sati.

keluarga sati yang selebihnya akan makan di khemah K3, K4 dan K5. semua ahli keluarga diminta untuk makan awal, selepas majlis akad nikah berlangsung. Sebab kalau kalian tak makan masa ni, mesti lapar waktu majlis berlangsung sampai ke petang.

Setiap khemah juga telah ditetapkan 2 orang host.
K3 - Pak lang Joe & Pak lang Azmi
K4 - Pak ngah Khalid & Mak ngah Ijah
K5 - Pak tam Ahmad & Pak che Alias
K8 - Pak Uda Azizi & Mak Uda Ain
K9 - Pak Anjang Samsol & Mak Anjang Effa
K10 - Pak Cu Hairul & Mak Cu Dila

Tugas Host adalah
-menerima tetamu daripada usher dan usherette
-mempastikan semua tetamu yang dihantar ke khemah mereka mendapat tempat, makan dan minum serta layanan yang sebaik mungkin.
-Host diminta untuk bertegur sapa dengan tetamu
-meminta pekerja katering menghidangkan makanan dengan secukupnya.
-memaklumkan kepada tetamu supaya mendapatkan dessert atau tea (atau kedua-duanya) setelah makan
-memaklumkan kepada tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga bahawa waris tua berada di kawasan porch rumah sekiranya mereka ingin bertanya khabar
-mengingatkan tetamu supaya bertemu dan bergambar kenangan dengan pengantin sebelum balik.

K6 - khemah penyambung dari rumah ke kawasan makan tetamu (bagi menyediakan laluan teduh sekiranya hujan)

K7- Meja Makan Pengantin
Host - Uncle Zamri (Wedding Planner), induk Siti & Ateh Rozainor (Floor Manager)

K11 dan K12 - Khemah minum panas

Host - Pak Cik Mahudi & Mak Cik Yana
untuk tugas host sila lihat job description di atas
di khemah ini disediakan kerusi dan meja untuk ahli keluarga dan tetamu yang ingin bersantai minum teh atau kopi sambil menikmati kuih tradisional.

K13 - Khemah penyediaan minuman panas

Sekumpulan ahli keluarga pengantin akan ditempatkan di sini untuk menyediakan kuih tradisional disamping turut memeriahkan kawasan rehat.

Kotak Pink Kecil (2 nos) adalah porch rumah.

di sini ditempatkan waris tua keluarga pengantin. semua datuk dan nenek pengantin akan duduk di kawasan ini, menerima tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga. waris tua juga akan dihidang makanan dikawasan porch ini.

Host Kotak Pink Kecil ialah Mak Lang Roha & Mak Lang Mastura
Job description sama seperti host lain tetapi lebih tertumpu kepada Ahli Waris
Kotak Peach Kecil (2 nos) merupakan khemah candy corner dan khemah dessert.

Host bagi Candy Corner ialah Mona, Sakinah, Adila dan Izrin
Host bagi Dessert Corner ialah Abang Yuza dan Zharif

Senarai Usher dan Usherette adelah seperti berikut :-

-Irrina , Haziq, Hanif, Harith (adik pengantin)
-Ainoor dan suami
-Amirul Azam dan isteri
-Diha dan suami
-Najmi
-Jannah
-Mahfuzah
-Aiman dan Aizat

Akan terdapat penyenaraian nama akhir untuk kerja-kerja seperti Co-host, Usher dari reception ke kereta (sekiranya terdapat faktor cuaca hujan), Backup caterer, Runner, Babysitter dan lain-lain.

Saturday, March 24, 2012

Nota Kawin 30 : Wishlist wedding present

hello gorgeous,

selalunya sati tinggalkan note untuk diri sendiri. kali ni nak tinggalkan note untuk tatapan orang lain. hahaha. get ready untuk baca wishlist sati. sape rasa dia nak memenuhi wish list ni, bagitau sati ok? boleh sati potong dengan harapan orang lain tak bagi benda yang sama. kalau ikutkan memang muka tak malu. tapi ni cadangan hadiah yang korang boleh bagi. kalau tak nak bagi hadiah, korang doakan kebahagiaan sati pun sudah cukup =)


drum roll.... here goes my list

1. lesung batu saiz sederhana
2. dulang
3. tupperware
4. set sudu
5. toaster (yang ni paling berangan)
6. iron
7.iron board
8. hanger baju (kasi banyak lagi sati suke)
9. kole
10. electric kettle
11. alas kaki
12. slipper dalam rumah
13. gelas ikea (kalau ramai2 beli, matching la gelas i. hahaha)
14. table runner
15. set pisau
16. bolster
17. biji benih sayur
18. set cadar dan sarung bantal (super single + queen)
19. towel pelbagai saiz
20. penyepit baju
21. set pinggan mangkuk
22. lilin emergency blackout
23. bbq set
24. chopping board
25. sticky album
26. blender biasa
27. peralatan buat kek
28. sudip dan segala adik beradiknya
29. pisau besar yang gabak tu (senang siang ikan)
30. selimut menonton tv

ni je yang mampu fikir.(ni je? gila kau sati! dah berapa puluh yg ade dalam wishlist kau ni? gilo apo) sebab duduk rumah tumpangan yang fully furnish ni susah sikit nak masuk barang2 baru. so kne improvise je. kepada encik syfq, sati nak microwave + convection oven. supaya sati senang masak makanan yang sehat2 untuk encik syfq nanti. sekian dari sati.



Thursday, March 22, 2012

Nota Kawin 29 : Button badges

Seremban, 22 Mac - Hari ni nak note kat diri sendiri pasal button badges sempena majlis nanti. design sudah disediakan oleh cik Syee, a friend of mine. Syee ni seorang stewardess MAS. Shes pretty and her work pun secantik tuannya. thats the reason sati minta Syee designkan my button badge, wedding card and thank you tag.

Sati senang berurusan dengan Syee sebab dia always get back to me untuk tau pasal the design. so senang la sati nak reffer dengan family. thru bbm je. dia sangat excited buatkan design. eventho wedding nye masih jauh. 5 months to go kan? but still dia dah mula design. here are few of her artwork. sati berkenan dengan all three. tapi tak tau nak yang mana satu. shud i take all of them? nak ke button badge maker tu buatkan semua design n still give me the same price? yg itu nak kena tanya semula. (ni tamak punya pasal la ni. bajet ke mana, nafsu yang ko utamakan kan issati!!!. xsenonoh)


Design A by Syee


Design B by Syee


Design C by Syee


So what do you think? nak pilih mana ni? semua pun sati suka. oh, please ignore the wordings sebab yg tu belum finalize but yes, semua wording akan tulis dalam bahasa melayu kecuali 'OFFICIAL VIDEOGRAPHER' sebab tak tau dalam bahasa melayu ape terjemahannya. sape sini tau? boleh share skit?

Tuesday, March 20, 2012

Nota Kawin 28 : Habib Sale

16 Mac 12 - Sati terbaca kat group FB NCOL yang Habib Ampang buat sale sampai 70% dari 16 - 18 Mac. So, dengan joyahnya sati pujuk Encik Syfq untuk pegi Habib Ampang hari Ahad 18 Mac tu. since 18 Mac tu beliau berkelapangan, beliau turutkan saja kejoyahan tunang beliau yg joyah ini untuk ke Habib (berapa banyak joyah daaaa).

18 Mac 12 -Kalau dah namanya last day, korang boleh bayangkan la ape je yang tinggal. Lepas makan kat Ampang Point, kitorang menapak masuk ke dalam Habib. Dan dan tu jugak hujan turun mencurah-curah. tengok punya tengok punya tengok, ade 2 bentuk cincin je yang encik syfq n sati berkenan. Tapi both tak ade saiz sati. sati punya jari saiz 11. sedih. Elok-elok kitorang nak keluar, hujan dah berhenti. Alhamdulillah. i take it as a good sign. bukan rezeki di sini tapi ade di tempat lain.

Dari Ampang kami menapak ke Sunway pyramid. untuk makan aiskrim sambil survey barang hantaran. tunang berjaya merembat sehelai Baju untuk dijadikan barang hantaran. xplan ape pun. main beli je. kitorang tak nak la particular sangat bab barang hantaran ni. ape ade n berkenan, beli saja! tak pening. senang kerja juga.

Keluar dari Sunway pyramid, tunang tanya kat mana lagi ade Habib Jewels punya showroom? sati cakap la kat Alamanda ade sale last day. we can try our luck there. kalau ade rezeki, adelah. So dengan cekap, pantas dan lajunya encik Syfq speed up pegi Alamanda. almaklumlah ni territory dia. dia tau jalan mana tak sesak ditambah pulak dengan kelajuan kereta yang mengagumkan sati (ehehehe), kami selamat sampai ke Alamanda.

sampai je kat alamanda, kami terus terjah ke Habib dengan joyahnya .kami telah dilayan mesra oleh kak rosita, branch manager Habib Alamanda. cincin 2 bentuk yang kami berkenan kat ampang tadi pun xde kat Alamanda. sedihnya.

Nak dijadikan cerita kak rosita tunjukkan kami cincin batu yang menarik. yang sesuai dijadikan cincin kahwin. (mataku bersinar2) hehehe. setelah diberi briefing itu ini, encik syfq bersetuju nak belikan sati cincin tu. maka pilih punya pilih band, sati n encik syfq sepakat amik batu + band 3 claw. buka bill, n encik syfq pun bayar. mengikut janji kak rosita, setelah cincin tu siap diikat pada band dia, wakil dia akan call untuk remind sati untuk datang collect.

Guess what?!!! tengah hari tadi sati dah dapat call tersebut. i am going to collect our wedding band today. terujanya hati =) alhamdulillah cincin kami sudah ada. terima kasih encik syfq. sati heart you. bukan sebab encik syfq bagi sati cincin tu, sati heart encik syfq sebab bagi sati peluang untuk sayang dan disayangi encik syfq. jiwang sangat lak aihhhhh (joyah sungguh)

nota kaki : gambar cincin hanya akan dimuatnaik setelah majlis selesai. sekian! hihihi.





Nota Kawin 27 : Ipod Yang Hilang

Seremban - Sati tertinggal ipod touch milik encik syfq kat kfc carrefour rahang. masa tu lunch jumaat yang panjang. so bersapau la sati duk situ. makan tak la banyak mana. tak habis pun. tapi sebab dapat duk meja bulat berkusyen empuk tu, malas pulak nak balik even dah tak boleh nak makan. lepas dah agak2 panas kerusi empuk tu, sati pun balik office.

sampai office tu, sati menyinggah kat cubic admin. borak punya borak punya borak, sati pun g sambung kerja. tiba-tiba, sati perasan ipod dah takde. jeng jeng jeng. mana ni? selongkar beg besau gabak tu tak jumpa. kuarkan semua barang pun xde jugek. hadoi. carik2 kat cubic sati xde. cari kat admin takde. dalam kereta pun xde, mengonggeng kot nak cari dalam vitara tu. kot-kot la terjatuh kat bawah seat. confirm takde. aduiii...rasa nak nangis dah ni. habis la encik syafiq marah la ni sebab cuai (kata hati)

lepas borak dengan boss @ ayah (konon nak sejukkan hati) sati berkeputusan nak pegi balik kat kfc tu. dah pasrah sangat tak dapat balik ipod tu. tp gagahkan jugak pegi menanya. guess what?!!!

SATI DAPAT SEMULA IPOD SATI !! YEAY !!

terima kasih staff KFC carrefour rahang. alhamdulillah, masih ramai yang jujur di Bumi Allah ini. sorry sati tak bagi apa2 penghargaan kat korang. (duit tinggal 10hengget ke xsampai 10 hengget pun dalam purse lepas makan kfc tgh hari tu) Semoga Allah membalas kejujuran korang.

Thursday, March 8, 2012

Nota Kawin 26 : SALE at EZCLO




Salam,
sati just nak bagitau yang sekarang telah bermula SALE besar-besaran di EZCLO COLLECTION.
Please refer album MEGA STOCK CLEARANCE <-- klik sini.
ini merupakan Batch yang pertama masuk ke dalam album, more to come. Untuk item selain dari pada album MEGA STOCK CLEARANCE, boleh contact sati personally untuk dapatkan special price.


email : izzatisanusi@gmail.com
sms : 019-3269573
fb : www.facebook.com/izzati.san/






Monday, March 5, 2012

Nota Kawin 25 : Official Photographer Seremban

Salam, berapa lama tak update nota?
banyak hari dah sati yg pemalas cap ayam kampung ni
membiarkan blog bersarang
sarang ape? saranghae LOL. lempang diri sendiri!

sebelum ni sati tak berazam nak ade OP untuk majlis sati
sebab rata-rata harga yg ditawarkan, membuatkan poket sati sesak.
dengan entahapekebenda yang diorang offer
tapi lepas meng-google entah brapa puluh vendor,
(sebenarnya cari OP untuk kedah)
sati terjumpa Pratchaitouch Photography punya quotation
kat dalam email yang masuk (setelah berhari2)
tengok nama macam siam habis
tapi beroperasi di USJ

email...punya email... punya email...akhirnya!
sati dapat harga yang mampu bayar!
LOL...misekin betui la aku ni heyyh.
asalnya minta shoot n burn
tapi disebabkan abang Izham dan isteri rajin melayan email sati yang ade nak masuk 28email keluar masuk tu, sati jadi senang hati nak mendapatkan perkhidmatan mereka
tadi jumpe pun mereka sangat ramah
so sesapa yang masih mencari OP,
sati promote korang g kat Pratchai

service dalam promo yang sati dapat
(tak tau valid smpai bila promo ni)
sangat menyejukkan hati sati (n hopefully hati tunang jugak)
*sesiapa yang nak tengok quotation packages dari pratchai ni,
boleh email sati kat izzatisanusi@gmail.com

this is what i originally asked
SHOOT N BURN ONLY !

tp ni hasil lepas discuss petang tadi
*custom album 8x12,
*OP cover dari makeup, nikah n majlis kenduri sampai petang
*khas OP perempuan untuk makeup (tiada charge extra)
*post wedding photo shoot menggantikan outdoor photo shoot.
*hati sati berbunga-bunga (yg ni bukan dlm package, ni kesan khas hasil daripada persetujuan yang dicapai petang tadi)
sebab abang OP n wifey quote less than 1k.
less than 1k tu including mileage tau!!!
hehehehehehehe. (malam ni tido tersengih la nampaknye)

ok 1st deposit dah bayar tadi
2nd n 3rd seperti yang dijanjikan
2nd masa final draft
(hopefully sekali je draft dah boleh finalkan)
3rd masa dapat album n DVD
yeay... dengan syarat tersebut,
sati boleh la reserve duit gaji masa lepas kawin
lega. phewww!!
*sebab ade OP yang nak bayaran 70% sebelum majlis
mana nak cekau duit cepat2?
duit hujung2 lepas kawin punya reserve untuk OP dan OV lah.


ni antara gambar yg dicedok dari pratchaitouch





sati berharap gmbar cantik
(encik OP sila la buat cmne pun kasi sati cantik)
org xpernah cantik mengharap tinggi ni

Tuesday, February 28, 2012

Nota Kawin 24 : This is me

Tadi blogwalking ke miss Deby
terbaca post pasal 'Get to know yourself'
so tangan yang gatal ini pun gi click click click kat test tu
n here are the results.
damn, mmg sama la *muka terkejut*
this is issati

Your view on yourself:

You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Nota Kawin 23 : Bridesmaid macam mana dan siapa?


Salam,
lama tak update nota. banyak tuntutan kerja sebenarnya.
(semalam balik kerja pukul 3 pagi kau)


setelah brainstorming dengan family (yg xberapa nak storm mana pun sebenarnya), sati dah berkeputusan nak memakai niqab masa nikah sambil ditemani 12 org dayang-dayang (1 pengapit, 11 gadis dulang) yg berjubah dan berniqab jugak. rough idea is to ask them girls untuk pakai jubah hitam since sati akan pakai jubah putih (sponsored by darling sister) n sati akan provide diorang dengan purdah@niqab yang ala2 gini. korang rasa ok x? (ok kan aje laaa)


picture credit to : http://dressesandclothes.com
korang mesti teruja tgk gambar kat atas ni kan?
(cakap je la teruja nak amik hati sati ni ha)
cantiknye la perempuan...

mereka2 yang menemani sati ni adelah terdiri daripada mereka-mereka yang tersebut. tak ada petik nama ok! tunggu sampai dapat confirmation daripada diorang. cukup je 1+11 ni, sati reveal nama2 diorang kat nota yang lain.

generally they are :

2 of my darling sisters
2 of my cute cousins
2 high school hearts
2 usm angels
2 ncolians
2 awesome best friend of mine

tunggu next next next note (entah bila) on bridesmaid n maid of honour.
baru sati kasi tau nama diorang.

p/s : cik kezen dah volunteer nak makeupkan sesiapa yang perlukan pertolongan x? please say yes. oh please please please. tapi sati rasa semua yang sati pilih ni boleh buat smokey eyes. my numero uno criteria untuk my 1+11 sweethearts. sila bawa eyelash curler masing2 n mascara lentik panjang tak hengat. kalau takde, pakai la ape yang ade. sharing is caring kan?

Saturday, February 25, 2012

Nota Kawin 22 : Buku panduan

salam, ini lah kenyataan.
atas meja sati bersepah. tp nak tunjukkan kat korang semua
sati ade few buku2 ringan yang nak diberi kepada b2b yg dan nak menikah.
hueh hueh hueh. yg dah kawin pun boleh.

setelah sati fikir2 balik, sati dah ade 2 org b2b yg nak menikah bulan 3 ni yg sati nak bagi salahsatu dari buku2 kecik ni.
mereka adelah liza (nur haliza mohd ali, ampang)
dan nurul aimi yusoff (honey sakura). saja x letak link diorang kat sini.
xpe. kepada kalian ber2 insyaallah buku ni sampai kat tangan korang.
baca jgn x baca!

1 buku nak kasi kat encik S.
harapnya S baca la buku tu. rasa2 tau x buku yang mana?
hihihi... Suami idaman yang menyejukkan hati isteri laaaaaaa

Monday, February 20, 2012

Nota Kawin 21 : Carrot cake

kita mulakan kelas meng-copy-paste resepi pada hari ini dengan lafaz Bismillah.
resepi pilihan adelah carrot cake yg sehat lagi mudah disediakan.
instant mode ON !

bahan2nye adelah seperti berikut :
carrot 2 batang (pilih yg besau tau) di blend
tepung kek naik sendiri 2 1/2 cup
minyak sayuran 1 1/4 cup
gula 2 cup (sati guna 1 1/2 sbb xmau manis)
telur 3 bijiks
1 1/2 cup walnut atau sebarang kekacang yg dicincang dan dipanggang
esen vanila 2 sudu teh
cuka epal 2 sudu teh (boleh tukar dengan perahan lemon 2 sudu besar)

nota : kalau nak rasa lebih carrot, cincang carrot tu.. kalau blend dinasihatkan perah keluar air yg berlebih2 tu. kalau tak, nti korang kena guna banyak tepung. if x, kek korang lembab sangat.

cara2 membuatnye :
--pre heat oven pada suhu 180darjah celcius--

a) campur semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
guna sudu je pun buleh. xpayah pukul pun bahan2 tu.
b) rasa bancuhan korang sehingga la mencapai taste yg korang mau.
i.e. lebih kacang or lebih manis
c) sapu kan minyak atau butter pada loyang (sati guna loyang agar2 yg tinggi 1 inci tu)
d) bakar pada suhu 180darjah celcius selama 40 minit.
e) SIAP !!! jom makan