Tuesday, February 14, 2012

Nota Kawin 18 : Red velvet cake

selamat sejahtera !!!

malam tadi sati mencuba resipi 'red velvet cake'
so nak share resipi yg amik dari on9 forum kat sini.
sape dah buat, sila bagi sati boleh?

bahan2 kek (ikut urutan penampilan):
1/2 cup butter (xikut pun. sati buh lebih skit)
1 1/2cup gula (kalau xnak manis, kurangkan le)
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko vanhouten (suke hati nak brand ape)
pewarna merah secukup rasa
2 1/2 cup tepung naik sendiri
3/4 cup yogurt
1/4 cup susu segar
1 sudu teh cuka (sati pakai cuka epal)
1 sudu teh soda bikarbonat

bahan2 cream cheese frosting (pun ikut urutan penampilan):
cream cheese (2 bungkus yg 250gram tu) pada suhu bilik
1/2 cup butter (suhu bilik)
esen vanilla sesedap rasa
2 cup icing sugar (adjust kemanisan anda. eh silap. kemanisan frosting anda)


cara-cara membuat kek : (pastikan oven dipanaskan pada suhu 170darjah celcius
a) pukul butter dan gula hingga kembang
b) masukkan telur sebiji demi sebiji
c) masukkan vanilla

d) bancuh (dalam bekas berasingan) serbuk koko dan pewarna merah
sehingga menjadi pes (paste)
e)bahagikan tepung kepada 3 bahagian
f)bancuh yogurt dan susu (dalam bekas lain) dan bahagi kepada 2 bahagian

setelah (c) perlahankan kelajuan mixer
masukkan (d) kemudian (e)diselang seli dengan (f)
(boleh faham ke? hehe)
setelah semua sebati dan merah (kalau korang pakai pewarna hijau, jangan harap nama kek korang red velvet tau. kek korang jadi green velvet. itu pun aku nak ngarut kat sini)
bancuh cuka dan soda bikarbonat (jaga2. berbuih ni)
n cepat2 masukkan dalam bancuhan tadi
dan adun sehingga yakin sedap
(feeling kena kuat ni. PERASAN CHEF WAN KAU ni issati)

bahagikan mix tadi kepada 2 bahagian (loyang bulat size 9inch)
atau 3bahagian (loyang bulat size 8 inch)
dan bakar selama 25-30 minit
(cucuk dengan lidi nak tau dah masak ke tak - kalau licin tu dah masak la kek nye)
setelah masak, keluarkan untuk dianginkan
sati guna perkataan angin sebab kalau sati kata sejukkan, korang g masukkan kek dlm peti pulak, belum boleh masuk peti lagi ok!!! biarkan cool dulu. sambil tu buat cream cheese frosting

cara-cara buat cream cheese frosting :
pukul cheese + butter hingga kembang
masukkan vanilla dan gula icing

bila kek dah sejuk, korang terbalikkan kek pertama
(so that bahagian atas dia rata)
sapu cream cheese frosting tu bagi tebal skit baru sedap
selang seli dengan lapisan kek yg lain
dan akhiri dengan mengcover semua cake
simpan dalam peti sejuk then boleh makan

-siap-

sape dah buat, sila share gambar cake anda.
sati xshare gambar sebab xsempat amik gambar, kek dah kena bedal.

nota : sati malas nak cari loyang bulat dalam stor. so sati guna loyang 4 segi. sebab sati ade 1 je loyang 4 segi, sati bakar je semua bancuhan sekali gus masa 50minit (sila adjust sendiri sampai dia masak) bila dah masak mcam ni, dah sejuk tu sati potong jadi 2 lapis. lepastu buh cream cheese frosting. now dah boleh makan.


3 comments:

  1. wuaaa... tiba2 tringin nk makan kek..huhu

    ReplyDelete
  2. dear.. sbb RV yg post kat b2b semlm wat kt nk mkn.. tp kn nk mkn 1 slice je.. ce mane tuh.. nk g whisk malas... :)

    ReplyDelete
  3. wah...sedapnye..nk try wat la pasni ;)

    ReplyDelete