Thursday, January 31, 2013

Travel : Melbourne pt.4

Salam
Masa untuk bercerita pasal makan. Halal food sudah semestinya. sati stay di Novotel, Collins street. kat area sini dekat dengan 3 kedai makan. 1 kedai jual kebab. 2 kedai makan indonesia. Untuk full list kedai makan & butcher shop yang halal di Melbourne, boleh klik sini

1st kedai yang sati singgah ialah Melbourne Halal Kebab. Sedap wooo.... Basically, mana-mana negara bukan islam kita pergi pun paling senang nak jumpa ialah kebab la. tapi kebab ni memang sedap. semoga hubby boleh tapau bawa balik malaysia lain kali. hahaha. 


maaf map adelah kechil. haha.sati stay kat tempat bertanda biru tu. Novotel on Collins Street.
Kedai kebab ni kat tempat bertanda merah tu. kat Flinders Lane. 
Kedai dia berhampiran dengan police. Jalan kaki je dah sampai.
Flinders lane ni antara Collins Street dengan Flinders Street. 



ni nak tunjuk, dekat dengan simpang. senang nak carinya





ini rupa kebab kegemaran sati sekarang. harapan la nak makan setahun sekali pun belum mampu ok.


2nd kedai yang hubby bawa sati makan ialah Nelayan. sati tak amik gambar kat sini sebab masa makan tu terlalu lapar barangkali. sampai lupa. kat Nelayan ni sati makan nasi campur. Nelayan ni kedai makan indonesia. terletak di Swanston Street. 


3rd kedai yang kitorang singgah ialah Es Teler 77 Juara Indonesia.
Masa makan kat sini, kami memilih untuk makan Nasi Goreng Kambing.
Dah nama pegi negara banyak lembu dan kambing, ape lagi.
Segala makanan yang kambing-kambing ni kami order.
kalau korang perasan, hanya 1 hidangan je yang sati snap. 
ini kerana memang kami order 1 je. 
serving portion dia adelah banyak. 1 pinggan kongsi 2 orang pun dah senak.
hubby kata kalau dia makan sorang mmg tak habis, so kitorang share.
sharing is loving and saving kan?

kalau nak ikutkan, banyak lagi kedai makan kat melbourne yang halal. korang boleh refer kat link yang sati dah bagi kat atas. kalau malas nak scroll ke atas, klik saja sini. haha.
sati pegi melbourne sekejap sangat. tak sempat nak berpesta makanan 
(sebenarnya mahal hahaha) kat sana.
al maklumlah, 1 hidangan 9dollar. cuba darab 3.20... tak ke rm28.80  1 pinggan?
saya budget traveller. makan murah-murah. air minum air kosong masak di hotel sajo. 

tapi bersyukur juga dapat makan sedap2 (selain buah2an awesome) kat sini.
lepas ni nak update pasal ape pulak? insyaallah sati update trip Universal Studio Singapore.
till next post. salam.

Saturday, January 19, 2013

Travel : Melbourne pt.3

Salam,


Hari last before balik tu, encik syafiq bawa sati jalan-jalan sekitar town. setelah study di bilik malam sebelumnya, kami berkeputusan untuk menaiki free ride tram 'City Circle' untuk explore Melbourne. mengikut map, tram ni memang mengelilingi town dan pada map turut ditanda place of attraction untuk dilawati. so kita boleh tahu kat mana kita nak turun nanti. oh ye, map ni kitorang dapatkan secara free dari hotel. ade kat lobby diorang letak.

dari hotel, kami berjalan ke flinder station. naik tram kat situ. tujuan pertama hari tersebut nak pegi Queen Victoria Market. Ape ade kat sini? masa tengok 'rasa halal antarabangsa' yang dihost oleh si pengacara mata bulat besar tu, adik sati dah remind, sila pegi QVM ni. 



QVM ni terbahagi kepada banyak bahagian. Ada untuk non-halal punya khas je tempat. so, sati n husband mmg tak masuk pun situ. kitorang pegi kat tempat craft, arts, bajus, accessories, bahagian buah dan sayoran, dan sati sedikit jakun tengok orang jual anak ayam anak itik tu. macam la kat malaysia orang tak jual tu. tapi sati betul-betul tak pernah tengok anak itik. besar anak itik dia. (kampung sati tak de orang bela itik. sebab tu jakun)







sati teringin sangat makan cherry. adik2 perempuan sati belajar overseas. diorang kata cherry sangat sedap. xmacam cherry atas kek yang dah diglazed tu. alaaa yang merah menyala tu. itu la glazed cherry yang rasa tak sedap langsung. ubat batuk lagi sedap kot dari cherry atas kek tu. so sati n hubby jalan la kat QVM ni. mmg niat nak beli buah tu, nak rasa-rasa je la. lagipun perut dah nyanyi-nyanyi. dalam beg hanya ada air botol minuman yang kitorang masak di hotel sajo. nak beli air lain, tak berbaloi. hahaha kedekut.




reminder : korang nak beli cherry, hanya orang kedai @ penjual je boleh amikkan cherry untuk korang. kalau tak, nanti diorang marah. lagi satu, korang jangan beli sikit, pun dia marah. hampas punya penjual tu. sati nak rasa je. sebab tu beli sikit je. huh! beli ratus gram pun dia nak tempik. bukan nya minta free. nasib baik sedap cherry ko. kalau tak, mmg aku sumpah banyak2 kali. grrrr....

lepas beli cherry, hubby belikan sati strawberry. memang la sati selalu makan stoberi cameron highland kat negara tercinta ni. tapi hubby nak tunjuk yang stoberi ostolia ni besar n manis sangat... macam orang yg belikan kat sati tu. hahaha. (b, hani puji ni) hahaha. terimakasih. memang besar stoberinyapun. kat sini orang kata stoberi turun tempat panas jadi masam. stoberi sana masa summer sedap je tak masam pun. sana lagi panas banding malaysia. ape da. teori tak boleh pakai ni.

jom layan gambar-gambar yang kitorang sempat amik kat QVM ni dan pemandangan sepanjang menaiki tram City Circle ni. next post sati update pasal makan ok? hummm makan was the best part kat Melbourne. tak caya? tunggu....
the famous UGG boots of Australia












Wednesday, January 16, 2013

Travel : Melbourne pt.2

Salam,

sambung post pasal melbourne(Mel). Post pt.1 boleh baca di sini. Haritu sati tempek-tempek gambar. tapi tak cerita banyak. this time sati try explain skit about the piccas. ingatan saya, sila berkelakuan baik. haha. dah banyak sangat makan rendang semut. semakin pelupa pula. ni belum beranak pinak lagi. ish ish ..


sebelum ape-ape, jom sati perkenalkan rupa duit australia ni. jenis kertas dia macam kertas duit 5 hengget kita tu. duit syiling pun macam duit lama kita tapi saiz dan nilai dia tak sama la. sini duit kertas paling kecil 5 dollar. duit syilling dia ada $2, $1, 50sen, 20sen & 10sen. 5 sen tak sure ade ke tak. korang g la tanya encik gugel atau makcik waikikipedia. 

masa sati datang sini, exchange rate 1AUD dalam RM 3.38. so tukar duit kita banyak, dapat duit dia sikit je. haih... nasib baik la encik suami berjaya mohonkan FOC kat company utk bawak sati pegi sekali. jimat sikit belanja. huhu. tapi baru2 ni sati pegi tukar duit USD, sati tengok AUD dah turun. 1 AUD bersamaan RM3.20. jadi kawan-kawan, sila pergi Aussie sekarang. hahaha. ape la gila punya saranan.


dalam post yang sebelum ni, sati ade share gambar Flinders Street Station ni. Station ni boleh kata macam main station kat town ni la. since it is the biggest station yang sati jumpa dan paling meriah jugak. Flinder station ni terletak kat tepi sungai. kalau korang dari town dan nak menuju ke sebelah sana Yarra River, korang kena melalui bawah Flinder St. Station ni.


ni la laluan pejalan kaki nak ke Southbank of Yarra River.


see the guy on the left.. encik somi yang baik hati mengangkut sati ke mel.
encik somi kata Melbourne ni kampung dia. huhu. awak tu orang Jitra, 
celah mana Jitra, Melbourne, Australia agaknya?


ni pemandangan dari sebelah Flinder Street Station yang sati cerita tu. Hello Yarra River. 



sati suka tengok group of people main tricycle ni. tak tau la apa nama dia. tapi nampak coolies. nampak mcm extreme pun ade jugak sebab diorang main beskal ni secara berjemaah. nyaris2 nak belanggar pun ade. yang willie pun ade, yang drift pun ade. berpusing2, macam2 gaya. rasanya masa kitorang tengok ni diorang tgh buat recording. maybe nak buh kat youtube. sebab encik suami ade jumpa video budak2 main beskal ni kat youtube. semart gila hokey.





ni adalah sebahagian arca yang ada kat park disebelah Yarra River ni. waktu ni dah senja. bangunan belakang arca ni kalau tak salah casino. rasanyalah.



waktu petang yang dihabiskan untuk melepak dan memerhati kerenah orang lalu lalang. tak tau la apa nama seating merah ni. sepanjang berjalan area sini, mmg sentiasa ade orang duduk-duduk sini. berehat kot. tak pun stalking. eeeee tak de kerja.


petang yang dihabiskan untuk berjalan-jalan pegang tangan dan bercinta. masa sebelum kawin tak dapat nak buat cenggini. dah kawin la masanya. ok, sila muntah. hahaha. jumpa di lain post. salam.


Monday, January 14, 2013

Travel : Melbourne

Salam,
Setelah basi trip ke melbourne(mel) ikut husband, baru nak hapdate. Hahaha. Layan kan ajelah. Ni pun dok hapdate dari phone je. Nampak x betapa tak rajin nya sati? Hohoho

Sati g mel hari khamis malam. Naik je kapal, 2 jam je tahan, lepas tu dah pengsan. Hahaha. Dah siang tu kerja mcm tak plan nak g mel pun. Mmg patut la cepat pengsan. Tp thanks to hubby sbb sempat dtg jenguk wife dia walaupun sibuk kerja kat depan.

Sampai mel dh pagi. Sampai hotel pulak dh tengah hari. Kitorang stay kat Novotel on Collins St. Betul2 terletak kat town. So nak pegi mana2 boleh kata walking distance la. So bila dah sampai tu kitorang keluar sekejap tapau kebab, dah makan n settlekan ape yg patut, kitorg tido. Petang nk pkul 5 tu keluar jenjalan sampai la sunset.

Jenuh jugak nak tunggu sunset masa summer. Pkul 8stgh baru nak gelap. We had a wonderful time that evening. Sempat window shopping jugak. Survey corelle utk mak. Fyi, corelle kat sini murah. Tp not everything from usa. What? Yup yup. Cawan dia made in china. Yg lain semua made in usa. Patut la berat n murah. Tp yg nak pakai tu pinggan dia. So berbaloi la. Kat malaysia, corelle plain tu je set of 16 dah 300hengget. Kat sana, 2 set bleh dpt 4ratus lebih untuk yg corak punya. Kat msia 1set dlm 5hundred or more.

Kat mel ni sangat banyak street performance. Tapi diorg ni very smart and clean jugak. Ade yg berucap beriya2. Ada yg main alat muzik. Yg tiru elvis pun ada. Street magician ada. Yg buat art mcm crafted name n ada groups of people yg berjalan sambil nyanyi religious chantings. Yang menyanyi sangat la banyak. Yg menari pun ade. Tp paling sati suka tgk a young lady berjalan dengan bunny rabbit sambil promote good dental practice. Bawak berus gigi besar tu skali ke sana sini.

Satu yg sati xsempat nak adapt adalah waktu kedai beroperasi.  Bayangkan pukul 5 petang mall n kedai dh tutup. Ade a few yg buka tp kebanyakannya tutup. N kebetulan masa pegi tu weekend, so mmg hari org clubbing sampai xmuat kedai ade lah. Nightlife dia mcm kl la kot. Tp without the shopping malls tmpt budak2 remaja melepak.

Jom layan gambar. Nanti sambung kat post lain pulak.

sati terjumpa patung ni 'beratur' kat lampu isyarat. cool kan?

Flinder Street Station, siang & malam

street performance

town area

street art & activity

Yarra River Melbourne landscape 

Sunday, January 13, 2013

Resepi : Flat bread

Bahan roti :
Tepung
Mauripan,
Air, 
Garam,


Bahan topping : 
Daging,
Salad,
Bawang besar,
Planta, 
*Rempah kari,
*Serbuk lada,
Garam,
Gula,
Asam jawa,
*Kicap manis,
*Sos tomato,
*Sos cili


Semua yg bertanda * tu terpulang ikut suka hati anda. Nak manis ke, pedas ke, masam ke, hitam ke, merah ke... Ok? Boleh masukkan atau x, adjust ikut kesukaan anda.

Cara membuat roti :
Gaul tepung dan garam,
Bancuh mauripan dengan air yg suam sikit utk speed up the yeast utk bertindak,
Mix them sampai jadi dough,
Tutup bekas adunan dengan kain lembab,
Biarkan rest selama 45mins-1hour,
Masa ni dough ni dah mengembang,
Potong ikut berat or size yg kita suka, bahagi2kan,
Rehatkan lagi dough2 kecil ni selama 30min,
Lepastu canaikan sampai leper,
Masak atas kuali leper tanpa guna minyak.

Cara membuat topping:
Panaskan kuali, masukkan planta,
Tumis bawang besar,
Masukkan daging,
Masukkan semua bahan perasa mengikut kesesuaian,
Masak hingga sedap dan kering.
Hidangkan seperti gambar, tujuan sayur diletakkan sebgai pelapik bagi mengelakkan kuah dari daging membasahi flat bread.
Tp kalau nk masak daging tu berkuah, kita boleh la makan flat bread cicah daging berkuah tersebut.

Nota: resepi sati xda sukatan sebab sati xsukat bahan yg sati guna. Haha. Yg penting, masak dengan kasih sayang.

Resepi : Agar agar cincau

Bahan :
2 tin air cincau seasons (less sugar)
Air
Gula
Agar-agar strips


Cara memasak:
Tapis cincau dari air
Tuang cincau dalam acuan
Masak air yg ditapis 
Tambah 200ml air masak
Tambah 4sudu gula
Masukkan 60g (half packet) agar-agar
Masak sehingga agar-agar larut
Tuang ke dalam acuan 
Sejukkan


Tips:
Agar2 sedap dimakan bila kita makan dlm peti. Buka pintu peti, pegang sudu & dig in. Sejuk peti akan tambah nikmat makan agar2 ni.