Thursday, December 12, 2013

Book review : Kekasih Upahan


Salam,
Sati mulakan book review yang pertama. Buku ni baru sekejap tadi sati habiskan.

Tajuk : Kekasih Upahan
Penulis : Eyla Hime
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga : RM21 (sem) RM24 (sabah/swk)

Sinopsis : 

Kekasih Upahan mengisahkan Nazratul (Azra) berusia 32tahun yang pernah dikecewakan Afham 5 tahun yang lalu telah mengupah Zaril yang lebih muda 6tahun darinya untuk menyamar sebagai kekasihnya sewaktu mahu menghadiri majlis perkahwinan yang turut dihadiri Afham.


Bermula dengan majlis itu Azra telah mula menggunakan khidmat Zaril untuk berlakon sebagai kekasihnya sehinggalah mereka telah jatuh cinta dalam diam. Afham yang akhirnya menceritakan hal sebenar kepada Azra akan sebab mengapa dia bertekad memutuskan hubungan mereka sebelumnya membuatkan Azra kembali kepada Afham lalu mereka bertunang. Zaril kemudiannya melafazkan kata cinta kepada Azra membuatkan Azra tersepit antara 2 lelaki tersebut.

Siapakah pilihan Azra? Korang kena baca sendiri. Hehehe.

Novel setebal 525 mukasurat ni sangat ringan dari sudut penyampaian cerita. Walaupun percintaan yang melibatkan faktor usia si perempuan lebih tua berbanding lelaki sukar diterima dalam masyarakat kita, penulis berjaya menyuntik persoalan 'Kenapa tidak?' kepada pembaca berkenaan isu ini.

Walaubagaimanapun, pada pendapat Sati, ketiga-tiga keluarga dalam cerita ini sangat tipikal drama melayu.  Standard semua hero dalam novel mesti anak orang kaya, rumah besar ada kolam renang dan kereta mewah. Heroin pula anak orang biasa-biasa saja. Yang membezakan dengan drama melayu tipikal hanyalah kurangnya watak antagonis @ watak jahat dalam cerita ni. Kalau ada pun hanyalah seorang PA yg gedik cuba mengorat bos dan menyebarkan fitnah apabila bos menolak mentah-mentah godaannya. Itu je seorang orang jahat yang tak lah jahat mana pun sebenarnya.

Skala Bintang Sati : 3.5/5 bintang

Wednesday, December 4, 2013

15 buah buku untuk di review

Salam, satu lagi quick post.

Sati baru-baru ni shopping online di mph online. So 15buah buku dah sampai ke rumah. 7 buah sudah dibaca. Ada 8 lagi buku.

konon-konon nak memartabatkan buku bahasa melayu kita yg semakin dipandang sepi (korang baca buku ilmiah je eh ? : bersangka baik)

Insyaallah review2 tersebut bakal menyusul.

#projekwaktupantang

Troll : by Astro

Saja nak troll di petang yang dingin di musim hujan ini...bukan sati yang buat...ini semua kerja Astro