Wednesday, August 29, 2012

Alhamdulillah

Assalam, segala puji bagi Allah, Izzati Sanusi kini telah bergelar isteri kepada Muhammad Syafiq Salahuddin.

Sati nk ucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan taulan yang terlibat dan yang memberi nasihat, bantuan, semangat, sokongan dan juga sumbangan tenaga dan wang ringgit.

Majlis yang dirancang, telah pun berjaya dilangsungkan dengan izin Allah
walaupun terdapat banyak cacat cela maklumlah majlis pertama dalam keluarga kami,
sati tak sangka ramai yang jemputan yang telah hadir.
sanak saudara, rakan taulan (termasuk yang tak pernah nampak bayang sebelum ni) jiran tetangga dan warga kerja office
oh terharunya saya.

so, lepas majlis pernikahan ni, 
nota kawin dengan ini secara officialnya menjadi NOTA ISTERI
dan review berkenaan majlis (good and bad review) akan ditanda sebagai REVIEW KAWIN.
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
semoga apa yang sati kongsikan selepas ini akan jadi pengajaran buat diri sati dan pembaca sekalian.

meh setempek gambar semasa majlis.
untuk tatapan sesiapa yang terbaca, sengaja baca or dipaksa untuk baca post ni.
hehehe


jumpa di review nanti yeee... 
p/s: doakan kebahagiaan sati n syfq ok? =)

Wednesday, August 15, 2012

Nota Kawin 70 : Final fitting with Inspirasi Cinta

Salam, 
tak mau cerita banyak
semalam last day out with encik syfq
dah dapat barang hantaran yang 2nd last
barang yang last sekali kena beli minggu depan sebab out of stock

lepas dah settle buka puasa n beli chatime utk ina
kami bergerak ke inspirasi cinta
baju kami dah siap menunggu
sampai-sampai terus nak test baju (oh sungguh excited)

seperti biasa, 
sati hanya tempek je gmbar bajunye
baju buat simple
sebab tu mampu share 
kalau baju designer meletop baru la harus sati simpan untuk review nanti

sebenarnya terlalu happy dengan outcome baju semua
in love with those shoes 
(tapi amik gmbar 1 pasang saja)
sebab satu lagi belum siap perincian

jom layan sket





ok dah
tak mau cerita
nanti cerita banyak-banyak time review
itu pun kalau orang nak tau lah
keh keh keh

btw, sati sangat berpuas hati dengan final fitting
walaupun inspirasi cinta baru lagi bertapak dalam bidang ni
hasil yang diberi sangat la memuaskan hati
semalam dah tengok kerusi pelamin
oh me likey me likey (harus ulang 2 kali)

until we meet again
selamat berpuasa final days
and selamat hari raya uolls
hahaha
assalamualaikum

Monday, August 13, 2012

Nota Kawin 69 : Penanda arah


Salam,

minggu ni nak kena siapkan penanda arah rumah kenduri
semalam dah dapat email dari Syee si pembuat card
sati minta the flower yg dia guna kat kad aritu

since lappy ni tak de photoshop
sati kena guna lappy office.

sekarang adelah masa mencatat nota tanda arah

wordings adelah seperti berikut

MAJLIS
IZZATI & SYAFIQ

KEDIAMAN
SANUSI & ROBIAH


1) Tanda arah : Terus
Jarak : 5.0 km

2) Tanda arah : Kiri
Jarak : 4.8 km

3) Tanda arah : Kanan
Jarak : 4.7 km

4) Tanda arah : Terus 
Jarak : 3.5 km

5) Tanda arah : Kiri 45 degrees 
Jarak : 2.3 km

6) Tanda arah : Kiri
Jarak : 1.8 km

7) Tanda arah : Terus
Jarak : 1.5 km

8) Tanda arah : Kanan
Jarak : 500 m

9) Tanda arah : Kiri
Jarak : 300 m

10) Tanda arah : Kiri
Jarak : 150 m

11) Tempat menurunkan 
penumpang

ok issati, sila rajin untuk siapkan ini

Nota Kawin 68 : Counting to be his

Salam,
sila muntah akan kegedikan saya
saya *blushing* sudah mula mengira hari ke 25 ogos

11 more days to go

keh keh keh

Semalam dah pegi buat last facial.
facial untuk kawin yang sekali jalan la untuk raya.
habis segala bendasing dimuka telah dikerjakan kak iza
menangis2 jugak la sati semalam
rasa macam kena dera

esok nak gi final fitting
esok hari last nak jumpa encik syfq
lepas tu kena tunggu hari kami nak disatukan
*semoga encik buah hati tak rindu sangat*
hah ! mengata orang!
sila cermin diri tu dulu issati !



Saturday, August 4, 2012

Nota Kawin 67 : Teaser Baju Resepsi Seremban

Salam, nama pun teaser. 
kita letak gambar setempek untuk tatapan semua 
(bajet ade yg nak tengok)

Since lengan je siap, kita bagi gambar lengan aje lah
Hehehe

Nota Kawin 66 : Borang Pemohonan Berkahwin

Salam,

Akhirnya borang2 sudah settle.
Minggu lepas dah dapat borang dari encik syfq
Isnin pegi submit kat Pejabat Agama Islam Daerah Seremban
Jumaat semalam (3 ogos 2012) dah dapat borangnye

Sekarang hanya tinggal nak submit borang kat jurunikah
beserta gambar chumil kami (chumil ke? yuckss)

ade 1 borang lagi yang penting dr pihak lelaki yang sati xupdate sini
nanti dah dapat gambarnya, sati update semula,
borang yg dimaksudkan adalah
Borang 3B [Seksyen 17 dan 20]
Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor (Lelaki)

ni borang 2A Selangor
The said PAIDS

Borang yang kena isi oleh pihak perempuan
dan ditandatangani jurunikah kariah masing2

sijil kursus pra perkahwinan yang telah digunapakai
dia cop kat situ tarikh kita guna @ tarikh nikah

borang paling disukai
Borang 3 - Kebenaran berkahwin
*gatal gila !! * 

Friday, August 3, 2012

Nota Kawin 65 : AL dah habis !!!!


Salam,

Situasi
harini dilanda ujian lagi.
tadi sati check rekod cuti office.
now sati dah ade -1 day leave.
meaning dah terlebih cuti la.
so per day yg sati cuti from now on
adelah cuti tanpa gaji.
sehari cuti tolak 100ringgit.
memandangkan sati dah takde cuti,
sati kena fully utilize cuti kawin sati yg 5 hari tu
(asalnya admin kata cuti kawin sati 3 hari je grrrrr)

2 hari utk kenduri sati

19/8 - 1st day raya - kenduri rumah wan
20/8 - 2nd day raya - aunty bertunang
21/8 - 3rd day ray - pergi merisik utk kezen n balik seremban
22/8 - 4th day raya - kerja (kalau xkerja tolak rm100)
23/8 - 5th day raya - kerja (kalau xkerja tolak rm100)
24/8 - 6th day raya - cuti kawin
25/8 - 7th day raya - cuti kawin - tamat zaman bujang

3 hari utk bertandang
since bakal suami org kedah.
so nak stay sana lama skit
nak visit his relatives kat sana
n nak visit rumah baru kakak azuwa n abang jepp kat penang
n nak jumpe baby zara (big hugggg)

Masalah
sekarang encik tunang dh dapat cuti
cuti 5 hari hujung bulan 9 nanti
(isnin-jumaat) untuk hanimun *blushing*
sati pulak kalau cuti kena tolak 100/day.
maknanya unpaid leave la

ape pendapat korang?
patut tak sati amik cuti 5 hari utk hanimun tu.
kitorang belum ade ape plan pun.
encik tunang tu dah la susah nak dapat cuti.
dia kerja ikut roster bulanan.
so cuti dia tak sama dgn cuti kita yang kerja office.

Shud i ...

a) amik je cuti tanpa gaji tu
gaji tolak rm500
tapi boleh melayan encik suami (ketika itu)
pergi bercinta dan berdating
pegi hanimun *blushing again* kat pulau
sambil visit relatives yang jauh-jauh

atau

b) kerja macam biasa
tengah hari makan sesama
malam buat aktiviti special sikit
pergi tgk movie ke
buat bbq ke
pegi makan ikan bakar ke
pegi celup kaki kat kolam air panas
or saje2 pegi naik genting utk feeling2 (poyo)
or we shud go ice cream hunting 5 hari berturut-turut?
sounds fun kan (bodek perut sendiri)

i'm up to any suggestionsss since dah buntu


nota kaki : sedih jugak rasa. tp nak positivekan diri.

Wednesday, August 1, 2012

Nota Kawin 64 : Bila hyppo sakit kaki

Salam,
tadi duk tengok2 gamba dalam henfon
teringat tragedi hyppo sakit kaki

masa tu sati n syfq otw nak g rumah syfq
nak amik kereta sati
sati nak gi ampang

masa sampai area saujana putra
kaki hyppo sakit
dalam kata lain tayar nye terkentut keluar angin

setelah encik buah hati menggodek2 hyppo
dan membawa keluar 2 gadgets instead of tayar spare
all i can do at that time hanyalah berdiri di tepi hyppo saja

what do you expect?
nak suh sati tolong?
memang zero pengetahuan la kan haha

tolong teman je la nampaknya
n tolong amik gambar budak syfq
comel ^________^ sungguh tak berfaedah sati ni

yang sati perhatikan bila hyppo start problem
budak syfq cepat perasan
tapi bila sati problem, tak perasan pulak

bila dah tersadai tepi jalan
budak syfq rileks je
sati yang apekah ? why? what? WHOA....

satu pengalaman
yang tak dapat
sati lupakan. haha.

memang lepas kawin nanti
kemana2 pun naik VIP je lah
VIP tu nama Vios sati

gadgets yang kalau sati ade pun belum tau reti guna
typical perempuan.
worst come to worst, sati call plusronda je nti
1-800-88-0000

semasa amik gmbar yg asal, sebelah kanan.
pastu nak wat mimik muka sedih sebab hyppo sakit kaki,
budak syfq buat muka yang kiri LOL !!





















nota kaki : kejadian berlaku pada 14 julai 2012. sampai je rumah budak syfq, ade surprise bbq untuk beliau. huhu. ^___^ V surprise !!!!!