Thursday, July 11, 2013

Iftar day 1 : Crab sandwich (mini)

Salam, 
harini berbuka seorang diri. So masak yg simple sahaja. Menu berbuka harini ialah mini crab sandwich.

Crab sandwich (mini version)

Bahan-bahan roti:
5 biji Mini bun
2 sudu besar Planta
3 ulas bawang putih (dicincang halus)

Bahan-bahan filling :
7 batang crabstick (celur dalam air panas) 
3biji cili pdi
Mayonis
Daun salad green coral

Cara-cara :
1) Bawang putih dan planta digaul mesra.
2) Sapu pada mini bun yang dipotong tengah ala roti burger.
3) Masak atas flat pan pada bahagian yg disapu planta (dalam sahaja)
4) Carikkan green coral dan susun atas roti
5) Kisar cilipadi dan crabstick secara berasingan dengan menggunakan pengisar kering.
6) Gaul bersama mayonis sehingga lembut dan sebati. Boleh tambah sedikit perahan limau jika mahu.
7) Sudukan crabstick mix ke atas green coral dan tuang sedikit sos cili thai (sati guna sos cili mekdi. haha).

Siap utk dihidang.