Monday, July 30, 2012

Nota Kawin 63 : Nota Travel : Taman Negara Johor (bhg. 2)

salam, dah lama rasanya tak sambung. haritu janji bukan main lagi. hahaha.
ok, this is the 2nd part. ketibaan di Johor National Park Corp (JNPC) punya facilities.
kat sini ade chalet, ade dorm n ade jugak tapak untuk berkhemah.
so, semasa berurusan dengan JNPC before masuk dalam taman negara, kita dah kena book siap2 ape kemudahan yang kita nak.
basically ade 2 tempat untuk stay. untuk kali ni sati stay kat visitor complex kg.peta.
next post sati tunjukkan 1 lagi tempat yang ade accommodation facilities.
nama dia NERC. 

so, jom layan gambar je banyak2. cerita tapi tak ade gambar pun xbest.

dah sampai !

geological map TNER kg peta.
Visitor complex-NERC-Kuala Jasin- Kuala Marong (ade cabang pegi tasik air biru)
- Air Terjun Upih Guling -Batu Hampar- Air terjun Takah Kunyit- Air  Terjun Buaya Sangkut.
 sati hanya sampai ke Air terjun Upih guling je last time masuk. this time masuk since dia adelah short trip, kitorang pegi Kuala jasin je. kalau pegi sampai kuala jasin, pegi pagi, balik tengah hari. kalau pegi upih guling, pegi pagi balik petang. kalau buaya sangkut? pegi pagi, sangkut kan diri (acah je) n balik next day lah kot?

ni peraturan sila ikut

entrance office di visitor complex



rasanya yang baju merah tu andik. tak sure pulak. dia ni staff JNPC.
yang baju putih tu, our head of group. dia memang jaguh masuk tempat2 macam ni.



ni mode of communication. sape ade henfon canggih sekali pun,
mmg tak ade coverage kat sini ok. melainkan beberapa spot je ade.
itu pun segan je nak dapat coverage. 









ni jambatan sudah roboh. kat hujung sebelah kanan tu dulu ade jambatan gantung.
selepas banjir besar di johor, jambatan tu dibawak air. entah bila boleh buat baru


nanti sati sambung tunjuk gambar lagi. =) 

Sunday, July 29, 2012

Nota Kawin 62 : 2nd fitting - janji muat pakai

salam,

melihat baju.. jatuh cinta.
biarpun orang lain tak suka.

ini pengakuan berani mati membuka pekung di dada.
1st fitting adalah failed.
tak muat dress bertandang.
2nd fitting adalah successful
tapi merasakan baju agak menggeloboih oversized

mode redha saja.
teruskan persiapan menuju ke hari dimilik penuh.
teaser sket dress yang bertukar jadi kurung-moden-labuh-ke-buku-lali

dalam circle pink tu dah besarkan 1.5inch setiap side kiri dan kanan.
nak melonggarkan dress tersebut semaksimum mungkin

lengan kanan yang nampak flabby gila.
humm... nak cakap ape lagi ? pasrah je lah.

Saturday, July 21, 2012

Nota Kawin 61 : Kad kawin ready nak pos

Salam, Sedikit update je pagi ni.
Batch pertama kad kawin sati n syfq akan di pos harini
Sati minta maaf lah kad nye tak seberapa.
tapi buat sahabat handai, mana yang sati terlarat, sati buat kasi special skit dengan melakri kad2 tersebut. sila refer post yang lepas berkenaan 'Mohor Besar Raja Sehari'
Kita layan gambar je ok?

ini card nye


ni test lakri

bila  banyak2 buat, dah rupa ape je lakri2 tu

kau tengok, betapa tak kemasnye lakri yg sati buat. tgh malam, lepas trawikh...mmg mcm ni la jadinya

sudu yang sati guna untuk cairkan lakri.. letak lakri stick tu atas sudu kechil ni, pastu panaskan guna lilin. bontot bahagian bawah sudu ni berjelaga gila. wahai sudu, jasamu dikenang. walaupun aku belimu di kedai 2inggit dapat berapa sudu pun tak sure lah. hehe.. kau tetap banyak membantu

ini lah lilin membakar dirinya untuk membantu proses melakri tersebut

ni encik lakri brand Pelikan. sengaja cucuk kat bunga tu. nampak menarik kaler nye. (sebenarnya nak kasi senang carik. biar nampak merah dari kejauhan) 
rasanya tu je kot. nanti kita cerita pasal setem pulak. setem dah beli (dengan joyahnya semalam) ape2 pun nanti kita story lain =)

Nota Kawin 60 : Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan pemilik semesta alam. Dengan Rahmat dan kasih sayangNya, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.

Tahun ni merupakan tahun terakhir sati berpuasa bersama keluarga. insyaallah, tahun depan berpuasa dengan syfq juga. 5 minggu sahaja lagi sebelum majlis. sati harap dengan bertandangnya ramadhan tahun ini dapat melatih sati menjadi insan yang lebih beriman, kiranya antara persediaan terakhir sebelum menjadi isteri. 

Sati berharap tahun ni kita semua diberi kemudahan untuk menjalankan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain. banyakkan bersedekah. cubalah khatam al-quran mengikut petua berikut 

600muka / 30 hari = 20 muka/hari
20 muka / 5 waktu solat = 4 muka/waktu solat
4 muka / sebelum dan selepas solat.. bunyinya agak ringan kan?

bagi yang perempuan 

600muka / 24 hari (6 hari cuti) = 25 muka/hari
 25 muka / 5 waktu solat = 5 muka/waktu solat
4 muka / sebelum dan selepas solat.. bunyinya agak ringan kan?


bagi yang ingin khatam 2kali dalam bulan ramadhan
boleh la baca 10 muka atau lebih dalam setiap waktu solat tu.
kalau sibuk masa bekerja di pejabat, gunakan waktu rehat tengah hari
yang lain-lain tu ganti malam nanti
ingat, buat ni kena istiqomah... jangan culas ok?

Selamat berpuasa dan juga solat terawih bagi yang berkelapangan. kalau tak dapat ke masjid atau surau, dirikan lah solat sunat tersebut di rumah. pun boleh.... =) 



Thursday, July 19, 2012

Nota Kawin 59 : Darah manis

Salam,

Mengikut ticker kat atas, pada saat ini hanya tinggal kira-kira 1 bulan 6 hari je lagi sebelum sati nak naik pangkat jadi isteri. harini jugak lah pengakhir visit ke nilai 3. alhamdulillah, semua door gift sudah ade. tinggal nak rebus telur n masukkan dalam bekas aje. mana2 door gift yang defect dah tukar tadi jugak. so kira settle lah.

alang-alang sampai nilai, mak & makteh berhajat nak beli carpet. ala.. yang murah murah je. sebab nak pakai kadang2. kalau beli yang mahal dan berat, susah pulak nak simpan. nak jadikan cerita, masa makteh yang super terrer tawar menawar ni pilih carpet sambil minta kurang, si pakistan sorang ni duk tengok sati sambil senyum n sengih2 ala-ala tersipu2 gitu. erghhh... ade ape kat muka aku ni yg ko tengok2 sengih. tengok2 lagi sengih lagi. 

masa nak bayar tu (lepas bertekak minta kurang) pakcik pakistan yang paling tua tu tanya kat makteh 

PPakistan : Kakak, saya tanya jangan marah la kakak.
Makteh : Nak tanya apa?
PPakistan : Ini adik ke anak? (refer kat sati)
Makteh : Anak saya lah. kenapa?
PPakistan : Ini anak saya (tunjuk ank dia si cashier yang duk senyum2 sengih2  kat sati). anak kakak sudah kawin ke?
Makteh : Sudah... mau kawin raya ni
PPakistan : Mahu kawin raya nanti? Ya ka ni kakak..... (eh ko tak percaya pulak)
Makteh : Ya lah. Sudah mau kawin !

Sati *tunjuk cincin di jari*
PPakistan *angkat kening terkejut*
Anak PPakistan *pandang ayah dia pastu buat muka melepas*

hahaha...tak berminat la. buah hati saya jauh lagi best dari awak walaupun awak agak kacak, buah hati saya lagi kacak. btw, pakcik pakistan tu siap tanya umur sati. bila sati  kata 25, dia terkejut.

PPakistan : Anak saya.. 20 years old.

haaa..yo lah. ^_^


semalam kena ngorat kat office consultant. harini kat kedai carpet. memang darah tengah manis la agaknya ni. hahaha. geli pulak hati. tak pernah ade orang ngorat sati. even encik buah hati pun xngorat sati. 

Tuesday, July 17, 2012

Nota Kawin 58 : Side income Peanut Candy

salam,

sati nak promote peanut candy a.k.a kacang tumbuk yang sangat sedap 
sesuai untuk dijadikan hidangan masa raya atau
 kalau yang ade bajet lebih tu boleh buat doorgift sebarang majlis 
tak kira kahwin, cukur jambut, sambutan hari lahir dan sebagainya. 
boleh order kat SINI atau sms ke 017-3760679 untuk sebarang pertanyaan 
( dan pembelian dlm kuantiti banyak)

kalau nak ikutkan ade lagi 1 perisa. tapi memandangkan sati suka yang ni, 
sati jual yang ni je lah ok?








Wednesday, July 11, 2012

Nota Kawin 57 : Layout kenduri yang terkini


Salam, sekali lagi layout susunan khemah diubah.
kepada family members dan tetamu sila take note.

R adelah khemah Reception.
Parents dan penyambut tetamu dan guestbook duk kat sini.

P adelah khemah pelamin
Pelamin ni untuk bergambar. xde bersanding bagai ok?
Tetamu digalakkan singgah bergambar dengan pengantin sebelum balik. 

M adelah khemah meja makan beradab
nama pun 'meja makan'. maka ni tempat makan pengantin lah.

C adelah Coffee Corner
kat sini ade coffee dan kueh mueh

K1 - K4 adelah khemah meja dome
serving untuk tetamu menggunapakai dome.

K5 - K8 adelah khemah meja buffet
serving letak kat khemah 5. meja makan di K6-K8
di khemah K5 juga disediakan coffee dan kueh

PA untuk PA system dan kumpulan qasidah

kekotak peach untuk candy buffet dan ice cream

jemput datang ye =)

Tuesday, July 10, 2012

Nota Kawin 56 : Guestbook dah siap

Alhamdulillah..


Tadi on the way balik rumah dari kerja, sati tergerak hati nak singgah tanya guestbook yang dihantar binding tu. sampai je kat V-print, Jenny si tuan punye kedai duk senyum-senyum kat sati.
dia keluarkan buku yang dah semi-bind. Semi-bind? ape tu? entah. sati panggil je semi-bind tu sebab kalau hardcover yang 'thesis-like' tu mesti la mcm buku rupa dia kan? sati punya tak bind penuh lagi. hanya ade sleeve untuk masukkan page belakang. nanti dah selesai majlis kedua belah pihak, sati akan hantar buku ni ke Jenny untuk dijilidkan. My precious !

Sebelum sati bertanya harga untuk kos binding tersebut, sati pegi amik kad dalam kereta. kad jemputan untuk famly jenny dan staff beliau. so, dah standby dengan purse nak bayar hardcover tu. Jenny dengan senyum manis beliau menyatakan "saya tak charge you. i bagi free. u mau kawin, saya belanja u" ^______________^ tengkiu Jenny. 

Jenny siap pegang tangan sati. "You ah, sudah mau kawin. kena pandai jaga husband," sati angguk2 sambil senyum. Thank you Jenny. 

Ni sati tempek rupa guestbook yang semi-bind. nanti dah selesai majlis n dah fully bind, sati update semula. jangan lupa isi dalam guestbook yang tak seberapa ni wahai sedara mara n kawan kawan sekalian =)

the front cover

thesis-like wording

inside

please leave a message <3

Sunday, July 8, 2012

Nota Kawin 55 : Nota Travel : Taman Negara Johor (bhg. 1)

4 julai 2012 : Boss (ayah) mendapat panggilan telefon dari lead consultant ajak masuk taman negara bawak client. Ape lagi, sati n mak pun nak tag along.

6 julai 2012 : kami bertolak dari seremban menuju selatan sekitar jam 8.40 pagi. singgah di Melaka untuk ambil barang yang dipesan pejabat. kemudian kami teruskan perjalanan ke Kahang. 


Kahang ni stesen pertama sebelum sesiapa nak masuk taman negara. kat sini la ade Pejabat Taman Negara Johor (kg.Peta). Taman negara johor ni ade lagi 1 pintu masuk iaitu di Selai. Peta ni main attraction untuk taman negara ni. Peta sebenarnya sebuah perkampungan orang asli yang terletak bersempadan dengan taman negara johor ni.

kami tiba di Kahang sekitar pukul 12 tengah hari. setelah melakukan pendaftaran dan membuat pembayaran, kami bersiap sedia untuk memulakan perjalanan masuk ke kg.peta ini. kumpulan yang masuk ini terdiri saripada 8 orang peserta. 4 lelaki, 4 perempuan. untuk masuk ke kg.peta, pelawat dimestikan untuk menaiki kenderan pacuan 4 roda. sebab jalan dia agak teruk. walaubagaimanapun, sebahagian jalan masuk ke kg. peta sedang dinaiktaraf. rasanya dalam tahun depan jalan sudah betul2 cantik. but hey, i did enjoy the ride. ni kali ke-2 masuk ke kg.peta.

ni dalam 4wd yang sati naik. yang depan (kanan) tu satu lagi 4wd yang bawa masuk sebahagian lagi kumpulan kami

ni papan tanda yang diletakkan di sempadan ladang kelapa sawit dengan hutan simpan kekal.
(dah masuk hutan ni baru jumpa sempadan taman negara)
ni signboard berkenaan projek pembaikan jalan dari sungai emas ke kg.peta.

papan tanda Hutan Simpan Labis . sebarang aktiviti yang ingin dilakukan di dalam kawasan hutan ini termasuklah kawasan hutan simpan labis ini mestilah mendapat permit daripada jabatan hutan yang berkenaan. contohnya : kalau korang nak camping kat lemakoh. ada amaun tertentu dikenakan.

mak n ayah sati =)
yang pakai cap biru tu tuan punya 4wd yang kami naiki. dia la yg drive

ni lurah yang digali bagi mengelakkan gajah daripada mencerobohi kawasan ladang kelapa sawit. kalau orang jatuh dalam ni pun susah nak keluar kalau tak ade bantuan

pembinaan jambatan merentasi sg.mas. setelah banyak kali jambatan sedia ada musnah akibat banjir yag melanda johor beberapa tahun kebelakangan ini, jambatan ini harapnya dapat menyelesaikan masalah ini.

antara jambatan asal yang dibina. ni kira ok. tak tengok lagi 1 jambatan yang pernah kami lalui sebelum ni. sikit lagi nak cecah air.

kantin kawasan pembinaan jambatan sungai mas.berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan masuk ke kg.peta

gunung janing. menyambut ketibaan kami. tak jauh dah kampung peta =)

jalan yang masih belum dibaiki. nak masuk kereta biasa memang tak lepas lah. naik motor masih boleh sekiranya tayar scrambler tu korang guna. kalau setakat tayar motor biasa, sila lah berhati2

 cukup rasanya bahagian 1 untuk trip ke taman negara johor ini. untuk lebih info boleh klik di sini






Thursday, July 5, 2012

Nota Kawin 54 : Our Card =)

salam.. kali ni malas nak mengarang. 
nak tempek je kad kitorang.
sape dapat kad, sila la jemput datang kenuri.
sape nak kad, boleh pm sati 
email : izzatisanusi@gmail.com
kalau tak pun, isi je borang kat bahagian kanan blog ni
(sila scroll sampai jume Card counter beserta borangnye hokay?)
kami nak ucapkan terimakasih bebanyak kat syee sebab designkan kad yang cantik utk kami =)
sape nak contact syee.. ade email dia kat bahagian kanan blog ni.

mari tengok kad nye hehey !!

MAJLIS 25 OGOS 2012
SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN






MAJLIS 1 SEPTEMBER 2012
JITRA , KEDAH 






Memang la tak clear. sape nak kad original, sila pm alamat.
kalau tak, korang boleh la tengok guna kanta pembesar.
hahaha.
p/s : sesungguhnya saye malas nak update. tadi penat balik dari johor. esok nak pegi johor lagi. sabtu nak gerak ke rompin pulak dari johor tu. semoga perjalanan kami dipermudah.