Tuesday, January 7, 2014

Book review : Calon Isteri Jutawan


Tajuk : Calon Isteri Jutawan
Penulis : Nuriffa
Penerbit : Penulisan2u
Harga : RM 25 (sem) RM 28 (sabah/swk)

Sinopsis :
Calon Isteri Jutawan hampir menyamai rancangan Jodoh yang pernah disiarkan di Astro sebelum ini. Berkisarkan kehidupan Yanie yang tersilap menghadiri temuduga di pejabat Izzad yang merupakan seorang jutawan. Yanie yang secara tidak sengaja tersalah menghadiri temuduga telah menarik minat Izzad untuk disenarai pendek calon isteri Izzad.

Pelbagai ragam anak gadis masa kini digambarkan dalam novel ini yang rata-rata boleh kita jumpai disekeliling kita. Ada yang mengejar harta dan nama, sehinggalah kepada gadis ala perempuan melayu terakhir. 

Pada pendapat peribadi sati, separuh bahagian yang awal sangat menarik dengan pelbagai cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi 10 orang calon tersebut. Unsur keagamaan yang diselitkan dalam novel ini juga mengingatkan kita bahawa betapa pentingnya ikatan silaturrahim sesama ahli keluarga dan juga sahabat.

Skala Bintang Sati : 3.5/5 bintang