Monday, March 26, 2012

Nota Kawin 31 : Layout Khemah

Seremban, 26 Mac - Assalam. korang boleh baca ke layout sati ni? ni 1st round discussion untuk layout khemah. jalan rumah sati L-Shape. Kepada sesiapa yang mata diorang macam mata helang dan boleh baca tulisan2 dalam gambar di atas, tahniah. vision anda 20/20 =)

jom kita tengok 1 demi 1 fungsi khemah. sila gambarkan dalam kepala masing2 sebab sati xboleh lukis gambar yang detail habis. wording sungguh tak muat dalam boxes itu semua.

K1 - Khemah reception

Di khemah ini ayah pengantin (Sanusi Yunus) dan emak pengantin (Robiah Abu Bakar) akan sambut tetamu bersama 4 pasangan yang lain. mereka terdiri daripada
-paklong Zainal & maklong Aida (side ayah)
-paklong Saiful & maklong Rashidah (side emak)
-paklong Kuddus dan Makngah Rozitawati (side ayah)
-pakngah Ujang dan makngah Shimah (side emak)

Di khemah ini juga akan diletakkan door gift (sila dapatkan semasa anda hendak pulang). Juga terdapat guestbook corner (please sign in)
Host untuk guestbook, door gift dan Berkat ialah Ilyana, Adila dan Izrin
Photographer bertugas ialah Baby

Selain itu, akan ditempatkan di khemah ni sekumpulan usher n usherette. mereka akan mengiringi tetamu dari reception area ke khemah yang dirasakan bersesuaian.

K2 - Khemah photo station

Khemah photostation ni ada pelamin bergambar. Selepas pengantin makan, pengantin akan tunggu di photostation untuk bermesra dengan tetamu. selain bermesra, para tetamu juga diminta mengabadikan kenangan bersama pengantin. Sati letakkan 2 orang photographer kacak untuk jaga station ini iaitu Izzarul dan Aiman

So para tetamu yang diraikan sekalian, sila menjamu selera, dapatkan dessert or tea kalian di khemah yang tersedia dan sebelum pulang, kami (pengantin) akan menunggu anda di sini. sati tau ada yang datang dari jauh untuk hadir majlis ni. rugi rasanya kalau tak jumpa pengantin & ambik gambar kan? haa... sati tunggu korang kat sini tau.

K3, K4, K5, K8, K9 & K10 - Khemah makan

Semasa makan beradab, family encik syfq akan duduk di khemah K8, K9 dan K10. setiap meja akan ada 2 orang wakil family sati untuk makan bersama. wakil family sati akan entertain family encik syfq semasa makan. meaning, untuk meja 10 orang, 8 orang dari rombongan syfq, 2 orang dari keluarga sati.

keluarga sati yang selebihnya akan makan di khemah K3, K4 dan K5. semua ahli keluarga diminta untuk makan awal, selepas majlis akad nikah berlangsung. Sebab kalau kalian tak makan masa ni, mesti lapar waktu majlis berlangsung sampai ke petang.

Setiap khemah juga telah ditetapkan 2 orang host.
K3 - Pak lang Joe & Pak lang Azmi
K4 - Pak ngah Khalid & Mak ngah Ijah
K5 - Pak tam Ahmad & Pak che Alias
K8 - Pak Uda Azizi & Mak Uda Ain
K9 - Pak Anjang Samsol & Mak Anjang Effa
K10 - Pak Cu Hairul & Mak Cu Dila

Tugas Host adalah
-menerima tetamu daripada usher dan usherette
-mempastikan semua tetamu yang dihantar ke khemah mereka mendapat tempat, makan dan minum serta layanan yang sebaik mungkin.
-Host diminta untuk bertegur sapa dengan tetamu
-meminta pekerja katering menghidangkan makanan dengan secukupnya.
-memaklumkan kepada tetamu supaya mendapatkan dessert atau tea (atau kedua-duanya) setelah makan
-memaklumkan kepada tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga bahawa waris tua berada di kawasan porch rumah sekiranya mereka ingin bertanya khabar
-mengingatkan tetamu supaya bertemu dan bergambar kenangan dengan pengantin sebelum balik.

K6 - khemah penyambung dari rumah ke kawasan makan tetamu (bagi menyediakan laluan teduh sekiranya hujan)

K7- Meja Makan Pengantin
Host - Uncle Zamri (Wedding Planner), induk Siti & Ateh Rozainor (Floor Manager)

K11 dan K12 - Khemah minum panas

Host - Pak Cik Mahudi & Mak Cik Yana
untuk tugas host sila lihat job description di atas
di khemah ini disediakan kerusi dan meja untuk ahli keluarga dan tetamu yang ingin bersantai minum teh atau kopi sambil menikmati kuih tradisional.

K13 - Khemah penyediaan minuman panas

Sekumpulan ahli keluarga pengantin akan ditempatkan di sini untuk menyediakan kuih tradisional disamping turut memeriahkan kawasan rehat.

Kotak Pink Kecil (2 nos) adalah porch rumah.

di sini ditempatkan waris tua keluarga pengantin. semua datuk dan nenek pengantin akan duduk di kawasan ini, menerima tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga. waris tua juga akan dihidang makanan dikawasan porch ini.

Host Kotak Pink Kecil ialah Mak Lang Roha & Mak Lang Mastura
Job description sama seperti host lain tetapi lebih tertumpu kepada Ahli Waris
Kotak Peach Kecil (2 nos) merupakan khemah candy corner dan khemah dessert.

Host bagi Candy Corner ialah Mona, Sakinah, Adila dan Izrin
Host bagi Dessert Corner ialah Abang Yuza dan Zharif

Senarai Usher dan Usherette adelah seperti berikut :-

-Irrina , Haziq, Hanif, Harith (adik pengantin)
-Ainoor dan suami
-Amirul Azam dan isteri
-Diha dan suami
-Najmi
-Jannah
-Mahfuzah
-Aiman dan Aizat

Akan terdapat penyenaraian nama akhir untuk kerja-kerja seperti Co-host, Usher dari reception ke kereta (sekiranya terdapat faktor cuaca hujan), Backup caterer, Runner, Babysitter dan lain-lain.

2 comments:

  1. gud management.. keep it up.. i semua catering settle kan. hehe

    ni link review - http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/2012/02/wedding-nanie-sharin-catering.html

    sala ukhuwah

    ReplyDelete
  2. Wahhh bagus bagus prepare layout dewan...tersusun :-)

    ReplyDelete