Monday, September 24, 2012

Sakinah : Resepsi

Salam, 
Nak cerita banyak pun tak reti. sebab asyik sungguh sati tengok gambar majlis pernikahan n perkahwinan kina. pada sati, majlis kina ni perfect. harapnya uncle & aunty dapat tarik nafas lega. semua berjalan lancar. ok, uncle & aunty...sekarang  boleh pegi honeymoon. yup yup.. hehehe. kina n huzai mmg confirm la pegi honeymoon. jom layan gambar. 


husband n wife yang excited dapat corsage 



kina, sila jadikan saya kakak kamu.
ur dad dah mula sayang saya.
ngeh ngeh ngeh

abg Jedan (the designer), The BRIDE, and kak Jaja (Makeup Artist)




sila menangis tgk ke-gorgeous-an baju yang abg Jedan buat



yg tengah tu kumpulan in-team u'olls



jemput makan u'olls.
nasib baik la sati ade hubby yang tolong queue amikkan makanan. 


sebelum balik mesti la nak kena amik gambar dengan pengantin yang diraikan. huhuhu.

p/s: 1st time sati makeup sendiri dan berjaya memakai falsies dalam masa kurang setengah jam. haha. job well done. thanks to maybeline. nanti kita buat post pasal makeup boleh? nak puji maybeline. lol. perasan sungguh la diri ini. mcm la cantik

Sakinah : Ijab & Qabul

salam,
previously dah update sakinah's malam berinai
ni nak tempek gambar hari akad nikah pulak
sila tutup mulut anda yang jaw-dropped tengok kecantikan puan huzaifah ini. hehehe. 









menangis tengok kasut kina. i want those !!!!
btw, capub sekejap kereta suamiku ini











sejuka hati mak ayah kina
dapat menantu yang sejuk mata memandang
kina, sekarang dah jadi isteri huzaifah
sila menjadi isteri yang solehah dan cepat2 meramaikan umat Muhammad s.a.w
sati pandai menasihatkan orang, diri sendiri ?? hahaha.. hanya suamiku yang tahu.
LOL.


Barakallahulakuma Huzaifah & Sakinah

Sakinah : Berinai

Salam,
Sati terpaksa memberhentikan review wedding sendiri.
sebabnya, belum dapat gambar dari OP.
Lagi pula nak meraikan majlis my bestfriend
so, here goes..
Sakinah 1st chapter - Berinai







i was there around 10pm. masih belum mula berinai.
tragis sungguh la... inai daun yg sepatutnya dipakai, dah jadi bancuuhan perap ikan
ok, exaggerate sungguh. tp tu lah. bila orang lain yg kita harapkan sediakan inai.. haha. nasib baik kina dah beli inai paste yg Rani punye.
kawan2, lain kali sila sediakan PLAN B ok?
btw, we had fun that nite. last nite before kina menjadi milik huzaifah.
dari kisah nak berinai tak ade selotape sampai la kena bebel ngan makcik2 kat situ sebab kitorang asyik menyembang tapi tak mula menginaikan kina. huhu

next post kita sambung kat part 2 ok?
majlis akad nikah pulak

Tuesday, September 18, 2012

Review Kawin 2 : Inai di jari

Salam,
kali ni nak review pasal inai
sepanjang tempoh preparation utk kawin, mcm2 jenis inai yang kawan2 dok discuss kat FB. ade yang inai tiub, inai tradisional, inai mekah, inai sticker, inai uptown, inai downtown.. macam2 jenis.
sendiri pun tak berapa arif pasal inai ni. ikut hati nak pakai kat kuku je. haha
tapi takut tak nampak macam pengantin pulak.

sati pakai inai sebagai syarat je
so pakai inai style orang dulu-dulu
tanpa sebarang ukiran
kat kaki pula hanya pakai di kuku kaki sahaja.

semasa kenduri di seremban, sati pakai malam sebelum tido.
mula-mula salotape kat ruas2 jari.
konon nk bagi lurus je inai tu bila pakai
tapi disebabkan sati tak duduk diam, salotape tu melonggar.
terbabas jugak kelurusan inai tersebut.
ade pengantin pakai semalaman,
tp sati terus tunggu inai kering (guna hair dryer !!)
bila dah kering, lalukan inai yg dh kering tu kat air 
dan terus lap inai2 tersebut
jangan basuh beriya dengan air taw
*sati ikut arahan seperti di kotak inai
lain pengeluar inai lain instruction.

jom layan gambar sikit

Atas kiri : sedang disalotapekan
Atas kanan : inai yang di-standby-kan
Bawah kiri : proses mengering
Bawah kanan : sambung menginai kuku kaki

rupa inai yang dah dilap sebelum tido

kantoi inai terbabas kerana ketidakmampuan sati untuk duduk diam  

nampak tak inai saye? hahaha

yang atas tu inai yg guna untuk majlis seremban
yang bawah tu inai yang guna untuk majlis kedah.
terpaksa topup sebab warna inai mencair dengan cepat

untuk makluman, sati guna inai Rani Kone - Henna Paste untuk majlis di kedah
sati pakai yang kotak warna merah n pink tu
pada bahagian tengah yang warna hijau tu ade tulis
DARK REDDISH
warna ni yang cantik (pada mata kepala sati lah)
pakai pun sekejap je. cepat kering. (tak perlu guna hair dryer)
lepas inai kering boleh terus basuh.
so mudah la sati nak tido

yg inai kecik tu (pakai masa kenduri seremban) sati tak ingat sangat. 
rasanya adik beradik dengan inai rani ni jugak. 
tp special untuk kuku. 

korang tahu tak yang sebenarnya kepekatan warna inai ni bergantung pada kepekatan darah kita. kenapa? tak percaya ke? ni teori sahaja. tak tau la kesahihan teori ni. tapi inai sati masa baru 2, 3 hari pakai memang merah. tapi lepas tu terus oren. sebab darah sati sangat lah cair. kalau derma darah tu, cepat je penuh. baru nak layan2 tengok tv kat hospital tu, tiba2 nurse kata dah siap proses menderma. haha. 

btw, harga sekotak henna dark reddish tu sati beli RM7 kat kedai depan office. tiub kecil yg untuk kuku punya RM4 je. so bila gatal2 gi beli both, abang kedai tu bagi diskaun singgit. dia siap bagi gerenti, kalau inai tak merah, boleh datang tukar. haha. nak tukar mcm mana kalau dah pakainya kat kedah. lagipun bukannya tiap-tiap minggu kita nak berinai kan?
sekotak inai ni (yg RM7) boleh pakai kat jari-jari tangan mcm yang sati pakai tu. dan tiub kecil untuk kuku-kuku kaki

cukup la rasanya update berkenaan inai ini.

nota: berjaya menyiapkan post sebab encik suami tidak ada di rumah. semasa beliau ada, harapan sangat nak on laptop. bercinta sungguh lah nak buat post. since ramai tanya pasal inai sati, tu yang gigihkan diri buat post. kalau tak.. bersawang la blog sati 

Monday, September 10, 2012

Review Kawin 1 : Penunjuk Arah

Salam,

bismillah.. dengan nama Allah, sati mulakan review berkenaan kerja kahwin sati.
sati nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini walaupun pada hakikatnya banyak cacat cela, sati masih bersyukur dan gembira dengan pernikahan ini.

kepada nama-nama yang terlibat yang menjayakan majlis, this is credit to you on your excellent job but to those yang merosakkan majlis sati, ini adelah medan untuk sati berkongsi pada pembaca, supaya diorang ingat dan aware dengan servis korang.

for the time being sati tak ade gambar dari photog rasmi.
so ape yang ade je lah. 

kali ni nak mulakan dengan penunjuk arah.
pada sati, penunjuk arah ni sangat penting. 
 tak semua jemputan kita aware kedudukan majlis 
(samada di rumah mahupun dewan)
dengan adanya penunjuk arah ni, tetamu tak lah tercari-cari
tapi sati pernah je pegi kenduri yang tak ade tanda arah.
kena google maps u'olls. 
nasib baik la hubby ade ipad boleh cari.
kalau tak, tak sampai !

jom layan gambar dari henfon sati. tak ade sape nak g amik penunjuk arah ni masa mereka terpacak cantik kat tepi jalan. sati snap bila dah cabut je. cabut tu sebab nak balik kayu2 dia. kenduri orang lain nanti boleh pinjam. 





trivia berkenaan penunjuk arah

a) saiz kertas yang digunapakai ialah A3 dengan saiz tulisan yang boleh tahan besar. bagi senang dilihat. selalunya tengok orang buat saiz A4. sati sendiri kalau cari penunjuk arah yang kecil ni agak sukar nak pulak semasa memandu. kalau jemputan yang ade masalah penglihatan mcm mana?

b) saiz anak panah sengaja dibuat besar dan berwarna merah. biar senang orang nak tengok.

c) wording pada penunjuk arah termasuk nama PENGANTIN dan nama PARENTS sati sebab tak ramai family n kawan2 mak ayah yang kenal sati. so bila diorang tengok nama mak ayah, diorang senang cari kenduri yang mahu dituju. lately banyak jugak terjumpa signage kenduri dengan nama 'izzati' ni. tapi nama pasangan tu dah lain la. agaknya tahun sati lahir dulu mmg nama izzati tu tengah in. tengok je kat sekolah. setiap batch ade nama izzati. haha.

d) terdapat 'km-to-go' bagi menunjukkan jarak perjalanan untuk tiba ke lokasi majlis. untuk dapatkan jarak perjalanan ni, sati naik je kereta vios tu, set dari starting point nak pacak signage, sampai la ke rumah. rekodkan bacaan 'km-to-go' bagi setiap simpang yang perlu diletak penunjuk arah ni. sati buat ni sendirian berhad. tapi sebenarnya lagi bagus kalau bawak co-pilot untuk jadi tukang catat.

f) terdapat juga sign 'kawasan menurunkan  penumpang' kerana mengambil kira faktor kedudukan rumah yang terletak di kawasan jalan mati. so kalau banyak2 kereta masuk ke kawasan taman, nanti susah nak control traffic.

g) kertas A3 tersebut sati laminate bagi mengelakkan basah terkena air hujan. kebetulan pagi tu hujan. maka selamat lah penanda arah tersebut. selalu jugak sati tengok orang balut dengan plastik secara manual. balut pun boleh tapi dengan syarat, kena betul2 lekat kat kertas. kalau dia menggelembung sebab ade udara, takut tak nampak tulisan.paling mudah, kita salotape guna salotape besar gajah tu. haha. leceh skit la nak buat. ape yang penting, kalau hujan, warna tulisan dan anak panah tak turun sebab kita print guna bubble jet printer. kalau laser jet boleh tahan lagi.

h) waktu terbaik untuk pasang penanda arah adelah selewat mungkin sebelum majlis. ini bagi mengelakkan penanda arah korang kena cabut atau ditindih dengan penanda kenduri orang lain. tapi kadang-kadang bila dah terlalu banyak penunjuk arah yang dah di pasang, kita boleh jadi blurr pulak nak letak kita punya lat mana. dah pasang, jangan lupa cabut semula. selalu orang tinggalkan penunjuk arah ni. kalau ada pihak berkuasa tempatan nak cabutkan tak ape jugak. kalau tak ada, sampai anak 3 orang la benda tu duk bertapa kat tepi jalan. hoho. exaggerate sungguh.

dikesempatan ini, sati nak ucapkan terima kasih kepada pemasang penunjuk arah ini. you know who you are. dan kepada ayah dan haziq yang tolong cabut semula keesokan harinya.

ok? cukup takat ni lah.

till next review. semoga rajin even hubby ade kat rumah. haha.


Series of Unfortunate Events (pt.1)

Salam,

dah lama sati tak update blog. 
mood untuk update new post sangatlah tak ade since terjadinya beberapa series of unfortunate events. tak ada rezeki. apa yang sati boleh buat hanyalah ceritakan disini sambil memujuk hati supaya redha dengan apa yang berlaku. setiap daripada apa yang sati update, yang mana memburukkan mana2 pihak, sati tak ingin minta maaf. sebab sati yang terkena. sati yang merasa. (kejam x?)

Unfortunate Event 1

Macam biasa, raya pada tahun ini sati sambut dikampung emak.
kebiasaannya kami sekeluarga balik dengan 1 kereta. kereta 8 tempat duduk, cukup untuk menampung kami sekeluarga. tapi pada raya kali ini, adik sati minta untuk drive kereta asing untuk balik kampung. memandangkan barang pun banyak nak kena bawak balik, dan adik pun terpaksa pulang awal sebab kawan-kawan dia nak berkumpul di seremban n tumpang tido kat rumah yang di Paroi tu, ayah bagi la green light kat adik. 

So, hari raya pertama kami ada kenduri tahlil arwah untuk ahli keluarga yang terlebih dahulu meninggalkan kami semua. lebih-lebih lagi untuk nyang yang baru sahaja meninggal pada bulan Mei yang lepas. selepas kenduri dan tahlil, sati dan keluarga berangkat pulang ke kampung ayah.

Hari raya Kedua, kami sekeluarga pergi ke Felda Sebertak. sepupu mak bertunang. masa ni sati asyik kena usik sebab tak berapa hari lagi nak nikah. so tumpang glamour mak teh sati masa tu.

Hari raya ketiga merupakan hari dimana keluarga sati diuji.
pagi tu ayah dan emak berangkat ke Chini untuk merisik bagi pihak sepupu sati. adik lelaki sati yang  drive kereta asing pun bersiap untuk pulang ke Seremban. lebih kurang jam 12.30 tengah hari, sati terima panggilan telefon daripada ayah. ayah bagitahu rumah kami dimasuki pencuri.

sati jadi kelu sekejap. RUMAH DIMASUKI PENCURI? 

lepas tu baru lah sati dapat digest ape yang ayah bagitahu. cepat-cepat sati call adik yang dah balik. 

adik : kakti, rumah kita kena masuk pencuri. habis barang-barang dalam bilik (pencuri tak usik bahagian common area) semua dah sepah-sepah. ape barang berharga kakti yang ada dalam bilik?

*masa ni baru teringat segala barang hantaran dan barang kemas untuk majlis perkahwinan sati*
sati senaraikan satu persatu barang sati. sambil menangis sati tanyakan barang2 hantaran dan cincin sati. adik kata tak jumpa barang yang sati sebut. 

2 buah jam yang dalam kotak tu terselamat
sebab pencuri tak terfikir nak usik paperbag yang sati letak kan jam tu.
paperbag asal yang pencuri tu dapat n taburkan isi-isi beg kat atas katil.

rupa kunci bawah yang kena kopak

rupa kunci tengah yang kena kopak

rupa frame pintu tersebut


tak perlu cerita banyak kot. rupa pintu yang kena kopak tempoh hari.

secara keseluruhan, 2 buah laptop kepunyaan adik2 sati kena curi, duit pelbagai jenis matawang pun turut lesap, set perfume dan beg untuk hantaran turut berjaya dikebas. barang kemas selamat dijumpai sebab kebetulan sorok kat somewhere yang sebenarnya tak berapa nak safe sangat, tapi sebab tawakal, n itu rezeki sati kot. mak kata duit2 yang mak sorok kat few tempat tak kena ambik. maybe sebab berkat duit tu anak bagi. rezeki kami takat tu je la nampaknya. 

laporan polis dah pun dibuat, kesan cap jari turut didapati di bilik salah seorang adik sati. semoga pencuri dapat pembalasan yang setimpal disamping mendapat hidayah Allah sekiranya dia umat nabi Muhammad saw.

rumah kami kena masuk sebelum kenduri. semalam jiran pulak berkenduri, sati dapat tahu ade perempuan 2 orang yang tidak dikenali hadir pada majlis tersebut dan dapat bawak lari beberapa ratus wang tunai yang mereka dapati dalam 3 buah beg tangan kepunyaan ahli keluarga jiran sati. zalim nya kau perempuan ! haram apa yang kalian makan dan beli hasil kerja jahat korang. 

kepada yang bakal mengadakan majlis, sila berhati-hati.
barang2 hantaran masa majlis sila letakkan seorang atau lebih baik 2 orang untuk jaga. kawasan dalam dan luar rumah minta sediakan seorang dua pemerhati. tengok2 kalau ade 'tetamu' yang berperangai mencurigakan. 

lagi satu pesan sati, sila bawa barang2 berharga korang bersama-sama kalau balik ke kampung. barang kemas terutamanya. malang tidak berbau.