Thursday, February 28, 2013

Santai

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Musim harlem shake

Haha.

Sekadar gambar hiasan

Monday, February 25, 2013

Target : nak buat review ape ye?

Salam,
Minggu lepas dh ade update yang tak berapa sedap. 
So nk tukar atmosphere di notahani dgn buat good review pulak. 
Tengah memikir nk buat review pasal ape? Makeup? Baju? Bridesmaid? Kek? 
Emmm... Yang mana eh? Nanti sati godek2 gambar yg dh diterima dari OP. 
Tapi. Hati berat nak ke bridesmaid je. Huhu

Semoga sati rajin. Amin

Thursday, February 21, 2013

Wedding : Post wedding photo shoot

Salam,
Sati masih tercari-cari idea untuk post wedding photoshoot. 
Ada cadangan menarik x? Nak yg ala dating je. 
Mudah dan senang nak prepare.

Wednesday, February 20, 2013

Wedding : BAD REVIEWS coming your way

Salam,

tak berminat nak cakap panjang. ini adalah satu AMARAN. get ready peeps, anda akan dihidangkan dengan SERIES OF BAD REVIEW. lepas tu nak minta kawan2 share my bad reviews kat fb n blog diorang. dasar melayu mudah lupa. ko makan duit haram wehhhh.... geram.

p/s: sape makan cili, dia rasa pedas.

Monday, February 18, 2013

Travel : Universal Studio Singapore (USS) Pt.2

Salam, 
sambung part 2 di Universal Studio Singapore. seperti yang sedia maklum, USS ni penuh dengan rides. almost semua sati cuba. yang tak sempat cuba tu kat Jurrasic Park sebab tak ready untuk basah. haha. 

Selepas turun dari battlestar galactica, kitorang ke 'Revenge of the Mummy'
masa naik ride ni, sati duk sebelah pakcik tua yang berjalan pun pakai tongkat. beliau dari indonesia. hes old. almost ancient(hyperbola) . gigh juga orang tua nak try rides kat USS ni. but hey, they dont have age limits kot. as long as kita fit to endure those rides... you are most welcome to visit USS.

tengok budak gemok ni. sama besar dengan signboard kat belakang dia. 

these two guys ade berkeliaran kat depan building ni. tapi yang life sized punya la. 

i cannot enjoy this park. sebab tak ready dengan poncho. lagipun masa sampai kat sini, orang dah ramai.



okay, this is my favourite. sampai pun ke Far Far Away Kingdom (xde la jauh sangat)
kat sini ade Shrek 4D. korang duk dalam 'wayang' sambil enjoy the show. kena percik air, kerusi bergegar semua time ni la. untuk pregnant mommies dan orang2 tua, boleh duk seat yang di bahagian tengah barisan. sebab kat situ paling sikit getaran rasa. less adventure but hey...its for your own safety. 













ok, sila lempang. haha









Saturday, February 16, 2013

Wedding : Album dah dapat

Salam,
Akhirnya album dan softcopy gambar dah sampai ke tangan sati. Masa untuk buat review. Album kedah tak tau ape cerita. Now looking forward nk buat post wedding dengan madu sekali. Hahaha. Susah jugak jadi bini no2. Suami syg bini no1 lebih sebab bini no1 xnagging n xemo mcm sati. Huhu. Nanti kami cari tarikh ye.


btw, kami dah ade 2 album. 1 buat sendiri, 1 OP buat. yang sendiri buat pilihan gambar dipuji husband. yang OP buat.....errr... husband xpuas hati sebab gambar2 dia ade yang dia tak suka. maksud sati, gambar tak ready la. kalau nak taruk gambar candid pun, make sure la yang tuan punya badan suka. kami tak ade pilihan melainkan terima apa yang OP bagi sebab kami tak diberi privilege untuk pilih gambar. ye la.. xdapat softcopy.. nak pilih macam mana kan?

nanti la buat review wedding. bad review ke good review yang banyak agaknya ye?

Thursday, February 14, 2013

Wedding : MUA Zara (Bad Review)

Salam,

Entah kenapa harini mood geram meluap-luap. Oleh sebab itu satu lagi entry sati tulis. kali ni pasal MUA yang cancel last minute. sati doakan MUA ni berjaya di dunia, bahagia di akhirat. dan semoga dia dapat hidayah untuk pakai tudung.

ni MUA yang sati sebutkan. lebih dikenali sebagai Zara. sila tengok anniversary dia sebelum menyambung pembacaan ini. ANNIVERSARY : 1 SEPTEMBER 2012. sila ingat !! ingat !! ingat !! 

sekarang boleh mula baca message sati dengan zara di FB.sayangnya sms tak dapat nak save sebab dah tukar hp. hp lama dah uzur. tak dapat diselamatkan.


korang tengok rege dia, murah kan? bagus la. untuk pengantin bajet macam sati. hasil kerja dia memang sati puji. cantik n sweet. korang semua boleh consider hasil kerja dia ni, xada masalah. tapi apa dia buat kat sati, memang sati ingat sampai bila-bila. no hp pun ada. korang boleh la contact dia untuk dapatkan servis. sati promote ni. ambil la dia (tak sinis tau. jangan tafsir bukan-bukan. jujur ni) . 

terang-terang situ dia kata boleh bila sati kata nak book dia untuk majlis bertandang 1 September 2012. Masih ingat?? ingat?? ingat?? tarikh keramat tu? INGAT?? haaaa sepadan tak dengan tarikh anniversary dia? sama kannnnnnnnn????



22 Ogos 2012 sati text dia kat fb lagi sekali untuk remind. siap bagitau kata sms n call tak dapat. mungkin dia bz masa tu. tapi dia bagitau dia jarang update facebook. dia sendiri yang cakap. bukan sati buat2 cerita. tapi sms dan call pun jarang ke? mungkin ketinggalan zaman. setahu sati, masa nak kawin tu la henfon sangat berharga. nak contact semua orang untuk ajak datang dan sebagainya. henfon tu sangat penting...oh mungkin tidak bagi dia. 

27 Ogos 2012 dia reply. kecewa betul sati dengan dia . korang pun boleh nampak terang jelas dan nyata. kan??? sedih. sempit betul cara dia berfikir. orang nak kahwin ni bukannya tahu harini, minggu depan nak kahwin. ko bukannya belakon cerita adam hawa yang semua pun nak kawin cepat tak menyempat macam johan & azie tu. itu pun sempat plan majlis proper. lain la ko kawin free mcm adam & hawa tu. hish.. kan dah mulut tak ada insurans. geram aku. grrrr (istighfar sati.....)

ape pun dengan bantuan keluarga syfq, sati dapat MUA pengganti. disebabkan sangat last minute confirm, sati kena RM400 kot masa tu. tak berapa ingat. sebab tau harga pun masa dah siap makeup. nak tak nak, hulur je la duitnya. nasib baik mak sati puas hati dan  mertua sati kata cantik. kalau tak, memang sati nangis buang makeup masa tu jugak. thanks hubby sebab tolong sati cari mua ganti. =)  

btw, happy belated birthday MUA yang sati xsuka. best tak dapat bad review as birthday present. mesti suka kan? aku tolong promote kat blog aku yang tak seberapa ni. =) 

Wedding : Album belum dapat

Salam,
Ini hanyalah keluh kesah. Sekali lagi kesabaran diuji. Apekah OP ni memang dahagakan bad review? Kau nak sebijik? Aku boleh bagi la. 

Ni SMS dengan OP tu hari ni 
Tarikh : 14 FEB 2013

Geram betul. Ape ke jadah suh aku check status parcel petang nanti kalau dh janji nak hantar haritu lagi. Kalau haritu korang pos, harini belum sampai, confirm ade dalam sistem. Ni sistem kata TAK ADA ! Grrrr....(istighfar dlm hati)

RECORD NOT FOUND !!!!!!!
tengok record not found, terus je sms semula kat OP ni.



korang tengok wife dia kata apa sebelum ni?
tak ke bagi harapan PALSU namanya.
janji nak hantar 9 FEB.
harini 14 FEB minta tracking number, laju je bagi.
rupanya tak pos lagi.
memang HARAPAN PALSU.
BENCI !!!!


Tu siap berapa kali minta tracking number. bo layan. time ko mintak duit, laju je. waktu deal dulu cakap lain,  masa dah baut draf akan jumpa untuk tunjuk. masa final draft before printin gpun akan jumpa untuk semak end product. sekarang ni cakap lain. semuanye email je, bila komen, korang xpuas hati. haih.. tunggu la review sepenuhnya. jangan risau, kalau bagus servis , bagus la reviewnya. kalau sebaliknya...BALIK je la jawabnya. sakit hati... (sambung istighfar dalam hati)...

Wednesday, February 13, 2013

Resepi : Sambal gesek

Salam,
Tadi baru balik dari makan malam di rumah emak. Mak masak lebih sebab anak dia ramai ada di rumah semasa cuti tahun baru cina. Menantu jugak yang xada.
Menu mak malam ni masak sup ikan merah, sup sayur dan ayam masak kurma. Setiap kali ade ayam kurma, sati mesti nk makan dengan sambal gesek. Cara membuat sangat lah senang.
Bahan : 
Ikan bilis, cili padi, perahan limau

Cara cara :

1)Tumbuk cili padi dan ikan bilis
2)Tambah perahan limau
3)Gaul sebati
* boleh tambah bawang kecil(tumbuk) 2 ulas sekiranya mahu.
4) siap


Senang kan? Boleh la cuba lepas ni.


Ezclo : Shawl half moon

Salam, 
sati berapa hari x update sebab cuti. Bila cuti ni mcm2 program nk buat. Tp last skali xbuat ape pun. Semalam berkobar2 nk siapkan photobook. Sudahnya duk Suits marathon kat diva universal. Haha. Semoga cuti kawan2 digunakan dengan berfaedah.  Harini sempat lagi nak beriadah di pusat membeli belah. Hihihi.

Ps: layan gambar shawl half moon yang akan di update kat ezclo.

01- cocoa 02- maroon 03- white 04- light pink

05- light pink 06- purple 07- cocoa 08- greenish blue

09- dark brown 10- green 11- mustard 12- purple

13- purple 14- dark grey 15- purple 16- dark grey

Friday, February 8, 2013

Resepi : Lamb Chop & Mashed Potato

Salam, 
Semalam masak LCMP. Sati masak resepi paling simple sebab sati sebenarnya xde bahan2 extravaganza di dapur.


Bahan2 Lamb Chop :
Lamb shoulder (beli kat giant)
Olive oil
Garam secukup rasa,
Black pepper secukup rasa

Cara masak :
1)lumur daging dengan minyak, garam dan black pepper


2)perap dan panggang 


3)hidang





Bahan2 Mashed Potato:
Kentang
Mentega/planta
Susu segar
Garam
Black pepper


Cara masak:
1)Rebus kentang yg dipotong dadu
2)Toskan air
3)Lenyek kentang
4)Tambah susu sedikit demi sedikit sampai kentang jd gebu (tp jgn terlalu cair)
5)Perasakan dengan garam dan black pepper



Bahan Kuah Cendawan:
Cendawan butang -potong nipis
Cendawan shitake -potong nipis
1biji bawang besar potong dadu
2ulas bawang putih tumbuk lumat
1/2 kiub pati ayam
Tepung jagung
Air
Garam 
Black pepper


Cara masak :
1)Tumis bawang besar
2)masukkan bawang putih
3)masukkan cendawan butang & shitake 
4)masukkan kiub pati ayam 
5)perasakan dengan garam dan black pepper
6)Masukkan air
7)Masukkan bancuhan tepung+air untuk memekatkan kuah tersebut



Selepas tu hidang ikut kreativiti masing2.



p/s : sampai pagi ni rasa panas makan kambing + blackpepper terasa. huhu. nasib baik mendung n hujan gerimis pagi ni.

Wednesday, February 6, 2013

Jubah untuk disewa

Salam, sati dengan rendah diri nk membuka untuk sewaan jubah yang sati pakai semasa nikah tempoh hari.
Untuk makluman, jubah ni warna very light cream. Kain chiffon dengan lining.
Sila layan gambar ok. Sebarang pertanyaan boleh txt sati kat : izzatisanusi@gmail.com atau whatsapp 0193269573.






Tuesday, February 5, 2013

Travel : Universal Studio Singapore (USS) Pt.1

Salam, seperti yang dijanjikan harini update pasal USS. Mabuk ape hari-hari update blog? seperti tiada kerja yang perlu disiapkan.. lately mood blogging sangat lah mencanak naik. korang tau ke mencanak tu apa? haha. mencanak tu naik dengan lajunya. 
(kalau tak silap la) 

Sebelum ni sati update pasal pegi melbourne, Autralia. 
Ada empat post sati pasal trip ke sana.
boleh baca post pasal melbourne trip tu di sini.


Kemarin sati pegi majlis walimatulurus kawan baik sati masa sekolah menengah dulu.
sekolah apa tak perlu la sati mention kat sini. sati sekolah biasa-biasa jer. sati tak sekolah glama-glama (read:glamour) macam sekolah kak Mah. huhu. entah-entah kak mah yang mana pun korang tak tau. alah, kak mah isteri abang ajib tu.. pegi gugel la.
ape sati nak cerita sebenarnya ni? oh ye. 
masa kat kenduri tu, ada ex-klasmate cakap kat sati... 

kawan : eh, ko datang? aku ingat ko kat obersi
sati : huh??? (O_O) obersi?
kawan : haritu aku tengok ko pegi ostolia, pastu mana lagi ko pegi. ingatkan ko takde kat malaysia.

hahaha. untuk makluman, sati memang bulan 12 dan bulan 1 ade travel sana sini sikit. ikut husband, melayan adik2, melayan kezen, dan melayan kakak angkat dan anak dia.

sebab tu mcm banyak je benda nak post kat blog.

WEH SATI, KO BILA NAK START CERITA PASAL UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE NI HAAAAAAAA???!!!! LEMPANG KARANG. MELALUT JE LEBIH.

hehe. ampun kawan-kawan... saya syiok merapu.

Macam biasa, bila travel, sati banyak nak share gambar. so ini adelah part 1. sila bersabar. untuk sampai ke part yang  berikutnya, mungkin memakan masa.

kami ke singapura dilanda todak ni naik kereta ayah. kereta ayah dah register untuk masuk. dia kan ade satu card yang mcm touch and go tu. haa.. since dah register 1 kereta, tak perlu la register kereta yang lain.
kami bergerak isnin malam selasa ke johor bharu. niat di hati nak masuk singapore dan tidur di sana.

 tetapi disebabkan adik sati punya passport dah tamat tempoh penggunaan (kurang daripada 6 bulan), hari selasa tu sati berkeliaran mencari tempat untuk renew passport tersebut. nak renew passport tak la lama TAPI mykad adik sati dah rosak. bila rosak, jabatan imigresen suruh buat mykad dulu then baru boleh buat passport. nak buat mykad tu yang lama. sementara tunggu turn mykad (beza nombor dari yg sedang diproses dengan giliran adik ade 300lebih nombor) kitorang pegi merayau dan terjumpa orang jual durian. makan durian dulu. lepas dah buat mykad, adik buat passport. sementara nak tunggu passport siap, kitorang pegi JPO. 

maaf, tak ada gambar untuk aktiviti membuat passport dan ke JPO. 

ni pemandangan waktu pagi rabu. yang depan tu checkpoint woodlands.

pandangan luar USS. yang mcm istana tu far-far away kingdom.


setelah meredah jalan dengan berpandukan peta (sati tak pakai gps hokay),
kami tiba di Resort World Sentosa. kami park kat ruang letak kereta yang disediakan. rasanya tak sampai 15 sing.dollar pun charge parking kat situ. tapi bergantung pada tempoh kita stay kat sana la. sati difahamkan ada maximum charge per day. tapi kami pegi siang aje. tak la sampai maksimum kot. disebabkan kami pergi berjemaah, adalah sukar untuk naik public transport. nak naik teksi 4 orang penumpang maksimum. kami ade 5 orang.


ini entrance USS. sati faham, korang mesti tanya, mana globe UNIVERSAL yang selalunya orang akan amik gambar berdiri depan dia tu kan? haa.. sati tak amik pun. sebab sebelum ni dah pernah sampai luar USS. so tak eksaited nak ambil gambar globe tu. maafkan saya ok? huhu



 pemandangan dalam  USS. kami sampai pagi tu panas terik. habis semua permainan kitorang cuba, hujan pun turun. alhamdulillah. basah la jugak tapi bila dah selesai semua, tak rasa rugi langsung (tapi tak sempat la nak main berkali2 satu game tu)


yang Sesame Street ni masa kitorang pegi belum buka. maka kena datang lagi lain kali la nampaknya. 


TRANSFORMERS RIDE !!!! Awesome !!!!
tapi kalau korang tengok gambar bawah ni, waiting time dia 40mins. memang 40 mins la tunggu. dalam tu dia punya rantai beratur panjang gila berpusing2. kami datang hari rabu pagi. maka ta la ramai sangat orang. tapi masih rasa beratur sangat panjang. kalau korang pergi masa peek season, stand by la duit extra beli Express pass tu. Lupa nak bagi tahu, sati beli ticket online sajo. sebab risau kena beratur panjang seperti yang digembar-gemburkan orang ramai yang telah ke USS ni. Untuk membeli tiket, boleh visit rwsentosa web page.
Turut dinyatakan syarat-syarat kalau nak naik transformers ride ni. so kepada yang termasuk dalam kategori yang berkenaan, sila insafi diri dan jangan cuba nak naik ride ni. kalau tak, buat sakit badan saja. 

 


ni la bumblebee dalam keadaan biasa... confirm kereta ni tak boleh bertukar jadi transformers. sati berani kerat kuku la. haha. btw, sungguh cantik warna kereta ni tapi tak sesuai kat viosku itu.
mengikut ketinggian : Syafiq , Hanif, Sati dan Harith. 
(kepada harith, bagi can. sebelum kamu lebih tinggi, bagi kakti rasa tinggi sedikit daripada kamu. terima kasih)


THE ULTIMATE RIDE
BATTLESTAR GALACTICA



YEAY... SAYA SURVIVED INI =)

kalau nak ikutkan, rasa kagum dengan diri sendiri. macam takpercaya dah naik roller coaster gila ni.
boleh muntah uolls.. yang merah ok lagi, yang biru tu...sumpah nak keluar isi perut. tapi kutahan jua.
adik lelaki sati 2 orang naik lagi sekali before balik. masa tu dah hujan renyai-renyai. trail yang merah tu tak boleh naik masa hujan. tapi yang biru (keadaan bergantung) boleh main masa hujan. adik-adik sati kata lagi syiok main time hujan. gila kau. basah kotttt. mana boleh pakai poncho masa naik benda alah ni.


Pintu masuk Ride Biru. THE CYLON

Pintu masuk Ride Merah. Galactica PX
adalah disarankan naik yang merah terlebih dahulu, then naik yang biru.
barangan satu haram ape pun tak boleh bawa masa naik rollercoaster ni.
locker ada disediakan tapi untuk tempoh masa tertentu. sila bawa duit sedikit (duit kertas) dan selit dalam poket yang confirm takkan duit tu terkeluar. kalau tak, tak boleh nak amik barang dalam locker tu.
ini disarankan bagi mereka yang datang masa peak season. masa kitorang pegi, tak ramai orang. so locker semua sekejap n free (tak payah tambah apa2)




bersambung di lain post. huhu.
saya sudah, anda bila lagi?