Friday, June 29, 2012

Nota Kawin 52 : Final Draft Guestbook

Salam,

kurang dua bulan nak naik pangkat jadi isteri kepada syfq.
tp persiapan fizikal, mental dan majlis belum pun sampai 80%
sati, sila lipat gandakan tahap metabolisme anda (tiba2 rasa ngantuk..dang!)

kali ni nak share final draft outcome untuk guestbook

pada mulanya (start dah mengarang ayat sedih) sati dah buat cover depan guestbook guna cardboard size a4. cover belakang pun guna material yang sama cuma xde sebarang coretan di bahagian belakang.
nak jadikan cerita, sati pegi la kedai yang biasa buat printing untuk company sati kerja. dia kata cardboard sati ni tak boleh tebuk sebab tebal sangat. oh no... what to do what to do? 

 ni la front cover asal 
yang tak lawa pun sebenarnya
tp disebabkan printer sati tu tak boleh bindkan,
terpaksa la buat baru
maka, board ni akan duduk di meja guestbook aje nanti

semalam sati pegi kedai buku
cari-cari kertas yang mungkin berguna nak buat cover depan
tak tau la nak pilih kertas. 
orang tak ada seni ni susah nak men-DIY ape2
last2 sati beli kertas yang untuk buat sijil tu.

balik office sati g selongkar file sijil yang ada
maka terhasillah cover guestbook yang ala-ala pemalas
nanti sape datang kenuri, sila la isi guestbook ni
walaupun biasa2 saje
tapi tanda kehadiran anda amat saya hargai

ni la cover baru yang bertemakan sijil haha
<3 selamat berhujung minggu dan berkahwin kepada rakan2 b2b sekalian <3

Thursday, June 28, 2012

Nota Kawin 51 : Hiv Test

Salam,
semestinya semua yang nak kawin n baru kawin tau
antara syarat yang mesti dipenuhi sebelum submit borang ke pejabat agama adalah 
HIV TEST !!!!
alhamdulillah, 
sati dan syfq dah selesai ujian ini. 

masa mula2 aritu sati survey-survey jugak kat blog ex-b2b
ape procedure nk buat test
salah satunya buat appointment.
since sati kat seremban,
sati tanya jugak office mate yg baru tak baru jugak la berkahwin (dah dapat anak dah pun) 

ada yang kata kena buat kat pesakit luar hospital tuanku jaafar seremban.
siap ada hari2 tertentu pulak.
sati tanya kawan sati, dia baru buat test.
dia buat kat klinik kesihatan ampangan
dia kata walk in saja.

memandangkan dia kata kat klinik kesihatan ada,
sati pegi la klinik kesihatan senawang
dekat je dengan office.
bangunan pun baru
cantik, bersih je klinik ni

masa pegi kaunter pertanyaan (dan untuk amik nombor giliran) tu,sati bagitau nak buat test HIV.
tanya jugak ape procedure klinik ni?
person in charge tu cakap 
kalau nak buat test, bawak sekali borang yang dari pejabat agama
heh? ni 1st time saya dengar kena ada borang tu baru boleh buat test.
ye la ni?
akak tu siap jawab 
ni procedure klinik ni. kena ikut la dik kalau nak kawin
ehhh,,, lain macam je nada akak ni.
nak perli pun, tak payah la gigih sangat. akak dulu kawin ade procedure pelik mcm ni ke? 
rasanya takde kan? hish.. menyampah betul
hari tersebut hangin2 jugak la sati balik dari klinik tu

bila syfq dtg seremban nak amik kad kawin yang dah siap dicetak,
kitorang pegi amik borang kat pejabat agama
pergi amik gambar yang kena submit dengan borang tu sekali nanti 
dan pegi buat HIV test bersama2.

ha betul la tu..bersama2.


kitorang pegi klinik kesihatan ampangan 
klinik yang disuggest oleh kawan sati
kakak2 kat kaunter sungguh lah peramah
ceria-ceria belaka
berjaya isi borang dan buat bayaran
lepas tu kitorang g la bilik untuk buat test hiv tu
mula-mula sati masuk
nurse tu cucuk hujung jari dan buat test tu
alahai senang je test nye pun
ade 2 line kat situ, titikkan darah tu kat hujung pastu tunggu result
nurse tu suruh sati panggil syfq masuk
bila syfq masuk, sati tanya nurse
boleh ke saya tengok dia buat test tu?
nurse senyum je kata
boleh... awak punya result pun dah nk kuar dah

bila result kuar, kitorang punya tester tu menunjukkan reaksi negatif. meaning kami bebas HIV.
alhamdulillah. 
kalau mengikut pengalaman b2b lain, diorang kena buat test
talasemia dan saringan pra-kehamilan
ada check macam2. 
tekanan darah la, amik darah kat lengan la, kencing la
tapi sati tak buat pun ujian talasemia dgn saringan pra-kehamilan tu
sebabnya kami pegi klinik tu petang,
nurse kata kalau buat pun lama. klinik dah nak tutup nanti
nurse siap cakap kalau rasa diri sehat, xpayah buat test lain2 tu. tak wajib pun
hahaha,,, gembiranya hati
selamat!!!

since sati sudah  beberapa kali derma darah, sati tak amik berat sangat pasal test2 lain. sebabnya orang hospital akan est darah yang kita derma n kalau ade ape2, dia akan call bagitau.

sekarang syfq dlm proses melengkapkan borang dia
nanti dah dapat kebenaran menikah luar kariah, sati pulak kena bergigih2 selesaikan borang2 sati 

semoga Allah permudahkan urusan kami untuk bernikah =)




Monday, June 25, 2012

Nota Kawin 50 : Sindrom malas berusaha

Salam,

kalau ade yang mengikuti (ofkoz la takde LOL) blog ni, mesti perasan sati tak update. dah banyak hari dah tak update. sebab ape eh? sebab malas? haa.. sangat la betul. itu la alasan no.1. MALAS gila nak update. saya bukan blogger tegar

sebab no.2, sati haritu pegi Singapore. dengan niat yang meluap-luap nak update blog bila dah balik. HAMPAS. xupdate pun. sebab camera adik dah tertinggal dalam kereta masa jenjalan tu. mau aje pelempang. haih. 

sebab no.3, sati banyak tak sehat. sampai harini dah 2kali (dari last post) sati demam dan sakit tekak masih berbaki. cemerlang sungguh la penyakit alaf baru ni. senang nak dijangkit, susah pulak nak berambus. (hoi sati, ko tau tak sakit tu kifarah dosa? x insaf betul ko ni)

sebab no.4, buat-buat sibuk prepare untuk majlis yang tah berapa hari lagi. (sila semak ticker kat atas ok?) haha. perkara-perkara yang telah dilakukan setakat ini...

1) door gift A 300pcs (298 pcs done! 2 defect. nanti nak g tukar baru)
2) door gift B 500pcs (499 pcs done! 1 defect. nanti nak g tukar jugak)
3) kad kahwin 2000pcs (both sides) -side sati dah habis lipat tapi belum distribute sangat
4) Test Makeup (done!) tp banyak critics. ade yang suka ade yang tak suka. (susah nak puaskan hati orang lain. yang penting sendiri gembira.
5) Baju nikah (done) dah tiba dari Jordan. sangat menggemari batu-batu jalan (bak kata lily) tersebut.
6) Baju tandang (50% done) - sati tak muat. so kena alter. ye ye.. saya tau saya makin gemok.
7) Guestbook (80% done) - tak binding lagi. ade masalah dengan vendor itu. katanya tak boleh tebuk card board. hadoi. kena buat balik la cover guestbook tu. erghh
8) belon dah beli. haha. belon untuk ape tuuu? untuk kanak-kanak lah.

banyak lagi nak kena settle... sati kena notekan kat sini. senang nak check nanti

1) kasut hantaran
2) beg hantaran
3) ipad casing
4) design cake
5) tudung kahwin
6) veil kahwin
7) amik baju nikah Syfq
8) beli kasut Syfq
9) tempah ice cream
10) tempah cupcakes n chocolate untuk hantaran
11) siapkan guestbook
12) siapkan borang2 dan dokumen yang patut
13) jumpe imam masjid minta pengesahan mastautin

makin lama makin panjang. dari tulis semua, baik tido. hehe. selamat malam diri sendiri. =)
ops ops... sebelum tu, meh tempek sikit gambar2 yang kononnya nak hapdate blog tu. tempek sini dulu, nanti dah update baru sati letak gambar selebihnya


image 1.0 : cover depan kad kawin
image 2.0 : Singapore (Universal Studio Singapore)
image 2.1 : Singapore (Masjlid Sultan) near Arab St.
image 2.2 : Marina Bay Sands Hotel n Skypark

image 3.0 : Door gift belon
image 3.1 : Door gift (inilah belonnya)
image 3.2 : Doorgift A with sticker

image 4.0 : test make up. komen sikit please





Thursday, June 7, 2012

Nota Kawin 49 : Sticker doorgift

Salam,

kali ni nak update secoet (se-co-et) @ sedikit berkenaan sticker. sticker ni tampalnye kat bontot doorgift yang dah siap dibeli tempoh hari kat nilai 3. jika ade orang nak komen memacam berkenaan door gift tersebut sila ambil maklum. kalau xmahu, jangan ambil ok? 

sati survey few vendor sticker sebelum buat order.

1st vendor sati tanya kedai printing kad kawin sati.
abang tu kata 2inch round sticker harga beliau adelah
1000 pcs 1 warna (white + COLOUR) = RM150
1000 pcs 2 warna ( white + COLOUR + COLOUR) = RM250
1000 pcs 3 warna ( white + COLOUR + COLOUR + COLOUR) = RM350


2nd vendor sati tanya 
metro labels
tapi hanya ini yang dia AUTOreply via email kat sati

Thank you for contacting us and taking time to submit your details.
We will be in touch shortly.

 Metro Labels Sdn. Bhd.

sampai la ke saat post ini dikarang, xde feed back pun dari pihak mereka. oh i dont like vendor like this. senyap sepi je sejak sati isi enquiry kat website diorang.

3rd vendor sati call. bagitau nak emailkan design (masa ni design 2 colour white + dark brown + peach) button badge untuk dia bagi sati quotation. sati hantar la skali dgn ai tu. tapi nk jadi cerita, kat file yang sati hantar tu ade 3 design. design button badge sebenarnya. niat di hati nak convert jadi sticker masa tu. so 3 design yang ade tu seperti di bawah


boleh vendor tu email sati tanya. yang mana 1 design yang nak buat sticker? kuantiti 1000 keping. korang rasa antara design yang 3 ni, mana paling layak kita print 1000 keping? hadoiii free-free je sati ucapkan " saya dah tempah dengan vendor lain, terima kasih selamat maju jaya" itu pun lepas sati dah tempah dengan vendor ke-4. vendor ke-3 ni melayu. lambat pulak kerja diorang ni. pastu tanya soalan xlogik. mmg xmau amik.

vendor ke-4 semuanya sati berurusan guna email and fax.
cepat diorang ni buat kerja. dalam masa 1 hari sati hantar rough artwork, dia adjust setting and hantar email untuk confirmation size and wording and all, the next day sati bayar, less than 1 week dah dapat product.

here are the details bout my sticker and the vendor
sati mmg promote this chinese company. dia kerja cepat


harga sticker 1000 pcs RM 65
harga postage RM 10
total harga RM 75
nota : sati dapat 1032 keping sticker instead of 1000pcs.
i like ean label hoyeh!

nota : kezen sati tempah dengan ean label sebelum ni untuk transparent sticker. 
dia la promote ni kat sati =)

Nota Kawin 48 : Instax Film

Salam, 

sedikit update berkenaan b2b yang masih mencari-cari instax film pada harga termurah di pasaran. setakat ni sati survey banyak kedai area seremban dan sg.wang plaza, bb plaza dan low yat. kebanyakkan harga range rm25 hingga rm35 untuk 10 keping film. up.. betul la tu sati tulis. SEPULUH keping sahaja. 


since beriya nak ade polaroid camera untuk guna kat guest book corner, sati pun hello-hello one of my bridesmaid. dia ade polaroid camera yang tengah in sekarang ni. cumanya sati kena beli film sendiri la. dah dia pun orang tolong belikan, sati ape tah lagi. maka lepas survey beberapa buah kedai (rasa nak tercabut rahang bertanya setiap kedai yang ade jual film ni. kebanyakannya ade jual hokay! nak pulak kat low yat)


akhirnya setelah 2 kali mengukur low yat, sg.wang dan bbplaza dan sesat dan makan famous amos triple choc soft cookie, sati berjaya la menemui dan akhirnya membeli film ni kat Level G, BB plaza. nama kedai Bintang Electronics. dia dah dekat dengan exit yang luar tu ade monorail tu kalau xsalah la. harga dia letak kat box of 20film (10 x 2boxes) ialah rm50. tapi dia juai kat sati pada harga rm46 sekotak. meaning, satu keping jadi dua hengget tiga puloh sen. paling murah sati jumpe la.



ni contoh penggunaan instant picture ni... berangan nak buat cenggini la. taruk dalam guestbook. bila guest wish, diorang buleh amik gambar n tempek dalam guestbook. 


ha nampak tak kat gambar kotak sebelah kanan, ruangan atas. ade la gambo mereka yang menyain guestbook tersebut. sekarang menunggu camera dari cik bridesmaid. dia dah pass ke pengapit pengantin lelaki. nanti si pengapit pass kat encik tunang. hihi. tak sabar nak test. korang nanti jgn lupa datang awal n amik gambar ok? 


p/s : sape ade jumpa kedai yang offer lagi murah kat malaysia ni? kasi tau supaya boleh promote kat sini disamping membantu b2b lain yang masih mencari-cari film tersebut

Sunday, June 3, 2012

Nota Kawin 47 : Mas Kahwin

Salam, sati petik satu post dari teman kesayangan sati 



ape pendapat korang?

ini pendapat sati. (ditulis dengan niat untuk difikir2kan baik dari pihak lelaki mahupun perempuan)


info yang korang baca tu hasil survey ke atas orang ramai. yes it is true. sekarang inilah trend hantaran yang dikenakan ke atas pihak lelaki dalam usaha untuk membuktikan betapa dia ingin mengahwini puteri idaman hati. 

yang perempuan 
mesti bersorak gembira kan? kelulusan aku sekian sekian, jadi boleh demand sekian-sekian

yang lelaki
mesti gatal kepala. alamak, kekasih hati berkelulusan sekian sekian, jadi kena la cari sekian-sekian duit untuk wang hantaran. 


persoalannya : 
adakah bila perkara ini menjadi trend, semua orang kena ikut?

pada pendapat sati, ini bukanlah satu trend yang bagus. bilamana seorang perempuan itu dinilai berdasarkan pendidikannya. kalau kita ikut fakta dari universiti, majoriti pelajar sekarang adalah perempuan. so sekarang ni trend duit hantaran mesti nak minimum 10k. kalau kakak yang sulung 10k, adik2 yang bawah mesti la tak boleh nak kurang dari 10k tu. untung la kakak kawin dengan lelaki yang mampu sediakan 10k. tapi kalau adik nk kawin dengan lelaki yang hanya mampu sediakan 5k sebagai wang hantaran, mcm mana? kena la adik postponed kawin tu. nak bagi cukup 10k minimum requirement mak ayah. macam tu?

banyak cantik !!!! kesian la adik kena kawin lambat. cis!
maka adik tak payah la ikut trend ni ok? hehe

berbalik pada post kawan sati kat atas. betul cakap dia... 
bila mana seorang lelaki ingin mengahwini seorang wanita, hanya 4 yang mesti diselidiki terlebih dahulu. AGAMAnya, KETURUNANnya, HARTAnya dan RUPAnya.
tak de pun sebut tinggi pelajarannya. haaaa...

kalau kita semak semula bajet perkahwinan.. secara kasarnya

kawin kat rumah habis dalam rm15k
kahwin kat dewan habis dalam 25k
kawin kat hotel habis dalam 40k ke atas.

ni kenduri di 1 pihak. kalau lelaki tu paling cikai nak kena ada 15k, tambah pulak dengan duit hantaran 10k, tambah 5k untuk belanja barang hantaran, cincin, baju, jurugambar, juruvideo bagai... tak ke nak 35k-40k? kalau gaji laki tu (fresh grad) 2k, busuk2 pun dia simpan 500 sebulan untuk kawin.. berapa tahun dia nak simpan? nak ambik loan? berapa lama loan dia nak settle? sampai anak dah 4 orang? 

sati mahu mengajak wanita diluar sana agar timbang balik kemampuan bakal pasangan kita. berpada-pada la nak minta duit hantaran. bincang elok2 dengan keluarga. kita nak mudahkan urusan membina masjid. bukan nak bermegah2 dengan majlis yang kita rancang. cukuplah wang hantaran itu sekadar mahu meringankan beban. 

nota: sati xada wang hantaran. hanya ada mas kahwin 200ringgit sahaja. bakal suami nak tanggung segala nafkah dan tanggungjawab untuk didik sati n anak2, segala dosa yang kami buat dia turut tanggung jugak. terasa malu nak meminta2. ape yang ada, terima sahaja dengan hati yang terbuka. yang penting positif dan ketepikan kata-kata kurang manis orang lain.

Nota Kawin 46 : Baju nikah lelaki

*peringatan, post ini sedikit panjang berjela*

salam, hari khamis yang lepas (31 mei 12) sati & syfq sekali berusaha pergi menempah baju melayu untuk nikah. kali ni kitorang pegi, WP tak dapat ikut serta sebab dia sangat la banyak job minggu ni. kawan2 kat group b2b2012 pun ramai yang upgrade status kepada isteri minggu ni. Barakallah.
musim nasi minyak cuti sekolah ni. meriah u'olls. tapi sati tak attend mana2 kenduri pun. sebab balik kampung ade kenduri arwah. 

kepada budin, aku minta maaf lah tak sampai rumah ko. walaupun kad kawin ko telah ku terima dan ku letak di atas meja solek tanda peringatan ade kenduri nak kena attend, aku tetap gagal dan rasa bersalah. (macam la budin baca blog aku ni heyh).

so, berbalik pada cerita pegi tempah baju nikah. mengikut survey2 yang ku lakukan, berikut adelah cadangan dari kawan2 dan wp sati

Hilyatu Wmn recommend :
Tum Tailor (Bandar Baru Bangi)
Baju melayu modern cut RM120
(mungkin ni harga tempah)

Man Kajang RM300
(ni tak tau harga tempah or tempah+kain)

Nur Hayati Abd Ghani recommend :
Dzull Classic (Kajang)
(dan kedai sebelah Dzull Classic)

Nona Azhar recommend :

Izzati Ghafur recommend :

Dayana Rahim recommend:

Emak recommend : 

Inspirasi Cinta recommend :

ada a few yang sati senaraikan ni sati dah tau. tapi tak survey sangat harganya. sebab baju melayu rasanya tak la mahal sangat. kebiasaannya famili sati beli kat Ali Omar Yunus(AOY) kat Wisma Yakin tu. baju dah siap dia dalam RM250/sepasang. sebab regular customer dengan uncle tu, dia boleh bagi baju siap pada harga RM180.

mengikut saranan emak, sati pun ke AOY, di wisma yakin, jalan masjid india tu. kedai AOY ni letaknya kat bahagian dalam. kalau korang dari arah semua house, korang sampai je wisma yakin ni, terus naik tangga kecik kat tepi bangunan ni dah terus masuk ke belakang. 1st kedai baju melayu yg korang akan jumpa ialah AOY ni la. kat sini banyak baju melayu dah siap. 

bila masuk AOY, sati cari uncle yang selalu entertain ayah tu. tak ade la pulak. sati tanya akak yang jaga kedai tu. uncle tu mana? akak tu kata uncle tu dah duk office. dia dah tak jaga kedai. bila sati bagitau nak tempah baju nikah untuk syfq, akak tu kata, jom pegi Maroz. 

eh?? kenapa pegi Maroz pulak ni??
rupanya AOY dan Maroz adelah di bawah syarikat yang sama. kalau nak tempah baju lelaki, pegi kat Maroz, kalau nak tempah baju perempuan pegi kat AOY. kalau ikut kedudukan kedai, kalau kita menghadap bangunan Wisma Yakin ni, AOY duk hujung sebelah kiri. Maroz pulak duk sebelah   kanan. kedua-duanya kat bahagian dalam.

bila sampai kat maroz, akak tu pass kitorang (mcm bola pulak rasanya) kat encik yang ade kat situ. encik tu nama ape eh? tajudin ke? emm.. seriously tak ingat. (mungkin sati ade termakan rendang semut kot sebelum ni. sungguh la pelupa) sati bagitau la kat encik tu, yang nak tempah baju nikah untuk tunang sati. 

sati dengan gigihnya mengangkut jubah nikah yang adik sati belikan tu bersama-sama masa ke sini. so sati kuarkan baju tu dan minta encik tu carikan kain yang sewarna dengannya. puas jugak encik tu cari. last2 dia ke bahagian belakang kedai untuk amik kain lain yang akhirnya matching dengan baju sati. alhamdulillah. warnanya hampir sama. 

mengikut saranan encik tersebut, tunang telah menempah baju melayu cutting modern butang 5. meaning dia ada satu jahit kat bahagian tepi baju. instead of 3 line jahitan macam baju melayu biasa tu. ala..... tepi baju dia macam beza tepi baju kurung moden dengan baju kurung biasa (untuk memudahkan imaginasi anda). 

so setelah mengukur2, encik tu pun buka bill. harga asal seperti yang tertera di meja kerja encik tersebut ialah (ni ingat2 lupa) ialah RM110 untuk tempah sahaja dan RM250 untuk tempah + kain. maka sati dan tunang cepat sahaja setuju. haha. pemalas nak survey sebenarnya. padahal kedai Bak kat sebelah Maroz ni je. masa encik ni tulis2, dia pun kata : since kamu regular customer, saya bagi RM220 lah. deposit berapa2 pun kamu nak bayar. tak kesah. 

maka, syfq bayar la deposit RM100. lebih kurang tengah bulan jun dah siap. tapi majlisnya lambat lagi. so lega la kalau pihak Maroz nak terlambat siap baju (minta-minta tak lah). sati tanya la kat encik tu nak tengok sampin sekali. pastu encik tu terkejut. haha. dia tengah khusyuk menulis2, sati gi sergah tanya. tak senonoh sati ni. sergah2 orang. 

rupanya, sampin kena tengok kat AOY. 

lepas dah bayar deposit, kitorang bergerak semula ke kedai AOY (memang macam bola). range harga sampin kat AOY ni ade yang seratus lebih sampai ribu-ribu. kami pilih yang less than 1k sebab syfq jarang pakai sampin. dia raya pun selang setahun. tahun ni syfq xdapat raya rasanya. terus cuti kawin je nanti.

ni yang warna cream dalam kotak kiri & tengah (bahagian bawah) tu la warna baju nikah kami

sampin tu masih dalam paperbag. belum gulung taruh dalam almari. dua tahun lepas masa beli sampin ayah dan adik2 kat pasar payang, kuala terengganu, uncle kedai tu pesan, kalau nak simpan, terbalikkan sampin (inside out), bentang atas surat khabar dan gulung. simpan dalam almari. nanti sati buat ok? sekarang masih malas setinggi everest. haha. (update blog rajin pulak ko ni issati)

rasanya setakat ni dulu post kali ni (macam la ade yang baca blog ko ni sati). nanti sati update pasal butang baju melayu dan pin tudung untuk bridesmaid dan pengapit. ade few update lagi.. tapi tengok la tahap kerajinan. ni pun dah cukup kagum dengan usaha diri sendiri menaip karangan panjang berjela ni. 

nota : harini syfq update status bbm dia : '2months, 22days to D day :) ' 
terharu pulak sati dia pun mengira. taching la sayang ni